2. Aku pernah baru ni nak naik bas awam dari Kajang ke Jenaris; ianya mengabil masa sekitar dua jam. Melampau betul. Ketika tengah hari mungkin masalah bas rosak atau pemandunya singgah makan. Tak banyak bas masuk ke Jenaris atau sekitar Sungai Kantan. Penumpang pun tak ramai sebab masing-masing pasti serik nak naik bas.
3. Masalah ini tak selesai sejak 55 tahun lalu. Dari Kajang ke KL banyak pilihan, ada komuter, bas & teksi. Sebut teksi semua orang pasti ragu-ragu nak naik sebab tambangnya pasti berganda atau sila-silap kena cekik darah. Aku teringat masa pergi ke Kuching Sarawak di sana aku akui memang amat lancar & murah tambang teksinya.
5. Sebaiknya kerajaan memikirkan masalah harga kenderaan ini sejak lama. Bukan menjadi kempen parti. Jika sekadar turun 20% ianya tak akan membantu rakyat; sebab barangan gantian, minyak tol segalanya amat mahal. Jika pemerintah terut mengambil keuntungan dalam masalah kenderaan keluarga ini, natijahnya sampai KIAMAT anak cucu kita akan terus berhutang. Tak mungkin dapat hidup dengan selesa.
6. Sebaiknya dunia terbuka luas, siapa tak teringin menikmati kecanggihan teknologi automobil terkini. Takkan selamanya rakyat Malaysia pandu kereta tempatan yang selalunya masalah enjin atau keunggulan kereta terkini dunia tidak dapat dinikmati. Malaysia menuju ke negara maju; cubalah bertanya atau memantau harga kereta di negara maju. Kereta Malaysia yang dijual di sana jauh lebih murah dari negara kita sebab saingan pengeluaran keret terbuka di sana.
7. Jangan pula kata tak mampu nak pakai kereta canggih luar negara jangan banyak cakap atau nak murah harga kereta pergilah ke negara tersebut. Jika ini penerimaan pemerintah atau kerajaan pastinya rakyat Malaysia terdera & terus dianiaya. Sebab apa. Nikmat kemajuan atau kemakmuran negara terpaksa dibeli terlalu mahal. Bayangkan ada kenderaan luar negara dicukai sampai 100% atau sekali ganda. Bukakan ini bagi aku satu peras ugut secara halus. Menyekat minda manusia agar jangan melayan nafsu kemewahan. Sedangkan rakyat di negara maju dapat segala memandu kecanggih kereta seantero dunia. Murah amat. JANGAN kerana rakyat terpaksa pakai kereta menjadi target kerajaan dapat LABA. Semua rakyat dikerah mencari duit terus berkerja sampai usia 60 tahun tanpa rehat. Kenderaan keluarga terus dijadikan sebagai batu loncatan untuk kerajaan mengambil keuntungan berganda.
- Anda, Kpl Zainal Rashid dan Y'ferraserrie Ggurl'f sukakan ini.
- Penyair Idanradzi Siapa yang berminat nak beli Avanza; Auto 1.3 Tahun 2005 (lapan tahun usianya) Sila hubungi sy 03 87371884 Jika tenguk harga di pasaran sekitar RM30K sahaja... harga boleh runding.
- Penyair Idanradzi Jika secara lojik kalau kami jual ke use car dah pasti jauh lebih murah sebab mereka akan tacap cat betul sana-sani & nak ambil untung... Baru minggu ni Avanza kami meragam merajuk agaknya bila Mila tetiba teringin tukar baru; gear autonya tetiba macam haus/dah makan; sudah ada pomen yang nak betulkan; insya-Allah dalam tempoh terdekat sy akan selesaikan masalah ini... minggu depan nak balik Perak; jika tak dibetulkan pasti tak sampai ke kampung sy.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan