iDAN

01 Disember 2013

Petua

.:: Petua Orang Melayu yang lain
 

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menggalakkan Pokok Ros Berbunga
Siram pokok bunga ros dengan air cucian beras. InsyaAllah pokok akan mengeluarkan bunga yang banyak.

Menghilangkan Bau Petai Di Mulut
Goreng sedikit beras tanpa minyak. Kemudian kunyah beras tersebut sehingga lumat di mulut dan makan. InsyaAllah, bau petai atau jering tersebut akan hilang dengan mudah.

Mengilatkan Emas
Untuk mengilatkan emas, rendamkan emas dengan air asam jawa semalaman, kemudian gosok dengan ubat gigi.

Baju Terkena Minyak
Jika baju terkena minyak masak atau sambal, bubuh bedak atau tepung di tempat yang kena dan biarkan semalaman.

Mengilap Perabut Lama
Ambil bekas air, isikan lebih kurang satu liter air kemudian masukkan dua sudu cuka. Lapkan perabut anda dengan menggunakan bahan tersebut dengan kain yang lembut. InsyaAllah  perabut anda akan kembali berseri.


Menghilangkan Mabuk Perjalanan
Petua 1 : Jika anda mabuk kerana menaiki kenderaan, anda boleh berbekalkan sebiji limau. Ciumlah limau tersebut semasa dalam perjalanan, Insya-Allah rasa, meloya anda akan hilang. 
Petua 2 : Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. Minum ketika suam. Amalkan selalu.
Menghilangkan Darah Pada Pakaian
Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman dan kemudian cuci dan bilas seperti biasa.

Menghalau Semut Halus
Seringkali bila kita meletakkan barangan terutamanaya makanan ada saja semut halus yang menghurunginya. Cara mudah untuk menghalangnya adalah dengan menconteng disekeliling barangan tadi dengan kapur tulis. Dengan demkian semut halus tidak akan menganggu barangan tadi. Serbuk kapur tulis juga boleh ditaburkan dilaluan semut-semut untuk menghalaunya.


Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur
Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. Laplah bahagian luar dan dalam cermin kenderaan anda dengan menggunakan tuala tadi.

Elakkan Anak Mengigau
Jika anak anda sering bangun dan berjalan semasa tidur jangan risau. Sembelih ayam jantan dan ambil balongnya warna (Merah) diatas kepala atau dibawah lalu dimasak , ianya boleh di makan oleh sesiapa saja bersama nasi setelah dimasak gulai atau digoreng tidak memudaratkan kesihatan tetapi Ayam hendaklah disembelih halal,dan berilah makan kepada anak anda. Petua ini telah dicuba dan ternyata berhasil. InsyaAllah. 

Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian bersama minyak tanah. Biarkan beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Mengharumkan Bilik Tidur
Ambil beberapa helai daun pandan wangi, ramas-ramas dan pintalkan. Letakkan ditempat yang sesuai dalam bilik tidur anda. Atau anda boleh juga letakkan beberapa limau kasturi yang di belah dua di tempat sesuai. Bilik tidur anda akan sentiasa harum dengan adanya daun pandan atau limau kasturi berkenaan.

Terkena Atau Terpijak Paku Berkarat
Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari. Insyaallah baik. 
Air Akuarium Tahan Lama
Bagi membuat air akuarium  lebih lama bertahan dari selalu ditukar ganti , masukkan seketul arang bagi menjernihkannya.

Menggemukkan Binatang Peliharaan
Campurkan hampas kelapa dengan tahu ikan bilis lalu diberikan kepada binatang peliharaan untuk dimakan. InsyAllah, ini akan menggemukkannya.

Menghindarkan Tikus
Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. 

Membuat Minyak Urut Kelapa
Ramuannya ialah 3 camca besar halba, 4cm halia, 4cm kunyit hidup, 3 ulas bawang putih, 5 biji bawang merah dan minyak kelapa dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak sehingga menjadi minyak. Cara membuatnya ialah tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.

Melebatkan Misai dan Janggut
Ambil setengah gelas santan pekat yg dicampurkan dengan 1/4 gelas air kayu cendana. Telur udang yang telah dihaluskan juga dicampur. Sapu campuran tersebut rata-rata pada misai dan janggut anda. Hasilnya amat memuaskan.

Menghilangkan Karat Pada Pakaian
Petua 1 : Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus. Kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. Biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa. Petua 2 : Untuk menghilangkan kesan karat lama atau baru pada pakaian, bersihkan pakaian terlebih dahulu. Sapu sedikit kapur pada kesan karat tersebut dan perahkan limau nipis keatasnya. Biarkan 30 minit dan bolehlah dibilas.
Menghilangkan Kesan Kotoran Pada Seterika
Petua 1 : Gosokkan seterika yang panas di atas sehelai daun pisang. Hasilnya seterika dapat digunakan semula dengan licin dan sempurna.
Petua 2 : Ambil sehelai kertas suratkhabar. Lipat 2 atau 3 hingga ia menjadi agak tebal sedikit. Kemudian, gosoklah seterika di atas kertas tersebut berkali-kali. Nescaya seterika kembali bersih.
Mengharumkan Almari Pakaian
Petua 1 : Balut kulit limau dengan kain. Untuk cantik, ikat bungkusan ini dengan riben dan letakkan dalam almari.
Petua 2 : Letakkan dua helai daun pandan ke dalam almari tersebut.
Lilin Tahan Lama
Pada lazimnya kita akan menggunakan lilin apabila bekalan elektrik terputus.Tetapi kebiasaannya lilin akan cepat habis atau cair. Jadi untuk menjadikan lilin ini menyala lebih lama,cubalah anda simpan lilin ini di dalam peti sejuk selama lebih kurang 24 jam sebelum anda gunakan. Lihatlah hasilnya anda pasti kagum.

Suburkan Tanaman
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.

Digigit Binatang Bisa
Cara menghilangkan rasa sakit digigit binatang bisa seperti lipan, kala jengking dan sebagainya, cubalah sapukan air perahan tembakau atau biji asam jawa ke tempat yang sakit itu. Lakukan berulangkali.

Menghalau Nyamuk
Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap.

Pakaian Terkena Dakwat
Petua 1 : Bancuh sedikit susu dengan sedikit air, biarkan pekat. Celupkan dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat ke dalam bancuhan selama 20-25 minit. Kemudian, basuh dan bilas seperti biasa.
Petua 2 : Titiskan air limau yang bercampur dengan garam dan gosokkan perlahan-lahan dengan tangan. Kemudian, basuh dan bilas seperti biasa.

Menghilangkan Bau Asap Rokok
Letakkan sedikit hampas serbuk kopi di dalam tempat habuk rokok. Nescaya baunya akan bertukar menjadi wangi.

Melancarkan Laci Yang Tersekat
Jika laci almari atau meja anda tersekat-sekat dan sukar ditolak-tarik, ambil lilin dan gosokkan pada bahagian tepi-bawah laci anda. atau jika laci anda menggunakan rel di bahagian tengah, gosokkan lilin pada bahagian itu, selepas itu pasang kembali laci anda dan sorong tarik beberapa kali dan lihatlah hasilnya. Laci anda pasti akan lebih lancar.


Mengelakkan Muntah
Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipraktikkan sebelum memulakan perjalanan jauh bagi mengatasi hal ini :
1. Hanya mengambil makanan yg lembut atau cair beberapa jam sebelum memulakan perjalanan
2. Pilihlah tempat duduk di bahagian depan samada bas atau kereta
3. Jika menaiki bot duduklah di bahagian tengah kerana kurang pergerakan dan tumpukan perhatian kepada sesuatu objek yang tetap seperti pulau atau kaki langit dan jgn sesekali berbaring
4. Tarik nafas dan gosoklah sekeliling leher anda atau halkum bagi mengelakkan rasa mual

Membentuk Semula Bunga Hiasan Lama
Bunga hiasan lama jangan dibuang. Jika terlalu kotor dan berhabuk ceraikan dari gubahan dan kocakkan di dalam air sabun, kemudian jemur hingga kering. Cuba gubah bunga tadi dalam bentuk baru atau guna bekas gubahan yang lain. Gubahan akan kelihatan baru dan menyerikan semula.

Mengelak Kain Batik Cepat Luntur
Ambil beberapa helai daun betik dan rebuskan dengan air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik ke dalam air tersebut dan biarkan semalaman. Selepas itu, bolehlah dicuci seperti biasa. InsyaAllah, kain tidak mudah luntur.

Jika Kereta Di masuki Air
Ada masanya tanpa kita sedari kereta kita dimasuki air menyebabkan permaidani menjadi basah. jika dibiarkan bau yang tidak menyenangkan pasti muncul, lagi pula kita bimbang akan berlaku kekaratan pada lantai kereta yang pasti akan memakan belanja yang besar untuk membaikpulih. Jika anda menghadapi masaalah demikian kami cadangkan anda mencuba petua ini. Keluarkan pelapik getah dan selakkan permaidani yang basah itu. Letakkan beberapa lapis akhbar lama dan tutup kembali. Letakkan juga beberapa keping akhbar lama diatas permaidani sebelum anda meletakkan semula pelapik getah tadi. Gantikan akhbar lama itu setelah 2 hari dan ulangi sehingga anda dapati kelembapan telah tiada lagi. 


1

Tiada ulasan: