iDAN

16 Disember 2014

NEUTRAL


Jangan sebab berbeda fahaman politik hubungan jadi hambar. Apa bedanya jika seseorang itu orang BN atau orang PR atau parti bebas sekali pun. Itu adalah hak masing-masing dalam memilih pemimpin. Dalam pilihan raya dalam politik demokrasi.

2. Jangan sebab rakan kita orang kuat PAS dibenci oleh rakan kita orang kuat UMNO. Takkan tak boleh berbual mesra duduk makan semeja. Apakah jika sudah jadi VVIP duduk di parlimen mahu baling-baling bangku. Penumbuk penampar berbalah bermasam muka. Giler ke apa hah?.

3. Jangan sebab bukan satu parti mahu kita jadi seorang hilang jati diri. Nak benci DS Anwar apa kena mengena dengan rakan kita yang memihak dia. Nak benci PM Najib kenapa pula nak benci pengikutnya.

3a. Jika sudah benci sangat rakan tak sealiran parti. Jom kita buat macam zaman koboi sewa pistol kat samseng kita beradu tembak. Siapa cepat cekap tembak dia selamat; bunuh saja rakan kita yang tak sealiran parti. Jangan lagi intai rakan kita yang lain parti. Atau tangkap semua pemimpin parti pembangkang sumbat semua dalam penjara sampai mati supaya tak siapa tentang akta awak yang songsang itu. Berpeluk-peluklah dengan rakan sealiran parti sahaja.

5. Amat bodoh & amat naif sebab parti kita nak bermasam muka tak mesra tak bersapa. Apa jika awak tu jadi PM nak duduk seorang di parlimen tu cakap seorang-seorang diri ; habiskan semua harta negara sampai pecah perut boroi awak tu makan duit rakyat jelata.

Atau awak jadi Ketua Pembangkang cakap pang-pang seorang-orang semua orang salah tapi semua orang gelakkan awak sampai kering air liur awak tu tak siapa endah cakap awak. Tak dapat nak pinda apa akta sekali pun. Padan Muka.

Cis!.

Tiada ulasan: