iDAN

29 Ogos 2013

Pati Delima


Jenama Gulsan antara produk terdapat di pasaran terbuka
jangan beli di pasaran jualan MLM amat mahal sedangkan patinya sama, satu lagi jenama yang terdapat di pasar raya besar ialah Hamada, lebih murah dari jenama Gulsan.

Antara khasiat delima yang dikenalpasti dan teruji ialah:-

[01] Menyihatkan fungsi jantung dan hati, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan.

[02] Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit.

[03] Melancarkan peredaran darah.

[04] Mengeluarkan angin dan asid dalam badan (mencegah penyakit gastrik dan kanser usus ).

[05] Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus dan mengeluarkan keracunan badan.

[06] Menyingkirkan lemak berlebihan, kelesterol & mengurangkan serta mengimbangi Tekanan Darah tinggi. Tentunya dapat mengimbangi berat badan & kembali menjadi langsing.

[07] Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan.

[08] Membuang asid urik dalam sendi untuk meredakan penyakit GOUT.

[09] Mengelak rasa mual (semasa hamil), melega masalah pening kepala.

[10] Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (mengelak kesakitan senggugut).

[11] Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas. Mengimbangi berat badan bagi yang obesiti.

[12] Dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (utk suami-isteri).

[13] Merapatkan rahim, menyuburkan rahim = kembali dara. Di samping memelihara kesimbangan cairan pada vagina (mencegah kekeringan vagina).

[14] Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam. Insya-Allah badan yang semakin dimakan tua kembali nampak gebu & berwajah seri.

[15] Menurunkan paras glukos/gula dalam darah, membantu pesakit kencing manis.

[16] Menghapuskan kahak, mereda penyakit batuk.

[17] Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua ~ jangan lupa hadiahkan pati delima ini untuk bonda kesayangan anda (dapat mengurangkan risiko penyakit jantung).

[18] Anda hamil? Ambil lah pati delima ini untuk menambah-cantik-gebu kulit bayi anda, di samping membantu proses tumbesaran janin..

[19] Awet muda.. amal dari sekarang.. tenguk lah dalam 10 tahun lagi (kalau umur panjang), anda pasti menghargai dan bersyukur.. InsyaAllah..

[20] Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah.

[21] Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yg tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh drpd rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf..

[22] Lain-lain khasiat delima ialah mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas badan dan demam, membunuh cacing dalam usus, memutihkan kulit,  melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah, mengekalkan kesihatan dan terang mata menghindar rabun.


[23] Jika anda ada masalah sembelit pati delima memang amat sesuai untuk mencegah sembelit.


[24] Mereka yang ada masalah lemah badan tak bermaya. Alahan ubatan kimia; lesu sangat terutama ketika bangun tidur cubalah bancuh dengan air suam atau sejuk; minum sebelum tidur. Tenguk kesannya ketika bagun tidur.

(Cara mengamal minum pati delima: Pastikan ianya DIBANCUH dengan air. Terpulang sejuk atau panas. Bagi Obesiti elok minum sebelum tidur; bagi mendapat tenaga yang CERDAS sepanjang hari minum selepas bangun tidur. Untuk kesihatan terpulang nak minum sekerap mana tapi memadai sehari sekali atau dua kali minum. Sukatan sekali minum terpulang kepada selera anda; sebab pati delima bukannya ubat ianya macam kita makan buah-buahan. Cuma jangan pula teguk sebotol sekali gus itu memang melampaulah eh)


iDAN:

Saya sedang mengamalkan makan pati delima ini; nampaknya kesannya amat baik untuk kesihatan. Jika anda ingin mencuba jangan beli melalui jualan MLM atau melalui internet; ianya terdapat banyak di pasar terbuka. Saya dapat harga yang patut & jika mahu maklumat sila e-mel saya atau telefon saya. Jangan lupa makan goji bagi menambah kesan herba buat diri anda. Saya ada keratan akhbar Mingguan Warta Perdana (MWP) dari Ustaz Azhar Idrus yang popular itu tentang khasiat Buah Delima , sila e-mel saya jika mahu membaca rahsia buah delima yang memang ada terdapat di syurga nanti. (idanradzi@yahoo.com). Saya tak mahu uar-uarkan artikel ini takut ada yang suka tambah-tambah tulisan Ustaz Azhar ini sebab dia bukan jual ubat tapi di MWP dia rajin diundang menulis tentang pemakanan dalam agama.



Saya juga menjual Parti Delima dengan harga RM15 jenis seperti di atas. Sekitar Jenaris harga termurah ialah di belakang blok KAMDAR Prima Saujana; jika kedai Barangan Timur Tengah (ARAB) itu tutup; saya sentiasa ada stok telefon talian rumah 03 87371884 24jam.  Tauke kedai tu adalah teman baik saya.Di Pasar malam harganya tetap sekitar RM16 atau lebih; TAPI jika anda datang sendiri ke rumah saya dapat kenal saya Penyair iDANRADZi saya akan kasi harga istimewa seperti harga rakan baik saya jual di kedainya.

Mahu lebih murah terpaksa ke Shah Alam TETAPI kena beli satu kotak sebanyak 24 botol akan dapatlah harga borong.  Murah sedikit. Di pasaran kebanyakan penjual menjual harga RM15 ke RM18, tak baik pula kalau kita nak saingan mereka berniaga dengan harga yang terlalu murah. Di mini gerai depan pasar raya selalunya sekitar harga tersebut. Pasar Tani Prima Saujana juga di mini gerai Giant Prima Sauajana sekitar RM16. Bangi sekitar RM15.

Terpulang kepada anda jika nak beli di jualan internet atau secara jualan terbuka. Sekitar di Perak memang harganya masih sekitar RM20 ke atas (Jauh dari Pembekal); jenama GULSAN seperti gambar di atas.


KHASIAT BUAH DELIMA

“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan” AL-ANAAM :99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Kebanyakan budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari perkataan Perancis yang bermakna epal yang berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman, membuang lemak dan juga mengeluarkan toksin dari badan. Pati Buah Delima kini boleh didapati dalam pelbagai produk seperti jus dan kapsul.

Delima adalah antara pokok yang terdapat di Syurga. Kenapa tidak mencubanya; jika rajin ke Carre Four cuba cari jenama Hamada; ianya lebih murah & diperah dengan seratnya sekali; mmg lagi sedap jika anda mencubanya. Kasi tahu aku jika jumpa jenama Hamada ini, aku hanya pernah jumpa di Carre Four Ampang. Hingga kini aku masih tercari-cari jenama ini.

Terbaru saya temui jenama HAMADA dijual di gerai dalam Masjid Kajang, harganya RM15 saiznya agak kecil berbanding yang saya beli (700 gram) di Carre Four jenama yang sama. Tapi bolehlah jika anda mahu mencuba. Sebab HAMADA ini diproses dengan seratnya sekali. Jika tak silap saya HAMADA ini buatan Syria (HAMADA rasanya tak manis masam amat berbanding GULSAN)

Kami telah mencuba mengkaji apakah ditaruh gula jenama GULSAN ini; buktinya semut tak mendekati titik pati delima GULSAN yang kami sengaja tumpahkan. GULSAN diimpot dari Turki.

Anda boleh mencubanya dua-dua jenama Hamada & Gulsan. (botol Hamada terbaru tidak ada telinga bagai dulu). Yang nyata ramai menyukai jenama GULSAN sebab rasanya memang enak apatah lagi jika ianya dibancuh secara sejuk/ais.

Jika tak jumpa pati delima ini kenapa tidak amalkan sering makan buah delima; selalunya RM10 anda akan dapat sekitar 4 atau 5 biji buah delima sederhana besar. Kadang-kadang di pasar malam RM5 dapat tiga biji. Belilah & amalkan makan buah delima memang akan membantu anda menjaga kesihatan.

3 ulasan:

iDAN berkata...

iDAN28 Januari 2013 6:01 PTG

Jika tak silap saya beli HAMADA di Carre Four Alamanda Putrajaya sebulan lalu sekitar RM13 sebotol; buruk amat botolnya macam botol kicap (Botol kecil). Kandungan lebih banyak dari GULSAN; rasanya ish memang tak boleh tanding sedapnya GULSAN.

Janji pati delima.

iDAN28 Januari 2013 6:05 PTG

Jangan lupa cari artikel GOJI dalam laman sesawang/situs saya ini; ianya juga amat bagus untuk kesihatan tapi keluaran dari cina bukan barangan arab...

http://dgelenggang.blogspot.com/2009/11/goji-yang-berkualiti-dari-ningxia-china.html


Semua ulasan di atas saya kutip dari blog saya yang satu lagi DGelenggang iDAN

iDAN berkata...

Dalam blog ini saya cuba mencadangkan rakan saya yang sakit kronik macam saya mencari rakan yang sama bermasalah & mahu menjaga kesihatan. Sebab itu kenapa tidak kita berpakat-pakat jika ada sekitar berdua atau bertiga kongsi duit beli 24 botol di stokisnya kan lebih jimat.

Bagi mereka yang suka memakan pati delima sebagai amalan diet tak kisahlah makan sekadar mampu; sebab itu saya sedia membantu dengan harga yang patut di pasaran.

Uar-uarkan jika sekitar anda ada kedai yang boleh kasi hari sekitar RM15 agar tidaklah rakan kita yang lain membeli dengan harga yang tidak munasabah.

iDAN berkata...

Sekadar nak ceritakan pengalaman saya telah mengamalkan makan pati delima ini lebih dari tiga tahun. hasilnya berat badan saya dapat dikawal dari tambah naik. Buat masa ini berat badan saya turun sekitar 13 kg. (Nasihat doktor pakat pemakanan saya masih perlu 6 kg diturunkan berjayakah saya?)

Perlu diingat mengambil herba ini tidak elok berterusan tanpa anda berhenti seketika. Maksudnya ada ketika cuba stabilkan badan tanpa memakannya nak pasti apakah badan kita cukup tenaga & sesuai atau normal tanpa herba.

Saya telah lakukan amalan ini; saya berhenti sekitar sebulan tak makan pati delima. Kesihatan saya okey cuma masalah berat badan datang semula. Mungkin saya tak kawal pantang larang pemakanan; pulak tu tak ada herba nak buang segala toksik atau kolesterol dalam badan. Nampaknya pati delima memang banyak membantu menjadikan badan saya stabil.

Rajinlah mencuba pelbagai amalan kesihatan seperti makan pati delima pun berulam dengan makanan yang berkhasiat. Ubat doktor memang kena makan tapi elok cuba kurangkan jika memang herba dapat membantu.

Ubat doktor sebenarnya menghalang dari sakit kronik merebak tidak dapat membantu untuk memulihkan sakit dalam badan. Sedangkan herba akan dapat membuat badan kita kembali normal & kuat menentang kesakitan. Jika sakit merebak tak dapat kita kawal memang akan timbul masalah lain & pastinya ini amat mendukacitakan kita.

iDAN