Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

18 Januari 2013

Jozan juara Maharaja Lawak Mega 2012

Aksi Johan (kiri) bersama Zizan pada pertandingan akhir MLM 2012 di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru, malam tadi.

Johor Bahru: Kumpulan pelawak pilihan, Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan muncul juara Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini, malam tadi.

Menumpaskan empat kumpulan lain, Jozan mengungguli pentas akhir MLM 2012 dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000.

Manakala kumpulan Jambu yang dianggotai Taukeh dan Yus, diumumkan naib juara serta memenangi hadiah wang tunai RM250,000.

Kumpulan Shiro yang dianggotai Shahrol dan Ajak pula mendapat tempat ketiga dan memenangi hadiah wang tunai RM150,000.

Terdahulu, kemunculan Johan di pentas MLM bersama Zizan mengejutkan penonton. Ramai menyangka, Johan yang sudah dua minggu tidak beraksi di pentas MLM 2012, tidak muncul malam tadi berikutan masalah kecederaan lutut.

Malah, Zizan ketika diperkenalkan pengacara AC Mizal, memberitahu penonton beliau cuba memberi persembahan terbaik walaupun berseorangan serta meminta peminat mendoakan kesihatan Johan.

Stadium gamat

Sepanjang peserta beraksi, stadium gamat dengan hilai tawa lebih 5,000 penonton termasuk peminat tegar yang membawa pelbagai sepanduk menyokong kumpulan pelawak pilihan.

Pentas akhir MLM 2012 menyaksikan lima kumpulan berentap. Dua kumpulan lain yang menyertai pertandingan ini ialah Boboi dan peserta dari Indonesia, Saywho.

Selain undian penonton yang merangkumi 30 peratus pemarkahan, MLM 2012 diadili juri tetap iaitu Lisa Surihani, Awie, Najip Ali dan Wulan Guritno.

MLM 2012 yang berlangsung selama 10 minggu sejak 9 November lalu menampilkan 12 kumpulan termasuk peserta dari Singapura dan Indonesia



6 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Salam, Tuan Idan tahniah untuk puisi di Media Terkini, 1 Februari 2013.

Saya tidak tahu sama ada emel yang saya hantar beberapa kali sebelum ini diterima ataupun tidak kerana tiada maklumbalas.

Azmiljemay berkata...

Jozan the best...lama dah diorang tunggu nak jadi johan...sekarang betul2 dah JOHAN...memang jozan dah lama layak jadi juara.

iDAN berkata...

Buat Sahabatku Sdr Helmi

Minta maaflah banyak-banyak sebab saya asyik leka kat FB jarang buka e-mel apatah lagi blog ini.

Tapi e-mel Helmi amat saya nanti; iyer saya dah beli Media Terkini (MT) yang menariknya tiga puisi terbit itu adalah rakan baik belaka. Puisi Helmi, Ustaz Adid pun kepunyaan saya. Tahniah; puisi Helmi amat menarik & tulisannya amat tulus ikhlas.

Puisi Ustaz Adid juga memang sentiasa hebat & menarik. Di FB banyak karyawan lain berforum tentang puisi kita.

E-mel tu selalunya saya balas tapi agak lewat; jarang sekali saya tak balas; kebarangkalian ianya tersekat di mana-mana; tapi melalu blog ini agar kita akan terus intim.

Teruskan berkarya tak kira di jua wadahnya. Terima kasih berikan dorongan untuk saya terus menulis.

iDAN berkata...

Azmiljemay:

Sejak lama saya menunggu agar Jozan akan; masa Seapah menjadi Jozan Naib Johan tahun 2011 punyalah saya angin; tak boleh tidur semalaman. Dua insan seni ini memang kelakar pun lawak mereka bukan kasar, buli kawan atau dibuat-buat... amat bersahaja.

Tahniah!!! Jozan kedua-dua pelawak pun pelakon ini memang amat saya minati.

Tetamu Istimewa berkata...

Oh, saya ingatkan emel saya itu tidak sampai. Yalah, selalunya Tuan Idan akan balas. Bila dah lama tak balas, saya rasa emel saya itu tidak sampai sebab itu saya tinggalkan komen di sini.

Puisi Tuan Idan juga hebat. Puisi saya itu puisi lama. Setelah dihantar di media tertentu dan tidak terbit saya sunting semula dan hantar ke sini. Alhamdulillah, diterima.

Ya ke, puisi kita itu menjadi bualan di FB. Tak sangka pula. Saya tidak ada FB, jadi tak tahu. Siapa antaranya? Terima kasih banyak-banyak.

Dah lama juga puisi saya tak tersiar di Suara Keadilan. Ada juga hantar tapi tak sekerap mula-mula dulu. Setelah berhenti hampir sebulan lebih menghantar ke sana, tiba-tiba saja, puisi saya pun macam tersekat juga. Insyaallah, saya akan terus berusaha. Teruskan menulis ya, Tuan Idan. Kalau ada apa-apa bolehlah kongsikan dengan saya di emel.

iDAN berkata...

Kerja menulis begitulah jangan putus asa; bermula dari R. Hamzah, dia mmg aktif dalam FB dia tak tahu ujudnya akhbar MT itu; rakan dia di FB mmg ramai dari kalangan penulis hatta pasti mereka perasan di nama Helmi juga nama Ustaz Adid.

Sememangnya FB itu akan cepat tersebar sebab ramai pengunjungnya.

Suara Keadilan (SK) pula buat masa ini karya Ustaz Adid banyak amat tersiar; tentunya karya Ustaz Adid itu sentiasa sesuai untuk SK.

Sebagai penulis kita kena sentiasa menyokong rakan sealiran; jangan jemu berkarya biarpun ada ketika editor terlepas pandang karya kita.