iDAN

14 Oktober 2014

Mesti Baca!! 6 Perkara Yang Tidak Akan Diampunkan Allah

Mesti Baca!! 6 Perkara Yang Tidak Akan Diampunkan Allah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Admin harap artiekl kali ini dapat memberi manfaat dan juga peringatan kepada diri sendiri dan kepada semua pembaca. Semoga segala dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah SWT. Astaghfirullahalazim… Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim… Jom kita baca apakah 6 Perkara Yang Tidak Akan Diampunkan Allah: 
1- Makan harta anak yatim secara haram.
( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh wanita solehah berzina.
( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).
4- Melakukan sihir.
( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah)
Wallahualam…

Misteri Kuburan Lama Di Lebuhraya Utara-Selatan

Misteri Kuburan Lama Di Lebuhraya Utara-Selatan
Salam buat semua…kisah ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang aku alami semasa dalam perjalanan pulang ke kampung ku di Bagan Serai, Perak melalui hiway utara-selatan dengan menunggang motosikal.
Kisahnya begini..malam Jumaat itu selepas pulang dari kerja..aku rasa amat bosan dengan Kuala Lumpur. Dalam jam 10 malam selepas berehat seketika..aku memutuskan untuk pulang menziarahi ibubapaku di kampung. Seperti selalu..aku sering bertolak dari KL sendirian dalam jam 12.00 mlm.
Selepas mengemas pakaian..dan memeriksa motosikal ku, aku memulakan perjalanan dari Kg. Baru dan memasuki hiway di Kepong. Lebih kurang 2 jam perjalanan aku singgah sebentar di Tapah untuk mengisi minyak. Jam menunjukkan jam hampir pukul 3.00 pagi. Malam itu jalan sunyi tak seperti biasa. Kedua-dua hala kenderaan sangat kurang. Bulan cerah, sejuk dan berkabus. Selepas mengisi minyak aku teruskan perjalanan …sampai di Ulu Behrang…aku berhenti di tepi jalan selepas exit Ulu behrang. Aku memaatikan enjin motosikalku di bawah deretan lampu sorot berkuasa tinggi di tepi jalan masuk ke lebuhraya dari Ulu Behrang.
Semasa aku berhenti..aku merasa tenang dan damai kerana jalan sangat- sangat sunyi... dan lengang… kiranya aku boleh memecut motosikalku tanpa risau. Aku mengeluarkan sebatang rokok dan duduk di atas pembahagi jalan tepi hiway mengadap jalanraya dan motosikalku. Jam di tangan menunjukkan lebih kurang pukul 3.40 pagi. Cuaca semakin sejuk walaupun aku memakai jaket kulit. Sesekali dalam di sebelah sana menghala ke KL... kereta melintasiku. Jalan raya mulai berkabus..seolah-olah aku sudah melepasi terowong menora di Ipoh,
Habis sahaja sebatang rokok untuk menghilangkan mengantuk.. aku campakkan ke jalan…aku menoleh ke belakang… ketika itu aku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Aku tergamam seketika... seolah-olah terpaku dengan apa yang aku lihat. Aku kejipkan mata, menggosok wajahku dengan kedua-dua telapak tangan..ia masih di situ..
Dalam cahaya bulan dan limpahan lampu sorot di tepi hiway itu aku melihat sebuah kawasan perkuburan lama memenuhi bukit-bukit di hadapan ku. Tidak ada sebatang pokok yang ada pada bukit tersebut..yang aku nampak hanyalah ribuan tiang batu nisan yang diperbuat dari kayu usang berceracak memenuhi bukit-bukit di hadapanku. Aku nampak jelas dengan bantuan cahaya bulan dan lampu jalan ada 3 bukit yang dipenuhi batu-batu nisan lama….
Aku tak merasa seram atau takut... yang aku rasa hanyalah pelik kerana setahu aku tidak pernah ada kawasan perkuburan seluas itu di kawasan ini. Bukan sekali dua aku menggunakan jalan ini. Pertanyaan demi pertanyaan menerobos benak minda ku... apakah ini khayalan aku atau realiti. Aku memerhatikan ke segenap ruang yang mataku mampu melihat... sungguh ia adalah perkuburan yang berusia dan penuh dengan batu nisan yang senget-senget dan berceracak ke sepelosok bukit. Dalam 10-15 minit aku terpaku di situ... memang aku sedar... tak ada sebarang kenderaan yang lalu. Selepas itu aku perlahan-lahan berundur ke arah motosikalku... mengambil helmet dan menyarungkan sarung tanganku sambil mataku tidak lepas memerhatikan kawasan perkuburan Islam tersebut. Ketika itu aku terasa seram sejuk... dan bulu tengkuk ku menegang… aghhh tanda ianya bukan realiti… aku start moto dan tanpa menoleh lagi... aku bergerak... sepanajng jalan…tak putus-putus soalan demi soalan dalam fikiran aku.
Setelah tiba di rumah aku tidak bercerita apa-apa pada ayahku. Keesokan paginya aku bertanya... dia pun terkejut dan menegaskan memang tak ada perkuburan Islam begitu di tepi lebuhraya. Oleh itu aku yakin... aku diberi peluang oleh Allah melihat dunia lain buat sementara waktu.Sehingga kini setiap kali tiba di tempat tersebut aku mengingatinya. Apa yang aku nampak... perkuburan siapa... Hanya Dia yang lebih mengetahui.

Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia

Fathima Kulsum Zohar Godabari
Banyak orang yang kata jika seorang wanita dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya sekaligus memiliki paras cantik adalah sebuah keberuntungan. Jika memang demikian, maka 8 perempuan beragama Islam ini sangat beruntung. Kerana majoriti daripada mereka adalah seorang Puteri atau Ratu di negaranya masing-masing. Kecantikan Muslimah yang mereka miliki bahkan membuat mereka setanding dengan pelakon Bollywood serta Hollywood. Status sebagai keluarga kerajaan membuat mereka tampak sempurna. Dipetik daily.bhaskar.com, ini dia perempuan beruntung itu.
Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia1 Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
1. Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah
Yang Mulia Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah adalah putri kedua sekaligus anak keempat dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang lahir pada 16 March 1976 (37). Kini perempuan satu putra ini telah menikah dengan Khairul Khalil, seorang pengarah sekaligus asisten eksekutif di pejabat Perdana Menteri. Majeedah dan Khalil rasmi menikah pada Juni 2007. Ayah Majeedah, Bolkiah adalah orang terkaya di dunia pada tahun 1997 silam dan dikenal akan kegemarannya akan logam emas yang berharga.
Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia2 Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia2. Lalla Salma
Yang Mulia Putri Lalla Salma adalah istri dari Raja Mohammed VI. Salma lahir pada 10 Mei 1978 (35) dari ayahnya yang seorang guru sekolah. Publik mengenal sosok Salma kali pertama sebagai Permaisuri Maroko sekaligus ibu dua anak. Meskipun demikian Salma tetap terlihat ramah sekalipun menjadi first lady Maroko.
Suami Salma, Raja Maroko memiliki anggaran kewangan operasional harian mencapai USD 960 ribu menurut Forbes. Disebutkan kekayaannya mencapai USD 2,5bilion
Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia3 Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
3. Hajah Hafizah Sururul Bolkiah
Si cantik Hajah Hafizah adalah putri dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang lahir pada 12 March 1980 (33). Seperti yang disebutkan, semenjak kecil Hafizah sudah hidup bergelimang harta karena ayahnya pernah menjadi manusia terkaya di dunia pada tahun 1997 versi Forbes. Bolkiah disebutkan memiliki kereta mewah Rolls-Royce yang dilapisi emas 24 karat selain keretanya yang mencapai 7000 buah. Dia juga memiliki tempat tinggal terbesar di dunia, dengan 1700 bilik. Untuk pernikahan Hafizah dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini, Bolkiah wang mencapai USD 20 juta
Sheikha Hanadi bint Nasser Al Thani Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
4. Sheikha Hanadi bint Nasser Al Thani
 Seorang banker, investor dan pengusaha real estate adalah pekerjaan dari Sheikha Hanadi yang kini menjadi salah satu pengusaha wanita tersukses dalam perekonomian Qatar. Dia juga menjadi penasihat khusus bank Standard Chartered. Seakan kurang, Hanadi adalah CEO dari projek pengembangan Al Waab City Real Estate. Hanadi kini juga terdaftar sebagai wakil CEO dari grup Nasser bin Khaled Al Thani & Sons. Sekalipun tak pernah diungkapkan oleh Hanadi, pundi-pundi kekayaan keluarga Thani mencapai lebih dari USD 15 bilion
 Sheikha Maitha bint Mohammed bin Rashid Al Maktoum Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
5. Sheikha Maitha bint Mohammed bin Rashid Al Maktoum
Sheikha asal Dubai ini sangat mempesona kerana di balik parasnya yang cantik dia adalah atlet karate dan taekwondo. Lahir pada 5 March 1980 (33), Maitha adalah putri dariSheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri sekaligus Wakil Presiden Uni Emirat Arab dan monarki konstitusional Dubai.
Mohammed adalah pemegang saham terbesar di banyak perusahaan semenjak tahun 2006. Kekayaan keluarga Mohammed disebut lebih dari USD 40 bilion. Seakan tak ingin hidup dalam gelimangan kekayaan ayahnya, Maitha membuktikan dia juga berprestasi dengan meraih pingat perak di Asian Games 2006.
 Ameerah Al Taweel Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
Puteri Arab Saudi sekaligus seorang dermawan cantik bernama Ameera Al Taweel ini lahir pada 6 November 1983 (30). Dia adalah istri dari Pangeran Al Waleed bin Talal, anggota keluarga kerajaan Arab Saudi. Al Waleed yang kini berusia 58 tahun adalah seorang pebisnis dan ada di posisi ke-26 dalam daftar lelaki terkaya di dunia versi majalah Forbes dengan daftar kekayaan bersih lebih dari USD 20-25 bilion. Dia kini sebagai salah satu manusia paling berpengaruh di Arab. Sang Pangeran adalah pengasas sekaligus pemilik Perusahaan Kingdom Holding.
Sultanah Nur Zahirah Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
7. Sultanah Nur Zahirah
Ratu Terengganu, Nur Zahirah adalah istri dari Raja Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nur sendiri terlahir pada 7 Desember 1973 (40) dan dia adalah Permaisuri ke-13 di Malaysia (2006-2011).
Meskipun keluarga Kerajaan tak pernah mengungkapkan nilai kekayaan mereka, dari berbagai sumber disebutkan jika pundi-pundi kewangan bangsawan Terengganu ini lebih dari USD 15 bilion
Fathima Kulsum Zohar Godabari Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
8. Fathima Kulsum Zohar Godabari
Sebelumnya dipimpin oleh seorang Pangeran, kini Fathima Kulsum resmi menjadi Ratu kerajaan Arab Saudi. Menjadi salah satu anggota keluarga kerajaan terkaya di dunia, Fathima adalah istri dari Sheikh Avdi Al Muhammad. Paras cantik mempesona Fathima sebelumnya tak pernah ada yang tahu dan keindahan ragawinya selalu misterius serta tersembunyi. Namun kini wajah-wajah cantik Fathima sempat terungkap di internet. Sebagai negara OPEC terkaya, Arab Saudi menguasai 39% cadangan minyak OPEC. 

Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia

Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Tuhan sudah menciptakan seluruh bumi dan isinya ini untuk kehidupan umat manusia. Namun semakin berkembangnya manusia, membuat penduduk mereka menjadi semakin ramai dan bukan tak mungkin tanah di dunia tak muat Mungkin kerana alasan itulah ada orang-orang yang dikurniakan kecerdasan sampai membuat pulau buatan di berbagai belahan bumi ini.
1. Umi Hotaru – Jepun
 Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Teluk Tokyo Aqua-Line adalah salah satu jalur lintas cepat yang menghubungkan Kawasaki, Kanagawa, dan Kisarazu di Chiba. Istimewanya, di persimpangan jalur itu dibuat sebuah terowong bawah air dan jambatan. Terowong bawah air itu diberi nama Aqua-Tunnel sengan panjang 9.6 km dan di hujungnya ada pulau buatan manusia sangat besar bernama Umi Hotaru. Mahu ke sana?
2. Pulau Spiral – Mexico
Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia 2 Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Jika kamu tak boleh membeli sebuah pulau tropika, mengapa tak kamu buat sendiri saja? Hal itu yang dilakukan Richie Sowa pada tahun 1998 . Menggunakan lebih daripada satu perempat juta botol plastik. Pulau yang diberi nama pulau Spiral itu kemudian hancur dua tahun kemudian kerana ribut. Tapi Sowa rupanya ingin membina kembali dan berkeinginan boleh mengelilingi dunia dengan pulau buatannya itu. Memang Kerja giler..
3. Mexcaltitan – Mexico
Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia 3 Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Mexcaltitán adalah sebuah pulau buatan manusia kecil yang berada di lepas pantai bahagian Mexico, Nayarit. Legenda menyatakan bahawa itu milik Aztlan dari suku Aztec. Namun kini pulau Mexcaltitán menjadi tarikan. Mahu ke sana? Kamu boleh menaiki perahu dari La Batanza atau sekitar 40 km dari Santiago, Ixcuintla.sumber
4. Pulau Dunia – Kesatuan Arab Bersatu
Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia 4 Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Projek World Island ini merupakan gabungan dari kira-kira 300 pulau buatan yang merupakan penggambaran akan gugusan pulau dan benua di bumi ini. Berada 6 km lepas pantai dari Dubai, pulau ini akan mengambil lokasi 55 km persegi. Saat pulau ini sudah dibina seluruhnya, kamu boleh melihat dunia dalam versi mini.
5. Pulau Khazar – Azerbaijan
Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia 5 Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Pulau Khazar ini juga dikenali dengan kepulauan Kaspia yang terdiri dari 41 pulau buatan. Terlerak 25 km dari Baku, pulau buatan manusia ini mengambil lokasi 3,000 hektar di atas laut Kaspia. Pemaju pulau buatan ini akan membina satu juta rumah , 150 sekolah, 50 hospital, taman permainan, pusat membeli-belah dan kompleks budaya, universiti sampai ke litar perlumbaan Formula 1. Bahkan Menara Azerbaijan yang akan menjadi menara tertinggi di dunia akan dibina dengan bayaran USD 2 bilion .
6. No Man s Land Fort – Inggeris
Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia 6 Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Pulau ini disebut sebagai sebuah pulau yang sesuai untuk musuh utama agen rahsia terkenal Inggeris, James Bond. Terletak di lepas pantai Inggeris, pulau ini dikelilingi tembok menjulang berlapis bata. Pada era Victoria, pulau ini dibina untuk melawan serangan angkatan laut Perancis. Namun saat ini menjadi hotel mewah dengan 21 bilik, 2 helipad, dan kolam renang.
7. Pulau Orsos – Austria
Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia 7 Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Apakah kamu ingin hidup terasing dalam sebuah pulau peribadi namun tak mahu tinggal diam di satu tempat? Sebuah syarikat Austria boleh mengabulkan keinginanmu. Pulau buatan manusia ini boleh terapung dan mempunyai dua mesin diesel yang boleh membuatnya bergerak. Pulau Orsos ini tak lain seperti kapal layar yang berbentuk pulau. Berminat memiliki? Siapkan wang sekitar USD 6.5 juta .
8. Pulau Real Madrid – Emiriah Arab Bersatu
Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia 8 Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Pada tahun 2012, pasukan bola sepak Sepanyol yakni Real Madrid mengumumkan akan membina sebuah resort mewah dengan harga USD 1 bilion di Emiriah Arab Bersatu. Digambarkan resort itu nanti akan mempunyai taman hiburan untuk fans fanatik bola sepak dengan dua hotel bertingkat tinggi, villa yang mewah, stadium bola sepak pinggir laut dan muzium Real Madrid

Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia

Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Setiap negara di seluruh dunia ada kisah hantu paling seram yang tersendiri. Cerita-cerita seram ini biasanya dibawa dari mulut ke mulut. Hantu paling seram yang pernah kita dengar seperti langsuir, pontianak dan sebagainya, tetapi bagaimana di negara-negara luar? Adakah hantu paling seram bagi mereka?

Jom kita lihat Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia

1. Zombie
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Zombie adalah mayat yang bangkit dari alam kubur. Rupanya amat mengerikan dengan tubuh yang tidak sempurna, badan dipenuhi darah dan organ-organ badan tidak mencukupi. Zombie amat laparkan daging benda-benda hidup termasuklah manusia dan haiwan. Zombie membunuh mangsanya hidup-hidup dengan menggigit, menarik keluar isi perut dan merobek lapisan-lapisan kulit. Sesiapa yang terkena gigitan atau cakaran zombie akan turut bertukar menjadi zombie.
2. Aswang
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 2 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Hantu paling seram berasal dari Filipina. Pada siang hari, ia berbentuk manusia yang bersifat pendiam. Malamnya ia akan bertukar menjadi makhluk yang kejam dan menyeramkan. Aswang amat kuat dan mampu bertukar menjadi beruang raksasa hitam.
3. Yurei
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 3 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Yurei adalah hantu paling seram di negara Jepun. Berkulit pucat, berambut panjang, berjalan mengambang dan dikelilingi oleh bola-bola api yang dipanggil “Hitodama”. Yurei biasanya hantu yang kembali ke dunia untuk membalas dendam. Sentiasa hauskan darah manusia.
4. Rugaru
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 4 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Rugaru pada asalnya adalah manusia normal. Pada usia 30an, tanpa disedari oleh dirinya sendiri, dia telah berubah menjadi Rugaru. Keadaan tidak normal ketika ingin menjadi rugaru adalah, dia sentiasa berasa lapar dan memakan apa saja dihadapannya. Hinggalah pada satu ketika hanya daging manusia yang mampu memuaskan nafsu laparnya.
5. Banshee
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 5 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Banshee berupa wanita tanpa seurat pakaian, rupa yang menyeramkan dan berambut panjang. Banshee adalah lambang kepada kematian. Dia akan muncul dan menangis di belakang orang yang akan meninggal.
6. Bloody Mary
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 6 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Bloody Mary adalah antara hantu paling seram di dunia barat. Asalnya dia tuduh membunuh anaknya sendiri untuk satu ritual ilmu hitam. Masyarakat pada ketika itu amat marah kepadanya dan menyeksanya sehingga meninggal dunia. Untuk memanggil hantu Bloody Mary, seru namanya 3 kali dihadapan cermin.
7. Doppleganger
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 7 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Doppelganger adalah hantu paling seram yang mampu mengubah bentuknya menyerupai anda. Bukan setakat rupa dan bentuk badan, malah ia mampu meniru pakaian yang sedang anda pakai dan tingkah laku anda. Kononya, jika anda melihat Doppelganger, bermakna waktu kematian anda sudah hampir tiba.
8. Wendigo
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 8 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Kisah Wendigo berasal dari Amerika Syarikat. Makhluk ini tinggi, besar, mempunyai taring dan mempunyai rupa seperti serigala. Kehidupannya adalah di kawasan pergunungan dan hutan. Ia perlu memakan daging manusia untuk hidup lebih lama.
9. Incubus
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 9 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Mempunyai wajah yang menyeramkan, bertanduk dan bersayap di punggung. Sentiasa muncul di waktu malam dan sasarannya adalah gadis-gadis muda yang sedang lena diulit mimpi. Setelah menemui sasarannya, Incubus akan mengadakan hubungan kelamin dengan sasarannya secara ghaib bertujuan untuk mengandungkan anaknya. Apabila mengandungkan anak Incubus, janin di dalam kandungan akan menyebabkan ibu sakit dan lemah secara perlahan-lahan dan seterusnya meninggal dunia. Apabila si ibu meninggal, maka lahirlah zuriat Incubus di alam ghaib.
10. Changeling
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 10 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Makhluk yang digelar Changeling ini mampu menyerupai kanak-kanak. Biasanya ia menyerupai kanak-kanak yang anda kenali. Penyamarannya dari segi rupa boleh dikatakan 100% sama dengan kana-kanak tersebut cuma kelakuannya agak berbeza. Changeling akan menyerupai kanak-kanak yang anda kenali setelah kanak-kanak itu diculik oleh makhluk ghaib yang lain. Changeling akan terus hidup dan akan membawa bencana kepada anda.

MISTERI WANITA BERKEBAYA MERAH DI LEBUHRAYA GURUN, KEDAH


13 Mei 2009, Gurun - Seorang guru bahasa Arab, En.Mohd.Fitri Mohamad, 29 tahun, tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas. Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis. Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa keretanya terasa begitu 'berat' dan beliau ternampak kelibat 'lembaga' semasa berhenti di Padang Besar.

"Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja" katanya. Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd.Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej 'lembaga' yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu. En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 28 tahun, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang. 



En.Mohd.Fitri tidak menyedari ada imej 'lembaga' berbaju merah di belakang isterinya
di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula semalam


"Saya membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu," ujarnya. Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya. "Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang," ujarnya. Sementara itu, Pn.Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, beliau tidak berasa sesuatu yang aneh pun.


 
Gambar ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan
dekat Gurun tidak lama selepas imej 'wanita berbaju merah' itu kelihatan

Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari 2009. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April 2009. Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yang mereka ternampak dan cuba mengelak kelibat 'wanita berkebaya merah' yang dilihat melintasi lebuh raya itu.



HANTU WANITA KEBAYA MERAH NYARIS BAWA MAUT

5 Februari 2009, Sungai Petani - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin. Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.Chan, 51 tahun, kebingungan memikirkan tragedi itu. Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Mr.Chan dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang. "Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya pun menaikkan cermin tingkap. Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandang saya "


Mr.Chan duduk termenung memikirkan 'wanita kebaya merah' yang menyebabkan
keretanya terbabas di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara


19 April 2009, Sungai Petani - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.

Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, En.Mohd.Sobri Shaari, 42 tahun dan kelindannya yang dikenali sebagai En.Atan, 37 tahun, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam, Kedah menuju ke Bagan Ajam, Butterworth. Menurut En.Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan En.Mohd.Sobri berkaitan dengan lembaga misteri seakan seorang wanita yang pernah ditemuinya di Bagan Ajam.

"Ketika rancak bercerita, En.Mohd.Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan. Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, En.Mohd.Sobri hilang kawalan menyebabkan lori yang dipandunya terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.


 
Orang ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan
di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani

12 Oktober 2014

Orang besar-besar mendapat nama.

Semalam sepatutnya aku kembara paling tidak sekitar 150 km untuk menjemput anak. Duduk kolej juga asrama hanya dibenarkan balik kampung selang seminggu. Azim di SMTKL Anif pula di KMS Banting. Minggu hadapan pun tak pasti sebab dua minggu lagi kan Deepavali.
2. Aziq pula dah boleh berdikari sebab dah ada kenderaan sendiri buat dia. Mila kasi dia guna Avanza. Aku sebenarnya rindu akan Avanza tu telah sekitar 9 tahun bersama Avanza memang kenderaan yang santai mudah dipandu. Alat gantinya telah banyak aku tukar sendiri. Jangan tukar di pusat servis Toyota mahal amat. Buat di luar memang mampulah untuk disenggara.

3. Dari empat anak semua lelaki kini aku kembali tinggal berdua seperti tahun 80an dulu. Cuma bedanya dulu aku masih muda, amat banyak pergolakan tatkala tiada anak. Pahit amat nak dikenang. Tak mampu nak dilukiskan gambaran hati ketika itu. Kini kian berbeda kehidupan di usia ambang warga emas ada pula 1001 cabarannya.

4. Kelopak kasih kian berkembang buat anak-anak juga keujudan menantu juga cucu. Malam tadi keluar beli-belah dengan menantu & cucu. Cakera keras aku yang terjatuh tak boleh digunakan, surat gerentinya entah di mana menyelitnya. Afiz perlukan pindah data maka kena bantu dia beli yang baru.

5. Tak sangka malam tadi masa aku ke My Din Jalan Semenyih jumpa rakan lamaku yang sama-sama buat kerja trafik. Din Jab Sains UPM. Kagum ketabahan hidupnya. Dia punya cahaya mata seramai 11 orang. Isterinya hanya suri rumah. Ketika pulang dari My Din aku lihat dia masih rilex bersama isterinya naik kapcai untuk ke klinik juga membeli-belah.



6. Sebenarnya kami yang menjadi tulang belakang untuk mendapatkan bajet buat komuter, LRT, monoral, jalan bertingkat juga pelbagai kemudahan pengangkutan awam di KL itu. Aku, Din juga Ghafar adalah orang yang lama & kekal dari mula projek sampai projek kutip data itu siap. Yang lain staf teknikalnya hanyalah sekadar bidan terjun. Pasti Allahyarham Dato' Radin di alam kekal sana mengakui fakta ini. Tidak dapat menolaknya. Emmm orang besar-besar mendapat nama & orang kecil macam kami ni sekadar sokongan yang terpinggir. Aku paling naif sampai pencen tak dihiraukan sangat akan kebajikannya. Kenangan buat projek MEGA tu hanyalah; aku sekadar dapat upah & mampu membeli katil besi sahaja... kini gelegar katil besi tu dah pun senget nak patah. Bukan sebab aku tidur di atasnya tapi mungkin kenangan yang berat pun melambak barangan antik bertimbun di atasnya.

BR1M



 Rakyat kena ikat perut ...pemerintah besarkan perut... 
 
PESARA zaman sy ni hanya dapat elaun kecik... bajet 2015 ini jua kasi kami duit kecik RM250 banding hidup zaman sekarang memang agak kecik... hanya kadang-kadang kami ni dapat bonus RM500... yang pasti kena panjatkan kesyukuran... dari tiada baik ada... pandai-pandailah berjimat.
 
Nak dapatkan BR1M jangan harap sebab BR1M 3.0 lalu... jika anak dah kerja duduk serumah pun dikira pendapatan satu keluarga... secara jujur sukar nak jumpa satu keluarga hanya RM3000/RM4000 pendapatan sebulan... kecuali seorang pesara duduk sendirian membujang di kampung.