Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

09 November 2014

MATA Hati iii

9. Buat masa ini TIGA hospital sedang berusaha merawat dzuan@gajah sahabat kesayangan kita bekas pelajar RK. Sebermula dari hukm kemudian hospital selayang tak selesai ke hospital ampang diarak dengan ambulan kembali ke hukm. Siapa ada kesempatan eloklah kasi semangat dengan dzuan. Tak dapat melawat hantarlah sms. Atau wsapp. Atau call talian dzuan 012 399 4579.

10. Buat masa ini bengkak tangan kanan yang bernanah masih tak pulih. Dzuan kata ianya telah berlubang sebesar duit siling 5 duit/sen. Dalam tangan bengkak masih tak pasti tisu yang rosak. Ianya berpunca dari jangkitan kuman di tiub untuk buat dialisis... kini dzuan masih ditahan di wad hukm. Mungkin lama di sana. Penat dia kata asyik kena bedah. Masa dibawa dari hospital ampang ke hukm dia muntah-muntah akibat perjalanan dengan ambulan sebab badan dzuan tak kuat mana.

11. Mata kanan dzuan masih tak nampak... tiada perubahan sejak dibedah minggu lalu...jika sampai 2 minggu tiada perubahan dia dah pasti kena pindah semula ke hospital selayang. Ada tiga masalah utama kini. Buah pinggang kena buat dialisis; mata kanan masih tak pulih; jangkitan kuman di tangan kanan tu kena disekat. Masalah lain akan pasti timbul jika ianya terus kritikal. Buat masa ini tak dapat tidak dzuan kena buat dialisis melalui urat di tengkuk. Tiub dah dipasang di tengkuk dzuan. Dia mengadu badannya kini tak stabil ada ketika sejuk teramat sejuk menggigil-gigil.

13. Dari jauh kita bersama berdoa agar dzuan cepat pulih. Apalah yang dapat kita bantu sahabat kesayangan kita ini selain doa & harapan agar dzuan paling tidak segera sihat macam kita. Cergas macam kita sementelah dzuan kian lancar berjalan dengan kaki palsunya janganlah diberatkan lagi dengan kesakitan ini.

13 b. Jika boleh biarlah sakitnya dapat kita kongsi bersama dengan semangat kesabaran pun tenang dengan ujian ini... yang pastinya agar doa-doa kita semua dapat meringankan bebanan fikiran isteri dzuan yang saban malam tidur tak lena di hospital sana. Agar isteri dzuan juga anak-anak dzuan sentiasa tabah di sisi dzuan memberikan semangat kepada ayahnya... kuat serta sabar dengan kesakitan& ujian getir ini.
dari wsapp peribadi sy Desah Sang Pesara (dsp) +6019 464 4343

- bersambung

Tiada ulasan: