"Use Toyota Original Equipped Floor Mat"
Merujuk dari perkara 5 catatan ini; baru siang tadi takdir Tuhan aku dapat berbual dengan adik Pomen Di Raja yang lama berkhidmat dengan Toyota bahagian Mekanik. Angkuhnya telah berlaku kejadian kemalangan tragis di mana tetiba enjin kereta Toyota yang jenama mewah tetiba meraung. Yang memandu pastinya cedera parah & membuat tuntutan insuran kepada pihak Toyota.
2. Apabila disiasat punca kemalangan adalah lapik kaki yang ditindih di atas lapik kaki asal keluaran Toyota di bahagian memandu. Ianya terlipat & tertindih ke padel minyak. Hatta Toyota menolak tuntutan yang dibuat. Kekukuhan ceritera ini bagi aku tetap meragukan. Sebab tak semua lapik kaki boleh terlipat atau menghalang padel minyak tetapi biasalah bebenda remeh begini boleh djadikan punca kemalangan pun isu ditolak tuntutan insuran.
3. Jika perniagaan Toyota ini mesra pelanggan notisnya tidak begitu. Kena ada opsyen bagi pemilik Toyota untuk memakai lapak kaki di pasaran yang cantik juga selamat. Ianya hanya untuk bahagian lantai pemandu. Jadi tak timbul pelbagai andaian atau menampakkan Toyota ni tak mahu berlebih kurang. Kereta Toyota nak barangan tambahan keluaran Toyota juga.
4. Jika isu ini diutarakan aku juga sering buat banyak kesilapan; sebab aku memang tak pandai memandu pakai selipar. Kasut pun tenguk jika tapaknya tinggi atak bergerigi kasar memang aku rasa tak selamat. Bayangkan jika perempuan memandu pakai kasut tumit tinggi. Perkara ini semua orang arif & sedia maklum. Terbaik memang pakai kasut kung fu ketika memandu; atau kasut sukan tanpa tali. Kita tak pernah fikirkan masalah ini. Jika pakai selipar memang menggangu buka selipar pula di mana diletakkan pastikan jangan terselit di celah brek.
5. Kesimpulannya teguran atau ingatan Toyota berniat baik cuma cara teguran itu macam barangannya saja terbaik untuk kereta Toyota. Sedangkan pasti banyak pilihan lapik kaki di pasaran yang cantik pun selamat. Sedangkan kasut pun boleh menjadi punca kemalangan. Ibarat ada orang cadangkan mesti taruh cili padi sebab ianya sangat pedas barulah resipi itu menjadi enak. Tak salah jika kita nak tukarkan kepada cili besar jika memang tak suka pedasnya cili padi asalkan tak lari dari resipi yang mahu dihidangkan, selamat dimakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan