iDAN

19 November 2014

Wsapp Waris Md Sesh i



Borak di Kumpulan Wsapp Waris Md Sesh (wms)

Lizz:  Pakcik isman ni adik maksu la iyer 

 Paksu Pakcik isman ni adik ipar maksu Mila... biras paksu... isterinya yang adik maksu... panggil pak angah sebab adik Mila... mak angah anak no 2 dari adik beradik maksu Mila kita tu...
YongYahYot: Lizz orang kat Tasik Putri ni dah banyak kawin buat kenduri nya malam
Tak apa nanti kami jenguk Yong di Bukit Jalil jika Yong balik Tasik Putriada Soleh juga isterinya boleh kita kenal. Jumpa di Tasik Putri atau Soleh bawa isteri nya rumah Yong di Bukit Jalil.

 Lizz tu Yong di mana pun sampai... Lizz bawa kereta sampai ke pahang jauh mana pun dia pandai cari jalan... Siti payahlah sikit sebab tinggal di Perak... sy pun teringat- ingat emak Yong... tapi asyik bila hujung minggu ada halnya...

 Memang seronok jika dapat sertai rombongan Yong antar Soleh tu... kita jarang berkumpul... Tasik Putritu tak jauh mana... jika ada majlis yang boleh kita berkumpul memang kena kejor peluang tu...


 YongYahYot: ok semoga kita dapat berjumpa tak kira la bila, janji kita kenal sedara ye dak
 Jemputan Abang Latif ni jangan lupa... Siapa ada sekitar Batu Gajah kena jenguk Abang Latif... imam masjid Batu Gajah... senang amat nak tuju... sebelah masjid Batu Gajah... Siti mesti boleh ingat ingatkan masa Dayang kenduri di dewan Seri Gombak tu Abang Latif ada datang...

 Lizz: Insya-Allah kalau xde apa hal Lizz datang...

Lizz: Tak kenal lah paksu...

 YongYahYot: ha yang ini Siti kena pergi sebab dekat

 Lizz: A'ahhh Siti la kena pergi...hehe

 YongYahYot: ye Lizz makYong tunggu, tapi leteh le kamu baru balik kerja

 Lizz: Haha..ok kot...

 Siti Kak Nomie: Siti pn xkenal. Siti ikut org bw.xda org bw xdpt gi.Siti mn tau bw kereta. 

 Paksu ada majlis hari sabtu ni agenda bertindih... kenderaan x ada... jika pandai naik kereta kan best... jalan kaki dari kampung pisang  tidur hotel bajet Batu Gajah... kan menarik... teringat Abang Latif... Cik Peah pasti datang mana rupa Kak Laili kita mana rupa Kak Lina kita ish sedih amat... jika ada heli atau pesawat sendiri  kan senang kan Yong… 

 YongYahYot: beli le,boleh tumpang pi melancong.

Hahaha kalau jadi jutawan dah lama sy beli Yong bawa Yong main salji di Hokkaido.

 Hihihi Lizz tu mulalah... bab tak kenailah kena kenaikan diri...

  Sebut cucu Md Sesh bertempik nanti Kak laili... Cik Peah tu memang opah Lizz Opah Siti juga. Pangkat nya sama saja macam opah Kamariahopah bi. Masalah tiri tu hanya pangkat dunia.

 Linda: sape ni paksu..macam pernah dengor nama Laili ni?.

 Kak Laili ini anak Cik Peahbersama suami sebelum ataok radzi. tak pasti jika tak silap anak Pak Baki sama dengan imam kita kat masjid Batu Gajah tu. Bukan orang lain. satu lagi adik Kak Lili ni pula ada nama Kak Lina. Sebelum Atok Radzi kahwin dengan Cik Peah ni; Kak Lina ini adalah anak angkat Atok Radzi.

YongYahYot: betoi2 Yong kenal  Cik Peahtu ada lagi idan,rasa nya dah tua dah

Cik Peah kini tinggal di rumah si Lina Yong di Bagan Datoh. Tapi tak berapa sihat. Si Lina yang jaga. Umurnya tak pasti tapi sekitar 70an tu dah tentu. Nani dalam wms kita ni boleh kasi tahu.

Samalah Yong Yahkita ni... arwah Yot pakcik Terot kita tu tak batal air sembahyang jika bersalaman dengan emak Yong  yang sedang sakit tu... sebab tu paksu dengan Yong tak anggap orang luar satu keluarga... Sebab tu paksu sedih sangat bila dengo si Ju sibuk nak beli tanah di kct sedangkan tanah ayahnya orang teroka... asal tanah tu memang opah Kamariah punya... dah ambil kuasa pun... rasanya Yong tahu kan... tanah tu dah okey... itu kenangan opah Kamariah. ?.

Siti Kak Nomie: Sabtu suami keroja huhuhu

Kita bukan orang lain patutnya saling orang kata timang menimang sama sama kita...

YongYahYot: memang, tak tau lah macam mana dak ju nak uruskan harap boleh selesai lah, dia pun nak sangat jumpa  kamu ngan nomie

16 November 2014

spesifikasut karut marut



Sy pernah kena saman masalah plet kereta ni sekitar awal tahun 2000.. ayoyo kena RM600 satu saman polis trafik satu saman JPJ... mereka bergabung buat operasi di jalan kuching...

Sy minta maaf sebab tak tahu ianya salah; sy tanya di kedai yang jual plet tu katanya okey tak jadi kesalahan... saiznya memang besar gedabak... anak sy masih belajar tadika masa tu pun boleh baca... cuma bentuk hurufnya tak menepati kelas/spesifikasi JPJ... silap kedai tu guna huruf seakan Time Roman font...
senang saja mereka tolak pohon kekemaafan sy

"Awak tak baca paper ke... nah ni baca"....

Dah siap mereka xerox/salinan photostat plet yang sekelas jpj mahukan.... esoknya kuar kat tv dan akhbar operasi ini... sy termasuk dalam saman plet fensi... huh.

Sy kata ini hanya spesifikasut sebab jika kita perhatikan apa hal dengan plet khas putrajaya... satria dll apakah tak fensi; jauh lebih kecik hurufnya dari plet gedabak sy tu huruf sy gunakan pun sama malahan tegak tak condong/italic fensi... perundangan yang tak seragam bagi sy SAMAN tu akan tetap TAK HALAL dikutip polis atau JPJ.

huruf ini kecil condong/italic kenapa ada double standard undang-undang kita di msia

14 November 2014

MATA HATI iv

...kuat serta sabar dengan kesakitan& ujian getir ini.
dari wsapp peribadi sy Desah Sang Pesara (dsp) +6019 464 4343.


15. Azim tak dapat balik kampung sekitar sebulan. Sudah itu arahan Pengetua SMTKL. Awal pagi aku telah bertolak dari Jenaris. bagi seorang ayah bila sudah dua minggu tak jenguk anak memang rasa rindu itu akan meneba. Kecuali sudah sebesar Aziq@Angah di UTM Skudai sana. Itu pun jika tak dapat berbual di wsapp teringat-ringat akan Aziq di sana.

16. Bila sudah berada di SMTKL pastilah aku teringat akan Dzuan yang dah seminggu lebih ditahan di wad. Aku tenguk gambar di wsapp Asrama Putra SMI Ipoh. Luka tangan kanan yang bernanah dah membesar. dari sebesar duit lima duit/sen dah sebesar duit lima kupang. Agar dalam lengannya tak merebak. Mengikut kata Dzuan punca keracunan adalah sebab tiub untuk dialisis bocor. Ketika buat dialisis keberangkalian darah meleleh melalui tiub yang bocor itu.


17. Sempatlah aku & Mila singgah sekejap di HUKM sebelum nak jemput Anif di KMS Banting. Emm buah pinggang kena dialisis. Mata kanan Dzuan masih tak nampak. Kaki kanan Dzuan baru sahaja dipotong. Kini tangan pula luka bernanah. Terpaksa buat dialisis melalui tengkuk yang ditebuk. Bertimpa-timpa.

18. Baru kejap tadi setelah Dzuan dibenarkan pulang dengan luka bernanah di tangan masih tak sembuh; Dzuan telah pun merujuk masalah matanya di Hospital Selayang. Doktor hanya buat rawatan susulan. Menurut kata doktor kena tunggu lagi sebulan baru boleh melihat. Benarkah?. Janjinya dulu dua minggu akan pulih. Kini dah lebih dua minggu dijanjikan pula sebulan lagi. Ish.

Harapanku pun doaku agar mata Dzuan akan pulih semula. Biarpun Dzuan dah macam putus harapan sebab menurut katanya ramai yang masalah macam dia; Mulanya doktor buat rawatan laser, tak berjaya buat pembedahan. Pengakhirnya sampai bila-bila tak nampak.

09 November 2014

MATA Hati iii

9. Buat masa ini TIGA hospital sedang berusaha merawat dzuan@gajah sahabat kesayangan kita bekas pelajar RK. Sebermula dari hukm kemudian hospital selayang tak selesai ke hospital ampang diarak dengan ambulan kembali ke hukm. Siapa ada kesempatan eloklah kasi semangat dengan dzuan. Tak dapat melawat hantarlah sms. Atau wsapp. Atau call talian dzuan 012 399 4579.

10. Buat masa ini bengkak tangan kanan yang bernanah masih tak pulih. Dzuan kata ianya telah berlubang sebesar duit siling 5 duit/sen. Dalam tangan bengkak masih tak pasti tisu yang rosak. Ianya berpunca dari jangkitan kuman di tiub untuk buat dialisis... kini dzuan masih ditahan di wad hukm. Mungkin lama di sana. Penat dia kata asyik kena bedah. Masa dibawa dari hospital ampang ke hukm dia muntah-muntah akibat perjalanan dengan ambulan sebab badan dzuan tak kuat mana.

11. Mata kanan dzuan masih tak nampak... tiada perubahan sejak dibedah minggu lalu...jika sampai 2 minggu tiada perubahan dia dah pasti kena pindah semula ke hospital selayang. Ada tiga masalah utama kini. Buah pinggang kena buat dialisis; mata kanan masih tak pulih; jangkitan kuman di tangan kanan tu kena disekat. Masalah lain akan pasti timbul jika ianya terus kritikal. Buat masa ini tak dapat tidak dzuan kena buat dialisis melalui urat di tengkuk. Tiub dah dipasang di tengkuk dzuan. Dia mengadu badannya kini tak stabil ada ketika sejuk teramat sejuk menggigil-gigil.

13. Dari jauh kita bersama berdoa agar dzuan cepat pulih. Apalah yang dapat kita bantu sahabat kesayangan kita ini selain doa & harapan agar dzuan paling tidak segera sihat macam kita. Cergas macam kita sementelah dzuan kian lancar berjalan dengan kaki palsunya janganlah diberatkan lagi dengan kesakitan ini.

13 b. Jika boleh biarlah sakitnya dapat kita kongsi bersama dengan semangat kesabaran pun tenang dengan ujian ini... yang pastinya agar doa-doa kita semua dapat meringankan bebanan fikiran isteri dzuan yang saban malam tidur tak lena di hospital sana. Agar isteri dzuan juga anak-anak dzuan sentiasa tabah di sisi dzuan memberikan semangat kepada ayahnya... kuat serta sabar dengan kesakitan& ujian getir ini.
dari wsapp peribadi sy Desah Sang Pesara (dsp) +6019 464 4343

- bersambung

03 November 2014

MATA Hati ii


3b. Dzuan sebenarnya mungkin ini malam ketiga atau entah berapa malam ntah aku tak boleh tidur. Ada masalah melanda aku yang aku dah cuba minta pandangan dari pakar motivasi rakan kita. Tapi nampaknya masalah ini tak pecah. Aku dah cuba dalam kusut masai ini minta bantuan dengan Tuhan... kita. Allah Azza Wa Jalla. Tapi faham sajalah dengan martabat aku yang dzuan kenal dah lebih dari 30 tahun. Sedangkan Aku baru sebut semalam Nabi Lut as yang kita kenal pun... memang amat rapat dengan Allah SWT doanya tetap tak makbul. Kata adikku Nani ada ramai lagi Nabi-Nabi kita senasib Nabi Lut as, seperti Nabi Yunus as terkurung dalam perut ikan. Cabaran untuk mengajak kebenaran ini amat sukar sebenarnya dzuan. Tak semua kita berdaya nak meredahnya tapi kena rentas semua. Kuat tak kuat kita kena bernafas juga. Biarpun bak bernafas dalam lumpur.

5. Masalah kita memanglah beginilah jika tak rasa sakit atau susah kita payah nak serik. Bila kita dah terlepas dari susah kita ramai jadi insan lupa diri atau riak. Dzuan antara insan yang terpilih. Aku sebenarnya amat risau dzuan kehilangan mata kanan dzuan. Kehilangan kaki sebelah dzuan pun bagiku adalah derita yang pedih nak aku rasai bersama. Tapi aku nampak dzuan amat beruntung sebab dzuan ada isteri yang sentiasa di sisi. Ini satu anugerah atau satu rahmat yang tak ternilai. Dalam segala hal dzuan dan isteri aku perhatikan tetap terus bercinta tetap sepakat. Tetap tidak abai mengabaikan. Ini juga satu rahmat.

6. Amat syahdulah jika ada antara kita tatkala isteri atau kekasih perlu bersama. Tapi diri tetap terpinggir. Bayangkan Dzuan dibawa ambulan sebab sakit kronik. Dzuan ketakutan dalam wad kecemasan. Tatap siling pun dzuan dah nampak orang junjung keranda. Sebelah dzuan mayat senyap. Kiri kanan dzuan sesekali ada waris intai pesakit sebelah dah nazak. Dzuan masa tu nak mengucap pun belum tentu ingat atau lupa. Dzuan keseorangan; hamba Allah sebelah ada beberapa orang tapi semua nazak amat. Hamba Allah ini sekadar muka pelik tenguk dzuan. Dzuan mana boleh cakap pun mulut dah tersumbat ngeri; bercampur dengan kemalangan hati dah bengkak isteri tak ambil kisah pun. Ada hp tapi nak sms kredit tak ada. Isteri dzuan bukan macam rakan motivasi kita. Tiap sekitar setengah jam pasti isteri sms atau dail no hp. Aduhai Dzuan.

7. Bersyukurlah dalam kita sakit ada isteri bersama kita. Anak-anak sentiasa sapukan ubat sebaik Azim. Mila kekasih aku tu tetap setia berkorban. Anak buah kita sentiasa tanya khabar untuk memberi kita sokongan meredah sakit kronik kita ini. Ini memang satu rahmat besar buat kita. Ujian kesakitan sebenar adalah natijah kita ni yang banyak dosa tentunya. Agar dosa dosa ini akan terampun. Bayangkan jika kita 40 hari di perut ikan paus. Bolehkah kita bernafas... derita ini memang perlukan kesabaran juga ketabahan... Dzuan bersabarlah...

8. Dzuan mungkin tahu kenapa mata kita sama saja malam tadi tak boleh tidur. P Ramlee nanyi lahi pukul tiga pagi... aku masih terkebel kebel risau resah takut sakit yang orang lain mungkin tak dapat rasakan. Aku tak rapat mana dengan wsapp jika aku buka tab dugong ini malam tadi mungkin perasan dzuan masih berjaga malam

http://infounikmenarikterbaru.blogspot.com/2013/05/7-hewan-unik-berkaitan-dengan-kisah-nabi.html

Dzuan masih menanti matanya pulih. Buat masa ini doktor kata kena tunggu sekitar dua minggu baru tahu akan kesan sampingan pembedah mata kanannya. Mata kiri dzuan juga tak seterang mana.
Aku pula terus ditimpa malang kemalangan kecil terpaksa aku tambah ubat untuk dimakan. dari 6 jenis kini 9 jenis ubat terpaksa ditelan.

Memang ujian ini amat getir tapi aku harapkan baik dzuan juga diri ini tetap bersabar. Ujian kesakitan sememang semua orang terpaksa hadapi. Selagi nyawa dikandung badan.

(Catatan dari kumpulan Desah Sang Pesara(dsp) kumpulan wsapp peribadi sy hahaha bukan desah sang pusara... ish kelakar nya semua orang masuk dsp ni lariii tak larat nak baca gua punya meraban.)

- bersambung

MATA Hati.


Aku berharap saat & ketika ini dzuan sahabatku lena tidurnya. Risau mata dzuan akan melarat sakit jika teruskan berjaga malam. Aku harapkan dzuan dapat tidur 15 jam amat lena seperti yang doktor pakar sarankan. Mata adalah anugerah yang tak ternilai. Allah amat baik berikan kita mata secara percuma. Seperti kes duit semalam aku amat kontras. Allah tak pernah minta duit dalam bab pemberian. Jika Allah kenakan kita duit untuk kita menyewanya siap dengan faedah atau jual cara MLM ish kita akan jadi korban tak berduit muflis belaka...pasti ramai kita akan membenci TUHAN.

2. Begitulah juga dengan perkara lain... mata hati jiwa raga jantung segala adalah rahmat dari Ilahi yang tak ternilai. Ianya diberikan secara percuma tanpa cagaran. Hanya ingatlah semua ini hanya pinjaman. Kita menjadi pemilik yang amat beruntung memiliki pancaindera yang sempurna. Ramai kalangan waris juga sahabat kita tidak punyai semua yang kita miliki. Bab cagaran sebenarnya ada... bab kena bayar dengan duit sebenarnya ada. Fikirkan sendiri kenapa aku kata begitu. Sakitlah macam aku baru tahu apa cagaran itu. Rasalah apa maksud atau nilai duit bila dah bersara nanti. Fikirkan jika memang kita kaya secara manakah kita dapat pun belanja duit itu. Tanpa duit bagaimana nak tutup aurat. Lebih duit pula ramai pula jadi riak malahan langkah panjang sampaikan lari dari cagaran Allah ia itu zakat.

3. Asas duit sebenarnya hanya buatan manusia. Asalnya hanyalah tukaran. Zaman seawal anak-anak Nabi Adam as semuanya urusan niaga pertukaran sahaja. Hatta zaman kini kita yang asalnya dari satu rahim ibu kita Hawa nan lawa... kian belot. Lari dari cagaran Allah tadi agar taat dengan ajaran Islam agama-Nya. Hatta kini timbullah pelbagai masalah duit yang kini bagaikan jadi Tuhan kedua manusia. Kita ujudkan sempadan. Kita ujudkan tukar wang asing. Paling naifkan macam cerpen dzuan uar-uarkan kita biarkan waris kita jadi kafir. Perangi kita macam peristiwa pertama pembunuhan di dunia. Semua tahu sebab nak berebut cantik.

Cer google akan apa itu pembunuhan pertama di dunia
http://tigosotigo.blogspot.com/2010/03/kisah-habil-qabil-pembunuhan-pertama.html


- bersambung