Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

07 Februari 2013

Ameesha Patel masih laris

Kehadiran ramai bakat baru di Bollywood seakan-akan menenggelamkan pelakon yang lebih senior. Dalam kebanyakan filem, semuanya mempamerkan bintang baru dengan aksi seksi.
Namun, aktres Ameesha Patel menafikan dia terping­gir daripada industri filem Bollywood.

“Saya sebenarnya sedang bercuti buat sementara waktu kerana menguruskan syarikat produksi sendiri yang sudah beroperasi sejak 2011. Sebelum itu saya sibuk dengan beberapa projek filem baru yang semuanya akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Jangan hanya kerana saya sibuk dengan penggambaran filem dan jarang muncul di media kerana sibuk dengan syarikat, saya dikatakan menyepi diri. Berlakon dan menjadi ahli perniagaan dua perkara yang berbeza. Bukan senang menguruskan syarikat, ia pengalaman baru bagi saya,” katanya.

Ameesha berkongsi de­ngan sahabat karib­nya, Kuunal Goomer membuka syarikat produksi yang diberi nama Ameesha Patel Productions.

Pelakon jelita berusia 37 tahun itu menandatangani kontrak dengan pengarah, David Dhawan dan Priyadarshan untuk me­ngarahkan filem terbitan­nya itu. Ameesha pernah bekerja dengan David dalam filem Yeh Hai Jalwa dan dengan Priyadarshan pula menerusi filem Bhool Bhulaiya.

Syarikatnya menerbitkan filem pertama yang berjudul Desi Magic arahan Mehul Atha.

Tiada ulasan: