Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

19 Februari 2013

Gadaian Barang Kemas Pusaka

 

Soalan

Apakah hukumnya jika suami menggadaikan barang-barang kemas milik isteri tanpa pengetahuan isteri? barang-barang kemas itu adalah milik pusaka turun temurun dari keluarga saya. Setelah menggadainya suami enggan menebus kembali dan hanya membiarkan hingga tidak lagi boleh ditebus akibat tarikh perjanjian gadaian telah luput. Apakah hukumnya dan apakah yang sebetulnya perlu dilakukan oleh suami?

Jawapan 

Adalah haram bagi seorang suami berbuat demikian. Di dalam kes ini, barang kemas yang diambil oleh suami anda adalah hak milik anda dan dia tidak mempunyai sebarang hak ke atasnya. Ringkasnya, suami anda telah melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil barang kemas tersebut tanpa izin anda dan menggadainya.

Di dalam hal ini, suami anda perlu lebih bertanggungjawab dan jika ada masalah kewangan, bawalah berbincang bersama isteri dan cari jalan penyelesaian bersama. Hukum mencuri di dalam Islam adalah potong tangan tak kira mencuri harta waris sendiri. (Kecuali yang empunya barangan itu menghalalkannya)

Walau apa pun, diharap semoga suami anda akan memulang barang kemas pusaka tersebut dengan apa cara sekalipun sebab ianya berupa hutang yang perlu dilunaskan. Jika tidak suami anda pastinya terhalang untuk masuk ke syurga. Suami yang baik perlu prihatin akan barangan kesayangan isteri. Sebab itu Islam menjatuh hukuman hudud dalam kes kecurian begini agar kita umat Islam memahami nilai kasih sayang & hak orang lain.

Seandainya masalah ini tidak dapat diselesaikan anda berhak melaporkan kepada pihak polis atau hendaklah suami anda bertaubat memohon ampun atas perbuatan mencuri hak mereka yang telah meninggal dunia. Ini melibatkan harta pusaka turun temurun salasilah keluarga anda yang sudah tentunya berusia ratusan tahun dan tak dapat ditukar dengan wang ringgit. Islam memandang berat masalah kecurian sebegini. Wallahu ‘alam.

Tiada ulasan: