iDAN

27 September 2014

333 km

333 km lebih kurang begitulah perjalanan ini untuk meraikan perkahwinan anak bos lama Mila Tuan Haji Muhammad di Kampung Kenangan Batu Anam.


Pergi ikut lebuh raya PLUS balik sy ikut Rembau sahaja. Jumpalah Bongek Pedas jauh lebih santai & lebih dekat. Bongek adalah kampung rakan kerjaku Amran. Tak tahu apa khabar berita. Rembau pula kampung rakan Raman yang baru kematian isteri.

Sementara Pedas pula ada tempat rendam kaki Taman Tema Air Panas yang tersohor.
Sepanjang jalan Mila tidur maka aku taklah singgah nak beli petai atau juadah tepi jalan atau bantal kekabu yang banyak dijual.

27.9.14


2 ulasan:

sweetie berkata...

Aaaagh! petai.... sedapnya di masak lemak cili padi atau di jeruk... menambahkan selera makan 2 kali ganda...

iDAN berkata...

petai sebenarnya banyak bantu merawat sakit kronik sy... makan petai dengan kulitnya sekali akan dapat menurunkan kadar gula dalam badan