iDAN

01 April 2013

TIONG KASIH DI SEPI TIOMAN viii

"Ayah tanyalah staf bot tu apakah rombongan kita ni berhenti di jeti ini" Mila terjaga dari tidur & nampak gelisah nak turun

"Sabarlah Mila nanti kalau ahli kumpulan kita turun akan nampak!" aku memang tak menduga kami adalah penumpang paling awal turun. Firasatku pasti akan turun di jeti Kampung Mukut. Jika tenguk peta Kampung Mukut yang paling awal terjenguk jika dari daratan. Tetapi tidak. Bot tak turun di jeti Kampung Mukut.



2. Suara staf  bot melaungkan Kampung Genting. Aku lihat Ketua Rombongan Cikgu Zul bangun memunggah barangan. Sangkaan Mila tepat; kami adalah penumpang pertama singgah di jeti Pulau Tioman. Kampung nelayan yang terpencil.  Ada sekitar 30 orang yang turun. Tak ramai. Tak luak pun penumpang dari bot ini.

3. Sebelum ke Pulau Tioman aku telah pun melayari laman sesawang yang Mila kasi tahu tempat yang kami mahu menginap. Aku lihat gambarnya memang cantik. Rumah kecil atau chelet di tepi pantai. Sekitar 100 meter dari jeti tertera Resort yang kami akan bermalam; Island Reef Resort. Nama orang putih tapi milik orang kita Melayu. Dari jeti ke resort ada banyak gerai jualan cenderahati; gerai makan juga gerai jual pakaian. Sebelah kanan ada surau agak besar bersebelahan bengkel batik.

4. Cuaca cerah tidak panas tidak juga mendung. Tak ramai pengunjung di Kampung Genting ini. Belakang kampung terdapat gunung yang menghijau. Air laut ketika kami sampai sedang pasang. Ikan di jeti nampak amat menarik aneka jenis; Banyak anak ikan todak bermain di permukaan air. Terpampang di papan kenyataan tidak boleh memancing 1 batu nortika dari pantai. Akta Taman Laut kena di patuhi; malahan ada banyak amat prasyarat pengunjung demi menjaga habitat laut untuk berkembang indah.



5. Aku lihat si Azim amat payah nak bawa beg plastik hijau barangan makanan. Agak besar. Aku mencapai beg tersebut dengan dua lagi beg agak besar. Mak Datok tinggi amat rupanya tangga yang perlu aku daki untuk sampai ke puncak Island Reef Resort. Aku tak sempat mengira anak tangganya. Tapi dalam congakanku mahu sekitar 50 anak tangga. Mencungap aku nak smpai ke ruang legar resort ini. Permandangan dari puncak resot memang cantik. Angin basah laut tetap terasa. Damainya Kampung Genting Pulau Tioman.

6. Sedari di rumah lagi aku rasa tak senang hati. Pertama teringatkan Anif yang tak dapat turut serta kedua terfikir bagaimana Cikgu Zul nak agih-agihkan bilik. Yang berpasangan dapat satu bilik; anak bujang sama anak bujang. Azim bersama satu bilik dengan anak Cikgu Zul si Ayang (lelakilah). Si Ayang ni yang duduk denganku kat bangku bas belakang sekali. Aku terus bingkas mendaki bukit mencari kamar kami. Mila mengejarku dari belakang. Ish terkejut beruk; ada 4 tilam untuk tidur berdua. Besar sangat biliknya; aku terus melambai Azim agar tinggal bersama kami. Baru rasa suasana keluarga. Tak suka sangat jika berjalan jauh berpisah kamar dengan anak-anak. Azim pun memang jenis pemalu nak tinggal bersama orang yang dia tak kenal.

- bersambung


Tiada ulasan: