iDAN

02 April 2013

BERTANDANG KE JAHANG III





"Niat itu tetap dituliskan sebagai pahala; niat kita yang baik sebenarnya akan menyejukkan hati nenek moyang kita; tanah bukan mudah diperolehi betapa orang tua-tua kita dulu amat sukar untuk menerokanya. Kita sekadar memelihara pusaka lama untuk anak cucu kita mengenal kampung; berebut harta itu silap. Sebaiknya harta yang sedikit ini kita jadikan tanah syarikat milik bersama. Mannfaatkan bersama jangan dijual atau lepas ke tangan orang lain. Bepakat"

Cadangan aku mahu bergerak dari rumah seawal lalat belum bangun. Namun khudrat & anugerah masa selalunya menghalang. Lalat dah bertelur baru aku dapat meninggalkan Jenaris. Mila tertidur di sofa; mungkin dia bangun awal Subuh di surau. Teratak kami sekadar sepelaung dari Surau. Sekitar 50 ke 70 meter sahaja jaraknya.

2.Sekitar 9:00 pagi Aku mengisi minyak di Petronas (sebab guna kad kredit Mila, pilihanku memang Esso atau Shell jika aku guna duit tunai) Azim masuk ke kedai Petronas nak topup kad Touch & Go. Raya-raya begini biasalah Petronas kan syarikat orang Melayu. Asyik tutup saja komputernya. Orang jaga Touch & Go main FBlah kut.

3. Lor telah jauh perjalanannya melepasi KL yang sunyi baru teringat umpan nak mancing di Jeram tertinggal. Cacing di Kajang satu pek plastik adalah dalam 30 ekor cacing berharga RM3. Duit boleh dibuat dengan pelbagai cara. Jatuh seekor 10 sen seekor cacing; ini terkadang cacing kurus tahi lembu. Terkadang aku beli tanah kering sahaja; dah tak periksa cacingnya ada atau dah mati.

4. Mata aku segar, sakit gigi sejak dua minggu lalu makin reda; kepala pening dan demam hampir kebah. Orang demam biasalah mengidam itu ini. Singgah di Hentian Rawang pekena bihon kari. Mak datok orang kita Melayu tak reti duduk rumah. Kalau minyak kereta itu bertukar jadi duit siling bukan asap; pasti aku terpaksa daki gunung siling sepanjang lebuih raya. Nak parkir tak ada tempat; sesak melimpah ke bahu jalan. Orang kita Melayu juga yang jadi RELA untuk kasi panduan parkir. Cina raya orang Melayu merayakan. Aku kecewa amat hampir mengalir air mata sebab bihunnya berkuah suam; mana sedapnya kalau bihun kari sejuk. Kuahnya macam bukan pagi tadi masak. Dah buka 24 jam selagi kuah tak habais pasti tak dibuat baru. Uwaaaa.

5. Aku buka BH sebab setiap hari minggu pasti aku beli BH & Mingguan Malaysia aku sentiasa hantar karya ke dua akhbar ini. Khabar GUMBIRA buat temankun Ustaz Mohd Adid Ab Rahman. Puisi panjangnya tersiar. Jika tak silapku mahu hampir setahun puisi Ustaz Adid tidak tersiar di BH. Editornya sering mengetepikan karya kami. Aku lagi penat telah masuk tahun ke 3 atau ke 4 karyaku tidak lagi mendapat tempat di BH. Aku tak pernah berhenti menghantar karya ke BH sejak aku bersara. Masih mencari punca kenapa editornya memusuhi karya aku. Apakah sebab honorarium yang tak pernah sampai ke alamat rumahku yang salah. Aku pernah BERTANYA bab ini. Rakanku orang DBP yang menghasutku.Jika berkarya mengharapkan honorarium pasti terkuburlah sastera tanah air. Tahun 90an banyak juga karyaku di Berita Minggu. Atau ada sebab lain. Mana tahu aku pernah mengecewakan CINTA warisnya. Entahlah. Bagaikan ada dendam di hati editor sampaikan sanggup menumpulkan penaku untuk meluah bicara di BH. Relakan saja.

— bersama dengan Penyair Idanradzi, Mahyan Mohd Hassim, Catatan Idanradzi, Abdul Hamid Othman dan Mohd Ridzuan HamidTidak suka · · · Kongsi · Sunting · Promote · 12hb Februari

  • Anda, Paridah Jailan, Rabiah Misman dan 2 yang lain menyukai ini.
  • Mohd Adid Ab Rahman Memang benar tu, tuan Idan. Sajak saya sudah setahun tidak muncul di BM. Saya macam tuan juga, tetap hantartapi sebulan sekali manalah tahu kalau-kalau tersangkut. Gembira rasa bila bulan ini tersangkut, umpan ikan dah makan. Lepas ni, tak tahulah ...Lihat Lebih Banyak
  • Mohd Adid Ab Rahman Saya juga sedang berusaha untuk tembusi Harian Metro Selasa. Sebelum ini tak pernah satu sajak pun tersangkut. Kalau tuan Idan, sebelum ini sudah ada beberapa sajak yang muncul. Tahniah. Itu sudah satu kejayaan yang besar
  • Idan Radzi insya-Allah editor BH lama kelamaan akan akur erti keterbukaan; sastera JANGAN ada rasa kroni; politik atau pilih kasih dalam penerbitan jika memang sesuai siarkan saja; barulah dunia sastera itu akan berkembang; sy tak pernah jemu menghantar ke BH biarlah 3 tahun lebih menunggu bukan itu satu penghalang untuk terus menulis. Memang sy tumbang gembira karya Ustaz tersiar agar akan kerap & terus menghias ruangan sastera di BH.
  • Idan Radzi Saya pun hanya baru dua buah sajak sangkut di Harian Metro Selasa; tahun lalu mula menghantar; sy perhatikan di Harian Metro lebih terbuka sebab tiap minggu dapat kita baca penyair dari pelbagai ceruk rantau & tiada berulang penulis yang sama. Insya-Allah pasti karya Ustaz akan diterbitkan dalam masa terdekat. Hari ini aku pun tak pasti siapa penyairnya dah beli tapi tak baca lagi sajak mereka.
  • Idan Radzi Azim suka jalan raya sebegini nampak damai & rimbun macam nak masuk UPM. UPM kena tanam semula pokok hujan-hujan di simpang trafik light untuk menyambungkan keredupan jalan utama ke UPM.
  • Idan Radzi Cer teka ini jalan raya di daerah mana?.

Tiada ulasan: