iDAN

22 Jun 2015

PROTOKOL



Sy tenguk 3Dfilem ni...tiketnya agak mahal rm23 sebab termasuk kena beli speknya 3D..tapi tak saspen sangat macam Jurassic Park pertama tu... dah banyak amat siri Jurassic Park ditayang di Astro hatta tak gempak lagi.
Pertama kali nonton wayang kena geledah beg galas... angin betul... jika ANDA ke pawagam Cheras Selatan kena kosongkan beg... Sian tenguk ada amoi tu bawa air mineral dalam botol plastik cantik pun kena sekat.
Tak tenguk wayang pun sy memang sentiasa ada beg galas siap makanan juga minuman jika merambu di pasar raya... Dah namanya pun berjalan-jalan cari makan. Ada ketika memang sy berjam-jam lepak hantar anak ketemu rakan di kompleks beli belah. Lojiklah ada beg galas senang nak taruh air pasakit kronik cam sy ni.


Nampaknya jika nak nonton di pawagam Cheras Selatan kena berlenggang kangkong sahaja... banyak amat protokolnya. Serik rasanya nak ke Cheras Selatan ni lagi. Ada banyak pilihan pawagam sekitar Jenaris ini.
Samalah pernah sekali kami kena tangkap nonton di Klang... sebab filem berlabel 18 tahun bawa si angah tak cukup umur. Tapi bila ditayangkan di Astro filem tu tak pula dilabelkan 18 tahun. Ish mengarut betul. Masa tu angah dah umur 17 tahun, kurang setahun sahaja. Dah badan angah kecik. Kena sekatlah masuk panggung tapi tiket pihak pawagam bayar balik. Pawagam begini akhirnya tutup.
Anak-anak suka beli Pop Corn di pawagam sy pula tak berapa suka dengan Pop Corn sebab bergula... tak baik untuk kesihatan sy. Tapi bila dah beli ngendeng juga. Sebab tu sering bawa biskut tak manis dalam beg galas... kut terasa lapar di pawagam. Airpun sy lebih selamat minum air isotonik. Dah namanya pun pesakit kronik.
Jika filem hindustan mahu 3 jam abg oii lepak di pawagam. Mahunya tak teringat air. (Jika nak minum air mineral x ada kicklah pulak)
Memang ada tertulis tak dibenarkan bawa makanan luar ke dalam pawagam. hahaha jika kena tangkap masuk penjara oii... Bila kena geledah beg bagi sy hari... sy okey saja... memang hak pemilik pawagam jika nak geledah beg galas... biarkan saja.
Nak bawa makanan hanya boleh beli di kaunter pawagam sahaja. Satu set Pop Corn & 2 air gelas kecil biasanya sekitar RM10 sahaja. Itu asas nak menonton di pawagam... bukanlah mahal sangat. Memang sy selalunya akan beli Pop Corn ni... jika tak... tak rasa tenguk wayang pulak. Paling suka makan Pop Corn ini adalah angah. Azim tak suka sangat. Si Anif tu ikut angin. Sy jika ada pilihan tak teringin sangat Pop Corn ini.
(Sambil jual tiket pastinya nak niaga makanan itu pastinya)



Lojiknya jika bawa makanan basah memanglah tak sesuai. Kut nganggu penonton lain dengan baunya atau mengotorkan perabut pawagam. Tapi apalah salahnya jika bawa air botol kecil barang sebotol kut dahaga. Pastinya lebih selamat bawa dalam botol kecil banding beli di pawagam yang bergelas plastik besar gedabak tu...mudah tertumpah. Lojiknya takkan nak berkelah dalam pawagam... siap mee rebus atau rojak mee panas lagi beli di kedai mamak. Penonton dah cukup arif bab ini.
Protokol ini patutnya pihak pawagam kena betulkan.


Tiada ulasan: