iDAN

03 April 2013

BERTANDANG KE JAHANG IV







Jika Azim memilih isteri nanti; carilah isteri yang teruji. Sanggup bersusah senang bersama. Sebaiknya bila kita bersuami isteri lagi tua lagikan tambah ERATnya rasa cinta & kasih sayang. Nak buat kita menyimpan dendam dengan pasangan kita. Isteri adalah Ketua Bidadari. Apalah cantik & sempurna Sang Bidadari kalau Ketua Mereka pernah mengatakan dia tidak pernah LAGI menyintai kita; malahan dia suruh kita cari kekasih lain.

2. Aku memang selalu berbicara dengan anak-anak perkara yang mereka tak dapat jangkau. Hanya berharap hati kecil mereka akan mengerti secara batiniah. Seperti kita bercakap dengan orang tidur lena. Atau si ibu bercakap dengan bayi dalam kandungan.

3. Kenderaan sentiasa penuh di lebuh raya. Semua kenderaan orang kaya. Jangan ikut lorong paling kanan. KL ke Slim River memang tiga lorong. Apakah kelasnya lebuh raya jika dua lorong. Sesak. Sempit. Kalut. Tak seharusnya PLUS kutip tol jika lebuh raya sesempit ini. Apatah lagi kasi kenderaan laju sampai 110 kmj. Ini perangkap maut. Aku berbual dengan ramai rakan di luar negara lebuh raya mereka besar luas sampai ada yang sampai lima lorong pergi & lima lorong balik masih tak dibenarkan 110 kmj. Apatahaa ketika waktu sesak raya begini.

4. Dari papan elektronik digital tertera kenderaan bergerak perlahan antara Slim River ke Sungkai. Emm sekitar 25 km. Kalau merangkak begini mahu sejam aku kandas. Lalu aku keluar ke tol Slim River. Alahai nak nyampai ke tol pun habis masa sekitar 30 minit. Jangkaan aku akan sampai ke rumah Jaja sekitar jam 11:00 ke 12:00 nampak tersasar. Sebab itu aku sering bersungut jika buat program dengan Mila & adiknya si Angah. Tak pernah mahu menepati waktu bagai Prof Nidzam Sulaiman; semua jam di rumah di tangan atau di ofis pasti 20 minit awal. Mila Sejam lewat amat biasa. Angah adiknya 2 jam lewat terlalu biasa. Ini janji karut. Emmm telah lebih 30 tahun aku terpaksa berjanji LUKA begini. Amat memenatkan.





5. Hatta itu jika Kajang ke Tapah ambil masa sekitar 3 jam kenapa tidak bertolak awal dari tiga jam. Jika majlis jam 11:00 pagi. Lojiknya sekitar 8:00 pagi bertolak atau lebih awal dari itu. Sebab aku jangka aku mahu sampai jam 12:00 tenagha hari. Sesak punya pasal; aku tersasar jauh dari jangkaan sampai. Jalan lama antara Slim River ke Tapah cantik. Sebahagiaan telah berturap baru; dua lorong pergi & dua lorong balik. Sama taraf dengan PLUS yang kena bayar tol. Apake hal kita asyik didera 30 tahun. Padahal di Beijing yang tak sehebat kita pembangunannya jalan 4 lorong pergi... empat lorong balik; pengguna/pemandu hanya kena membayar tol selama 15 (lima belas) tahun sahaja.

6. Cuma jalan lama/persekutuan ini sedikit beralun; bukan untuk rekaan Avanza kereta ekonomi yang melompat-lompat. Tapi aku rilex memandu di jalan lama ini. Dari nak menginsut di PLUS. Dari bual bicara Deejay di radio; ada kemalangan di PLUS sekitar Slim River; padanlah sangkut. Orang kita Malaysia pantang lihat kemalangan semua nak tahu. Maka pasti akan menganggu kenderaan. Sesak nak lihat. Aku orang kedua yang sampai rakan SMI di majlis rumah Jaja. Kata Jaja Azaddin Abd Hamid... dah sampai tapi aku cari-cari dia. Emmm dah balik tentunya. Ketika itu 1:00 tengah hari sejam lewat dari perencanaanku sebab sesak di jalan raya. Puncanya bertolak pun lambat. Tapi majlis Jaja yang memang dia Ustaz di sekolah agama ini meriah amat; anak muribnya banyak membantu kenderaan tetamu keluar masuk.


- bersambung

Tiada ulasan: