iDAN

18 Februari 2013

Ego Manusia

Ada ketika sikap ego manusia ini telah tidak dapat kita rubah. Ianya telah sebati dan menjadi pakaian hariannya. Sampaikan tidak lagi dapat menghormati siapa jua apatah lagi orang tua. Jauh sekali mengenang jasa, syukur & berterima kasih. Tidak tahu lagi bersopan dan murah senyuman.

2. Mereka ini telah hitam hatinya dan tertolak di sisi Ilahi. Lagi mereka mendekati agama lagi hati mereka jadi panas berbahang. Lagi mereka taat solat lagi jadi riak. Lagi membaca al-Quran lagi hati mereka tertutup buta. Jiwa mereka telah terasuk oleh syaitan. Sihir di mana-mana. Tertipu oleh duniawi.

3. Mereka amat cepat melenting bila siapa pun mahu menasihati. Sebab terasa diri lebih tinggi lagi mulia martabatnya, tak siapa punyai hak menegur sikap mereka. Mereka selalunya akan ditemukan dengan kelompok orang yang ego jua. Hatta Tuhan tutup golongan ini dari nampak nilai merendah diri. Jika kita mendekati kelompok mereka pasti kita dihina mereka.

4. Golongan ini tidak dapat lagi dibetulkan. Dari masa ke semasa pasti akan berlaku bergeseran yang tak akan selesai bagi kita yang dianggap menyusahkan mereka. Perlu diingat di dunia ini ada seribu satu dugaan yang kita tak pasti. Dugaan ini bukan hanya kita diuji dengan kemiskinan kesusahan tetapi sering juga diuji dengan kemewahan. Mereka yang lupa diri dalam kemewahan ini amat bahaya. Selalu golongan ego lagi sombong ini dilambakkan rezeki buat mereka bukan dimurahkan rezeki. Allah SWT Maha Penyayang; sengaja menguji mereka ini dengan kemewahan untuk melihat sejauh mana kesyukuran mereka. Allah SWT selalu ingatkan kita; hati-hatilah dengan harta dunia jangan sampai  ego atau sombong.

5. Rasulullah SAW  ada mengingatkan dalam Hadis baginda tentang bahayanya sifat sombong. “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.” (Riwayat Muslim) Hatta kembalilah muhasabah diri; masih tidak terlewat selagi pintu taubat masih terbuka. Tiada manusia yang sempurna tiada manusia yang tidak pernah melakukan persilapan.

Artikel berkait:

adab-menantu-terhadap-mertua

tanggungjawab-isteri

Tiada ulasan: