iDAN

05 Julai 2013

Tanah Pusaka Md Sesh (siri KCT i)

Yang lagi teruk@nazak tanah kami yang tak pernah berjual sampai kini masih ada separuh tak dapat cukai tanahnya; padahal Pej Daerah & Tanah kampar (PDTK) tu tahu sy antara pewaris terdekat yang ambil kuasa; hanya 4 geran dari lebih sepuluh geran kami dapat cukai tanahnya...

Yeop Rindu: yeop baru e-mel & terjah pejabat DO tapi senyap sepi; blog yang konon mesra rakyat bila yeop hantar e-mel tak lepas; e-mel sekadar e-mel.

Yeop Rindu: sbb tu yeop tertanya-tanya jika @Deejay Yjay ada jalan kenapa tak uar-uar orang kampung bagaimana cara yang TELUS.

Yeop Rindu: Setahu yeop Kampar tak selesai ed... kita kena ke Ipoh.. dah memang tu cara terawal kena ambil status tanah baru boleh buat langkah susulan.. sekitar dua tahun lalu status tanah tu hanya perlukan RM40 bagi satu geran atau satu lot. Tak dapar free.

Mashi Maroo: skrg ni nak taw status tanah,perlukan rm70 tak silap saya..sebab sy penah keje dkt pejabat peguam taun lps..so kalau nak tau status tanah,pegi je pejabat tanah..

Yeop Rindu: kes orang kampung buat kampung SESAK atau main bangun/buat rumah tanpa ada geran tu kes lain; KK pasti lebih tahu. KK setahu yeop ada hak jumpa penghulu atau DO dalam bab tanah ni... jika tak jalan memang kena ke MB Perak; jika MB Perak buat tak tahu saja memang tergadai/terlelonglah tanah KCT tu.

Yeop Rindu: isunya kena ada geran asal; yeop tengah cari geran tapak rumah kedai tu ed.. jika keluarga ed ada simpan kasi yeop... satu geran dengan rumah ed... tak boleh bertangguh! geran yeop dah kena ceroboh; HILANG. tanpa geran asal cam mana kita nak bertindak... dah cukai terakhir pun yeop tak jumpa... memang ada musang berbulu ayam kat KCT tu tu; tak baik nak nuduh tapi yeop memang terkilan sangat sbb tanah Ayor Hangat tu top-top kena lelong; setahu yeop ada TIGA nama; arwah apak, arwah Pak Alang Bandor satu lagi yeop tak pasti siapa...

Yeop Rindu: jika yeop sorang yang sayang tanah.. yang tiga WARIS takkan tak tahu... tentang surat lelong tu.

Yeop Rindu: Sebab tu yeop terkilan sangat takkan orang KCT tak kasi kami tahu benda macam ni; Wan Bi hanya pernah kasi tahu yang cukai ni tak bayar lagi; mana yang yeop sempat bayar selamatlah yang tak sempat apa cerita... dalam geran ada bersusun nama orang kampung!.

Yeop Rindu: Memang masa arwah apak ada dia yang buat semua tu untuk orang kampung; tapi bila apak dah tiada apa peranan orang kampung; yeop anak bungsu tak tahu pun masalah tanah tu;

Yeop Rindu: Bayangkan sebab cukai setahun cuma RM10 sekitar itu sahaja cukai bagi seekar tanah... apa orang KCT; anak cucu tak sayangkah tanah pusaka ni... macam geran 21 tu; yeop pasti bukan sorang dua pemiliknya.. takkan yeop sorang yang meraban sayang sangat tanah kampung tu.. apa cerita orang lain... bayangkan kalau 21 pemilik sorang dah tentu sekitar RM1000 cukai bertunggak; boleh yeop SELESAIKAN jia ada yang boleh kasi ilmu; baca saja daun jadi duit RM5.

Yeop Rindu: sekelip mata yeop bawa sebuntel duit RM20K (RM20,000.00) jadi boleh XSEN ke Pej Tanah tu.

Yeop Rindu: Sebagai contoh tanah Paya Asap yang dapat yeop tebus; sbb gerannya dah masuk bakul sampah si Nahusa jumpa.. yeop kena bayar sekitar RM5000 lebih kurang lima ekar itu kira-kira 5 tahun lalu tertunggak sekitar 15 tahun... cer congak jika geran 21 tu memang 21 ekar... (harap-harap tak sebesar tu) dah tertunggah sekitar 20 tahun... berapa agaknya iyer?.

Yeop Rindu: kes geran 21 tu yeop rasa pasti banyak duit kita perlu kumpulkan untuk menebusnya kalau tak sedekah sajalah ke lintah darat di Pej Tanah tu;

Yeop Rindu: Yeop tak mahu jadi orang kata tamak tanah; yeop tetap cakap dengan anak-anak mana geran yang dapat kita tebus BUKAN hak kita; kita cuma cuba selamatkan...kena kasi pewaris jika menuntut tapi mereka kena bayarlah ganti rugi kepada arwah apak (Md Sesh) yang selama 100 tahun lebih sebelum atok Abdul Rahman (ayah apak yeop@atok yeop) lagi yang usahakan tanah & menjadi pemegang amanah tanah pusaka sebalh apak.

Yeop Rindu: kebanyakan geran yang yeop dapat kesan semua didaftarkan sekitar tahun 1920an di Taiping.

Yeop Rindu: Semua masalah ada penyelesaiannya JIKA pihak Pej Daerah & Tanah nak bantu kita; mereka perlu ingat nenek moyang kita teroka tanah tu dah 100 tahun lebih; dijual pun dengan harga murah sangat; yang tak jual pun jika cukai tu tak digandakan dendanya cukai tanah tu tak banyak mana pun... tapi jika ikut akta tanah yang asyik dipinda: PINDAAN AKTA yang tak memihak empunya hak milik tanah ... ni yeop memang SANGGAH... & memang yeop TAK HALALKAN biarpun seinci tanah KCT kami dirampas atau dilelong.

Yeop Rindu: yeop sanggup korbankan kerjaya yeop (bersara awal) sebab risau tak cukup duit kut tanah kami dilelong... ketika itu yeop ditakdirkan diserang sakit kronik; duit pencenlah dapat menampung menebus 4 geran yang kini selamat ada sekitar 5 geran lagi masih tergantung statusnya. Md Sesh memang tak pernah jual tanah di Mukim Teja. Begitu sayangnya apak terhadap KCT; kami memang tambah-tambah terkilan kenapa orang KCT sangguh musnahkan estet getah apak; kasi jual papan tanda Lorong Md Sesh (bila dirisik tahu belaka orangnya; ada yang dadah ada yang masih segar bugar) ini yeop rasa KK kena tegur.

Yeop Rindu: emm bayang awal yeop nak dapatkan status tanah sekitar 5 tahun lalu baru RM20... dua tahun lalu RM40 ada e-melnya yeop simpan... dan hari ini dengor dah RM70... itu bagi satu geran!.

Tiada ulasan: