iDAN

10 Julai 2013

KEKASIH NOMBOR SATU DUNIA & AKHIRAT


Allah Azza Wa Jalla: dah semestinya kekasih yang TAK perlu kita persoalkan. Dia sentiasa bersama kita dalam kita sakit atau kepayahan. Talian kasih kita ujud dengan Allah sebelum lagi kita lahir ke dunia. Kita tak boleh memberikan kasih sayang ini kelas atau nombor. Ianya kewajiban yang perlu kita peliharai.
2. Zuriat atau talian darah, ibu & ayah. Adik beradik atau anak-anak kita. Bak air yang dicincang takkan putus berlaku kejam terhadap ibu & ayah bermakna derhakalah kita. Bergaduh dengan adik beradik tak akan ke mana. Mereka tetap zuriat atau waris kita.
 
3. Barulah saudara mara yang di dalam agama kita, yang dikatakan mahram. Kita tak katakan mereka ini kekasih kita tapi kasih sayang & perlunya kita menjaga ukhuwah ini amat dituntut oleh agama kita. Jangan sesama kita menjadi musuh & saling cemburu atau dendam. Ianya mendatangkan kehidupan yang amat naif & tidak bahagia. Apatah lagi kita jadi haruan makan anak.
 
4.Barulah aku nampak ujudnya buah hati, kekasih atau jodoh kita. Keujudan kekasih yang ini sebermula dengan berkenalan. Asalnya rakan atau mereka orang luar yang tetiba muncul dalam hati. Ada juga ujud ketika cinta pandang pertama. Dengan ikatan pernikahan akan terbinalah rumah tangga Islam yang akan berkembang biak.
 
5. Isunya kekasih dari kalangan luar dari kelompok keluarga atau waris kita ini sering menjadikan perubahan hidup yang berbeda. Aku nampak berpunca dengan keikhlasan atau kesetiaan kita dalam menyintai pasangan kita. Beruntunglah kalau cinta sesama pasangan kita ini menjadi keramat lagi suci mulia. Memang ini yang disarankan agama. TETAPI terlalu banyak keluarga Islam kini aku perhatikan amat nazak. Cinta pura-pura. Berpunca dari pengaruh orang ketiga; kebendaan, harta ada ketika keluarga sebelah pasangan kita bikin Cinta yang sepatutnya Nombor Satu jadi hambar & tak bermakna.
 
6. Tak kurang juga dari kelompok rakan kita yang bersikap gelandangan yang rosak akhlaknya menjadikan rumah tangga yang kita dirikan: jahanam. Rumah tangga yang seharus menjadi masjid telah bertukar menjadi medan porak peranda. Ini silap kita sebab sebaiknya jodoh kitalah kekasih nombor satu di dunia & akhirat tetapi bertukar menjadi musuh sepanjang hayat. Kenapa?.

(Islam mengajar kita agar bercinta dengan pasangan kita sampai ke akhir hayat kenapa kita CURANG atau berani berlaku curang)
  • Yeop Rindu ada pelbagai jenis CURANG... curang nyata & juga curang perasaan... aku sendiri ramai KEKASIH GELAP tapi tak pernah pun berjumpa pastinya ini juga buat pasangan kita rasa cemburu & melukakan.
     

Tiada ulasan: