iDAN
16 Ogos 2015
Nahas DUKE: Pemandu Myvi perlu bayar RM1.2 juta kepada waris mangsa jika ikut hukum Islam
Dengan cara itu, undang-undang Islam bukan sahaja menjatuhkan hukuman kepada penjenayah semata-mata, tetapi juga menjamin nasib waris mangsa terbela dengan sewajarnya.
KUALA LUMPUR, 4 Mei :
Pemandu-pemandu kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam perlumbaan haram di Lebuh Raya Damansara-Ulu Kelang (DUKE) awal pagi Sabtu lalu hingga mengakibatkan kemalangan yang meragut nyawa tiga sekeluarga perlu membayar sebanyak RM1.2 juta kepada waris mangsa jika mengikut hukum undang-undang Islam.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu, Wan Muhammad Mizan Wan Abd Latiff berkata, bayaran itu berdasarkan kesalahan jenayah pembunuhan tanpa niat dalam undang-undang Islam.
“Undang-undang Sivil hanya memperuntukkan pesalah dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 serta hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama tidak kurang dari tiga tahun.
“Bagaimanapun, keluarga mangsa tidak dapat pembelaan yang sewajarnya sama ada pampasan daripada penjenayah dan sebagainya.
“Ia sangat berbeza dengan ketetapan dalam Undang-undang Syariah dalam menyelesaikan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook beliau pada Ahad.
Wan Muhammad Mizan berkata, berdasarkan perkiraan undang-undang Islam, penjenayah kes tersebut perlu membayar ganti rugi kepada waris mangsa dalam kadar tiga kali ganda daripada kadar `diyaat asal’ iaitu dalam kiraan kasar adalah kira-kira RM1.2 juta.
“Jika dibuka di dalam kitab-kitab fiqh seperti Fiqh Islam wa Adillatuh, Syeikh Wahbah Zuhaili menyebut bahawa diyaat yang dikenakan kepada jenayah pembunuhan tanpa niat (dalam konteks kes ini) adalah diyaat mukhaffafah (Diyaat ringan), iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyaat.
“Bagaimanapun para ulama berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut,” beliau menjelaskan.
Dengan cara itu, undang-undang Islam bukan sahaja menjatuhkan hukuman kepada penjenayah semata-mata, tetapi juga menjamin nasib waris mangsa terbela dengan sewajarnya.
Dalam nahas awal pagi semalam, tiga beranak itu maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya DUKE kira-kira jam 12.45 pagi.
Kesemua mereka iaitu Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa merupakan mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu.
Fairuz yang memandu kenderaan jenis Pajero maut di tempat kejadian manakala isteri dan anaknya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Nahas berlaku apabila kenderaan yang dinaiki mangsa dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi yang sedang berlumba dengan lima kereta yang lain.
Kereta mangsa yang terbabas ke sebelah kiri bergesel pula dengan sebuah lagi Myvi di sebelah kiri lalu melanggar tembok pembahagi lebuhraya.
Rakaman kamera litar tertutup lebuhraya berkenaan yang tersebar di laman media sosial hari ini juga memaparkan enam buah Myvi dipandu laju seolah sedang berlumba.
https://www.youtube.com/watch?v=Tl2ExkJ-PhI
2 pemandu Myvi tidak mengaku salah penyebab kemalangan maut 3 sekeluarga
Salah seorang pemandu Perodua Myvi yang didakwa atas kesalahan cuai hingga menyebabkan kematian dalam insiden kemalangan maut di Lebuhraya DUKE, Siti Noor Aini Mohd Said kelihatan menutup mukanya ketika keluar dari Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 8 Mei, 2015.Dua pemandu Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan maut di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada Sabtu lalu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Mohammed Fizal Reza Jamaluddin, 31, dan Siti Noor Aini Mohd Said, 35, didakwa mengikut Akta Pengangkutan Jalan dengan tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia 7 bulan maut dalam kemalangan membabitkan 3 kenderaan di KM6.2 lebuh raya itu, dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.
Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa. Pasangan itu meninggalkan dua lagi anak perempuan Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4.
Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim meminta mahkamah mengenakan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, selain meminta pasport tertuduh ditahan mahkamah dan lesen digantung sehingga selesai perbicaraan.
Bagaimanapun, peguam S Preakas yang mewakili Noor Aini meminta wang ikat jamin dikurangkan kepada RM5,000, atas alasan anak guamnya bekerja sebagai penolong pengurus restoran dengan pendapatan RM2,000 sebulan.
"Tertuduh juga perlu menjaga anak yang berusia 8 tahun selain seorang ibu.
“Wang jaminan hanyalah sekadar untuk memastikan tertuduh hadir ke mahkamah," katanya.
Peguam Hashim Ibrahim yang mewakili Fizal Reza, dalam meminta mahkamah mengurangkan wang ikat jamin, berkata anak guamnya perlu menanggung 2 orang anak yang masih kecil.
Mohammed Fizal Reza Jamaluddin, 31, dan Siti Noor Aini Mohd Said, 35, didakwa mengikut Akta Pengangkutan Jalan dengan tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia 7 bulan maut dalam kemalangan membabitkan 3 kenderaan di KM6.2 lebuh raya itu, dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.
Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa. Pasangan itu meninggalkan dua lagi anak perempuan Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4.
Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim meminta mahkamah mengenakan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, selain meminta pasport tertuduh ditahan mahkamah dan lesen digantung sehingga selesai perbicaraan.
Bagaimanapun, peguam S Preakas yang mewakili Noor Aini meminta wang ikat jamin dikurangkan kepada RM5,000, atas alasan anak guamnya bekerja sebagai penolong pengurus restoran dengan pendapatan RM2,000 sebulan.
"Tertuduh juga perlu menjaga anak yang berusia 8 tahun selain seorang ibu.
“Wang jaminan hanyalah sekadar untuk memastikan tertuduh hadir ke mahkamah," katanya.
Peguam Hashim Ibrahim yang mewakili Fizal Reza, dalam meminta mahkamah mengurangkan wang ikat jamin, berkata anak guamnya perlu menanggung 2 orang anak yang masih kecil.
Mohammed Fizal Reza Jamaluddin, seorang lagi pemandu Perodua Myvi yang dituduh memandu secara berbahaya dalam nahas di Lebuhraya DUKE dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 8 Mei, 2015.Katanya, Fizal Reza bekerja sebagai juruteknik dengan pendapatan RM2,000 sebulan dan isterinya seorang kerani, dan oleh itu jaminan RM15,000 agak tinggi bagi tertuduh.
Selepas selesai mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan, hakim Noorul Fhaiez Mohd Nayan menetapkan kedua-dua tertuduh perlu membayar wang ikat jamin sebanyak RM9,000 setiap seorang.
Hakim juga mengarahkan pasport tertuduh disimpan di mahkamah dan lesen memandu mereka digantung sehingga mahkamah membuat keputusan.
Mahkamah menetapkan 22 Jun ini sebagai tarikh sebutan kes dan penyerahan dokumen.
Selepas selesai mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan, hakim Noorul Fhaiez Mohd Nayan menetapkan kedua-dua tertuduh perlu membayar wang ikat jamin sebanyak RM9,000 setiap seorang.
Hakim juga mengarahkan pasport tertuduh disimpan di mahkamah dan lesen memandu mereka digantung sehingga mahkamah membuat keputusan.
Mahkamah menetapkan 22 Jun ini sebagai tarikh sebutan kes dan penyerahan dokumen.
Zizan Razak Bawa Adik Amira Dan Aqila Naik Ferrari
Kemalangan jalan raya yang berlaku akibat daripada kegiatan lumba haram kereta pada awal bulan Mei telah mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang bayi berusia 6 bulan dan sekaligus membuatkan dua orang lagi kanak-kanak, Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqilah menjadi anak yatim piatu.
Insiden tersebut mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk artis-artis tempatan yang simpati dengan nasib dua kanak-kanak tersebut akibat daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab dan mempertaruhkan nyawa orang lain di jalan raya.
Salah seorang artis yang turut melawat dan sehingga kini masih lagi cuba untuk menceriakan hati adik Amira dan Aqila ialah pelawak Zizan Razak.
Zizan semalam telah membawa Amira dan Aqila jalan-jalan menaiki kenderaan Ferrari miliknya. Usaha murni Zizan ini mendapat pujian ramai dan rata-rata mendoakan kesejahteraan anak yatim piatu tersebut.
Terbaiklah Zizan Razak, kadang kala anak-anak kecil ini boleh lupa seketika penderitaan mereka dengan hanya seseorang itu memberikan perhatian dan menggembirakan hati mereka. Semoga adik Amira dan Aqila bertabah dan InshaAllah mereka akan selalu diberkati.
Tiga beranak maut, dua yatim piatu
Tiga beranak terkorban, dua lagi anak mereka kini yatim piatu. FOTO ihsan Hartati dan PDRM
Kuala Lumpur: Tiga beranak termasuk bayi perempuan berusia 7 bulan maut selepas SUV Pajero Sport dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan dua Perodua Myvi di Kilometer 6.3 Lebuhraya Duke arah Jalan Duta, dekat sini, 1.05 pagi tadi.
Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kemalangan berlaku apabila Pajero dipandu Fairuz Nizam berada di lorong tengah sebelum dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah Myvi menyebabkan Pajero itu terbabas ke sebelah kiri lalu dilanggar oleh sebuah lagi Myvi yang berada di lorong kiri.
“Akibatnya, Pajero itu berpusing beberapa kali. Pemandu dan semua penumpang tercampak di atas jalan raya.
“Pemandu Myvi di lorong kiri tidak cedera, manakala satu lagi pemandu Myvi cedera di mulut dan dirawat di HKL,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957.
Sementara itu, ibu saudara Allahyarham Nova Safitri, Hartati Hassan Basri berkata, ketika kejadian dua lagi anak perempuan Nova Safitri Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4, berada di rumah mentuanya dan dia serta suami dalam perjalanan mengambil mereka di Taman Batu Muda, Batu Caves.
Katanya, jenazah tiga beranak itu akan dikebumikan selepas Solat Asar ini di Taman Batu Muda.
myMetro 2 Mei 2015
‘Jaga amanah abang'
KUALA LUMPUR 2 Mei - tiga sekeluarga termasuk seorang bayi tujuh bulan maut setelah kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua buah Perodua Myvi sebelum terbalik di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke), di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, mangsa, Fairuz Nizam Husain,35, yang memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Berdasarkan maklumat yang menjadi viral di laman sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada enam kereta Perodua Myvi yang sedang berlumba sebelum dua daripadanya bergesel dan merempuh sehingga terbalik Pajero Sport yang dinaiki mangsa. Bagaimanapun dakwaan itu masih dalam siasatan pihak polis.
Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Nadzri Hussain berkata, kemalangan berlaku apabila Pajero Sport dipandu mangsa yang berada di lorong tengah bergesel dengan sebuah Perodua Myvi ketika mangsa hendak mengubah laluan menyebabkan kenderaan itu terbabas ke sebelah kiri.
Beliau berkata, selepas terbabas, kenderaan mangsa dirempuh oleh sebuah lagi Perodua Myvi yang berada di lorong kiri.
“Akibat rempuhan yang kuat, kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan terbalik di atas jalan berkenaan sehingga menyebabkan kesemua mangsa tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki mereka.
“Pemandu Perodua Myvi yang memandu di lorong kiri tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu yang mula-mula bergesel dengan kenderaan mangsa mengalami cedera di mulut dan dirawat di HKL,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mohd. Nadzri lagi, kedua-dua pemandu Perodua Myvi berkenaan telah diambil darah serta melakukan ujian saringan air kencing dan pihaknya sedang mendapatkan keterangan empat lagi pemandu yang turut terlibat.
“Mayat mangsa telah dihantar ke HKL untuk tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.
Sementara itu, abang mangsa, Hamlizar Husain, 43, ketika ditemui pemberita di HKL berkata, sebelum kejadian, adiknya sekeluarga telah menghadiri majlis kenduri perkahwinan rakannya di Putrajaya.
“Sebelum pulang, dua lagi anaknya Nur Firuza Amira,7, dan Nur Firuza Aqila,4, meminta untuk ditinggalkan di rumah nenek mereka di Putrajaya dan dalam perjalanan pulang ke rumah ketiga-tiga mangsa terlibat dalam kemalangan.
“Seorang saksi yang membawa Nur Firuza Annisa ke HKL mendakwa yang dia terlihat sekumpulan enam pemandu Perodua Myvi berlumba di atas lebuh raya berkenaan sehingga terlihat sendiri salah satu kereta tersebut melanggar kenderaan adik saya.
“Sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut, kami serahkan kepada polis untuk menyiasatnya,” ujarnya sambil memberitahu seluruh keluarga terkejut dengan berita sedih itu kerana beberapa jam sebelum kejadian mereka baru berjumpa.
Utusan 3 Mei 2015
Enam pemandu Myvi diambil keterangan
KUALA LUMPUR 2 Mei – Polis sedang menyiasat dakwaan enam pemandu Myvi berlumba sesama mereka sebelum berlaku kemalangan hingga mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi mereka di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke), di sini awal pagi ini.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintenden S. Markandan berkata, pihaknya telah mengambil keterangan enam pemandu Perodua Myvi terbabit bagi mengetahui punca sebenar kemalangan itu.
Menurutnya, dua daripada mereka telah diambil keterangan selepas ditahan di tempat kejadian manakala empat lagi menyerah diri di Balai Tun H.S Lee kira-kira pukul 6.30 petang ini.
Katanya, pihaknya juga telah mengambil keterangan seorang saksi yang turut berada di tempat kejadian.
“Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian. Dakwaan berlaku perlumbaan juga sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, mangsa, Fairuz Nizam Husain,35, yang memandu kenderaan pacuan empat roda Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan bayinya yang berusia tujuh bulan, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan beberapa blog yang menjadi viral di media sosial, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada enam pemandu kereta Perodua Myvi yang didakwa ahli Familia Myvi Club (FMC) yang sedang berlumba dan kemudian berlanggar dengan Pajero Sport yang dinaiki tiga beranak berkenaan.
Kenyataan itu menyebabkan ahli FMC dikecam hebat oleh pengguna laman sosial lain.
Turut tersebar dan menjadi viral ialah kenyataan seorang wanita dikenali sebagai Yana yang mendakwa mewakili kelab terbabit dan menafikan ahli FMC terlibat dengan perlumbaan itu.
Sementara itu usaha Mingguan Malaysia mendapatkan kenyataan daripada FMC mengenai dakwaan tersebut gagal.
Utusan 3 Mei 2015
Luluh hati abang...
Kuala Lumpur: Luluh hati seorang abang apabila melihat mayat adiknya terbaring kaku di atas jalan selepas kenderaan yang dinaiki bersama isteri dan bayi mereka terbabit dalam kemalangan, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian di Kilometer 6.3 Lebuhraya DUKE, jam 1.05 pagi itu, Fairuz Nizam Husain, 35, disahkan terbunuh di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak mereka yang berusia tujuh bulan Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Abang Fairuz Nizam, Hamlizar Husain, 43, berkata dia menerima berita buruk itu daripada seorang anak saudaranya yang kebetulan melalui jalan berkenaan kira-kira jam 1.30 pagi.
Sebaik menerima berita itu, katanya, dia bergegas ke lokasi kejadian sebelum melihat adiknya dan isteri terbaring di atas jalan sambil dibantu pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.
“Ketika saya sampai, seorang pengguna jalan memberitahu anak adik saya dibawa orang ramai ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.
“Saya tidak dapat pastikan cerita sebenar kejadian, tetapi ada saksi yang memberitahu saya bahawa kedua-dua kenderaan yang melanggar kereta adik saya itu dipandu laju,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat HKL, semalam.
Adik Fairuz Nizam, Faiznurr Asyraf, 25, pula berkata, arwah pernah berpesan kepadanya supaya menjaga syarikat pengurusan acara milik keluarganya jika dia sudah tiada.
myMtero 3 Mei 2015
Pemandu Myvi mengaku tak salah
Kereta Perodua Myvi warna putih (kiri) dan Myvi warna kuning yang didakwa terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya DUKE, Kuala Lumpur mengorbankan tiga beranak pada Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR – Dua pemandu kereta Perodua Myvi yang didakwa menyebabkan kematian tiga beranak termasuk seorang bayi berusia enam bulan di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada Sabtu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Trafik di sini semalam.
Tertuduh, Siti Noor Aini Mohd. Said, 35, penolong pengurus restoran, dan Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 31, juruteknik komputer bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd. Nayan.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh masing-masing didakwa memandu kereta Perodua Myvi secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa Fairuz Nizam di Kilometer 6.2 Lebuh Raya DUKE dari arah Ulu Klang ke Jalan Duta di sini pada pukul 1.05 pagi 2 Mei lalu.
Siti Noor Aini yang memandu Perodua Myvi warna kuning manakala Mohammad Fizal yang memandu Perodua Myvi warna putih didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun berserta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000 jika sabit kesalahan.
Kosmo 9 Mei 2014
14 Ogos 2015
Percutian Di Hong Kong Sangat Menguji Kesabaran
Saya baru sahaja balik bercuti dari Hong Kong bersama Adam dan adik perempuan saya. Kami pergi bertiga sahaja dan tak ambil mana-mana tour agency.
Kami menaiki Malaysia Airlines dari KLIA terus ke Hong Kong.
Sepatutnya flight kami pukul 9.00am, tetapi penerbangan ditunda selama 3 jam. Katanya terdapat masalah teknikal. Kebiasaan… kalau delay maknanya ada masalah pelepasan di udara yang mungkin clash dengan penerbangan lain.
Kami diarahkan turun semula dan diberi lunch voucher di beberapa restoran terpilih. Jadi kami singgah di Dome cafe yang dekat dengan check point.
Masalah Servis Restoran Di Airport KLIA
Masa duduk di Dome Cafe KLIA, kitaorang nak pesan makanan. Tak ada seorang pun yang melayan kami, sehinggakan memaksa saya ke kaunter berulang kali memanggil pelayan, tetapi masih tak ada yang ambil order.
Adik saya Shieda dah mula berangin, dia terus pergi cari fast food untuk Adam. Hampir 1 jam saya menunggu di Dome Cafe tu, pekerja disitu buat tak tahu saja, makin lama meja makin penuh.
Saya mula naik angin bila Adam cakap dia lapar… Kesian Adam dari pagi tak makan sebab kitaorang keluar awal.
Menggigil badan saya menahan marah, dah macam orang hilang akal saya maki semua pekerja di Dome tu. Tak pernah saya naik darah sampai macam tu sekali. Saya dah tak peduli dengan orang sekeliling, kena ajar diaorang ni.
Kalau tak nak layan orang yang pakai lunch voucher tu…takpe, sekurang-kurangnya datang ambil order, menu pun tak bagi langsung lepas tu buat kita tunggu macam orang bodoh.
Dia orang ingat saya tak ada duit nak bayar agaknya. Yang peliknya, pelanggan yang datang kemudian tu dia orang layan pula, terutamanya mat salleh dan cina.
Sampai satu tahap, saya campak voucher yang MAS bagi kat budak pekerja Dome cafe tu. Nampak muka diorang cuak tengok saya naik angin. Tak habis situ saja, saya pergi check point kaunter sound pekerja MAS yang bertugas. Sampaikan turun beberapa pegawai MAS, kata dia orang voucher tu MAS dah bayar ke Dome Cafe.
Saya bukan heran sangat voucher tu dan faham kalau diaorang busy, tapi jangan buat saya macam orang bodoh dan memilih customer untuk dilayan. Saya bukan minta layanan lima bintang. Akal letak kat mana tak tahulah, tak nampak ke ada budak kecil nak makan. Buat apa bagi lunch voucher kalau dilayan macam tu.
Pihak MAS harus serius dan ambil tindakan terhadap servis restoran yang teruk macam ni. Kita bayar flight tiket beribu RM bukan macam ni cara layanannya. Kebetulan saya MAS Enrich Card members pula tu, memang saya akan buat komplen.
Lokasi Hotel Di Hong Kong
Kami sampai di Hong Kong International Airport dalam pukul 4.00pm. Dari situ kami ambil teksi.
Kami booking Citades Service Apartment hotel yang satu bumbung dengan Ascot Residence. Terletak di tengah-tengah Tsim Sha Tsui, Ashley road. Sebuah servis apartment yang menyediakan kemudahan tempat memasak. Kawasan tu memang dekat dengan tempat shopping dan tempat-tempat menarik untuk dilawati.
Kami dah agak mesti susah nak cari restoran halal di Hong kong. Lagipun, bila bab makan ni saya memang cerewet terutamanya apabila melawat negara yang majoriti bukan muslim.
The Avenue Of Stars
Kami sampai petang, jadi malam baru kami pergi jalan-jalan di Avenue Of Stars terletak di sepanjang pantai Victoria Harbour di Tsim Sha Tsui, Hong Kong.
The Avenue of Stars, Hong Kong sama macam di Hollywood Walk of Fame. Salah satu tempat untuk selebriti dan industri filem Hong Kong.
Kawasan situ juga terletak Museum of Art, Victoria Habour, Kowloon Walled City dan Tsim Sha Tsui Promenade.
Dekat sahaja dengan hotel kami tinggal, memang cantik. Boleh nampak seluruh bangunan tinggi di Hong Kong dan ada kapal berhias disitu.
Balik tu kami jalan-jalan di Nathan road. Banyak betul kedai membeli belah disepanjang jalan, memang meriah.
Sikap Buruk Orang Hong Kong
Hari kedua kami plan ke Hong Kong Disneyland resort. Kalau ikutkan, jalan nak ke Hong Kong Disneyland tak lah susah sangat. Biasalah pertama kali tentulah kita tanya orang sebab tak biasa dengan jalan disitu.
Kami ambil MTR train. Dari situ mula timbul masalah lagi. Orang Hong Kong ni tak hormat dan tak ikut peraturan semasa beratur, berbeza dengan Chinese dinegara kita. Lain macam sikit perangai dia orang, memang kurang ajar. Dia orang tak hormat kita bawa anak kecil, kalau boleh dia orang nak potong line dan suka berebut.
Pekerja di MTR station memang tak membantu langsung. Apa salahnya bagi direction yang betul, lepas tu tak mahu layan pertanyaan kita dan macam tak suka bila kita tanya apa-apa.
Dahlah direction subway diaorang berbelit-belit. Memang panas hati dibuatnya nasib baik kami boleh sabar lagi. Kami cari inisiatif sendiri ikut Google maps.
Hong Kong Disneyland
Dari subway Tsim Sha Tsui station kami ke central. Ambil train ke station Lai King, transit tukar train ke Sunny Bay, dari situ kami ambil train khas ke Hong Kong Disneyland.
Train tu pun direka khas dengan reka bentuk disneyland kartun karakter.
Ooo ya saya nasihatkan pada anda yang ingin kesana, pastikan korang beli kad MTR octopus. Kad ni boleh guna kemana-mana korang nak pegi dengan naik train. Jadi tak payah beli tiket banyak kali.
Ada charge masuk ke Hong Kong Disneyland dan agak mahal. Kanak-kanak bawah 3 tahun percuma.
HK$440 – RM 180 seorang
HK$320 – RM 130 seorang (3-12 tahun)
Hong Kong Disneyland taklah best sangat jika nak dibandingkan dengan Universal studio. Agak bosan sedikit ditambah pula cuaca tak elok sangat, asyik hujan jer. Disitu banyak tempat mainan macam funfair.
Sepanjang berada disana tak nampak langsung mascot Disneyland, kami banyak ambil gambar saja. Adam pun macam tak enjoy dan asyik duduk dalam stroller. Boring agaknya…
Sempatlah bawak Adam tengok 3D Mickey magic show, baru nampak dia ketawa dan ceria sikit tengok magic show tu.
Kami sempat juga tengok firework depan Mickey castle. Memang cantik sebijik macam dalam movie. Yang ni baru enjoy… Tengok gambar kat atas ni. Cantikkan…
Masa nak balik timbul lagi masalah di MTR station, kami tak jumpa subway exit ke Ashley road. Macam biasa bila tanya dengan pekerja station, jawapan diaorang endah tak endah.
Adik saya hilang sabar, dia tinggi suara baru pekerja MTR tu jawab baik-baik.
Kami sampai di apartment agak lewat sebab sesat jalan. Satu masalah di Hong Kong ni kita tak boleh ambil teksi sebarangan, diaorang takkan berhenti dan kena pergi teksi station yang agak jauh jugak.
Apa punya sistemlah dia orang pakai, tak sistematik langsung!
The Peak Tram Hong Kong
Hari ketiga kami plan ke The Peak Tram.
Lokasi The Peak Tram ni terletak diatas puncak. Jadi kita kena naik train railway yang memang wujud lama dah cuma train tu dimodenkan.
Sekali lagi dia orang ni tak reti nak beratur, suka berebut dan tolak menolak.
INI KALI tahap kesabaran saya dah hilang. Apalagi saya siku saja, saya tunggu saja dia orang bersuara, keluar satu perkataan dari mulut diaorang memang sah kena lempang dengan saya.
Nasib baik dia diam terus. Kalau tak, mahu jer bagi…
Kat atas puncak tu korang wajib naik Peak Tram Sky Pass tower untuk tengok panorama Hong Kong.
Memang cantik sangat… Atas tu juga ada Sky Terrace, Hard Rock cafe, Madame Tussauds dan macam-macam lagi. Banyak juga kedai jual souvenir.
Hah, ni satu lagi perangai peniaga kat situ, memang jenis tak tahu nak hormat pelanggan. Bila kita nak beli barang, dia buat tak tahu sahaja. Jawap macam endah tak endah, boleh pulak tu layan internet. Adik saya naik darah, dia maki pekerja kedai tu, tau pulak dia takut.
Masa nak beratur balik naik train pun saya kena dengan dua couple. Hati memang dah panas dari awal, apa lagi kena semburlah dengan saya.
Memang nak cari gaduh saje dia orang ni.
Ladies Market Hong Kong
Balik dari The Peak Tram kami naik teksi ke Ladies market. Ladies market sama macam Petaling Street, banyak jual barang-barang souvenir.
Saya niat nak cari souvenir untuk bawa balik Malaysia. Sekali lagi mood shopping saya terus terbantut. Tengah nak pilih barang, seorang lelaki cina tiba-tiba maki hamun kita orang, puncanya cuma dia nak lalu, padahal jalan tu punyalah besar.
Apalagi, suhu temperature saya dah tahap maksimun dengan karenah dia orang, saya dengan adik balas maki balik sampai semua orang pandang. Agaknya dia tak sangka kita orang balas maki terus dia terdiam.
Nasib baik sebelum tu saya sempat beli t’shirt dengan fridge magnet itupun tak banyak. Kebiasaannya kalau ke luar negara saya akan shopping banyak barang. Ini kali pertama saya tak beli apa-apa, hanya dua barang ni saja.
Yang buat saya tak puas hati, diaorang ni macam pandang rendah dengan kita. Tak tahu apa masalah dia orang atau memang budaya dia orang macam tu, jenis sombong, kasar dan tak reti hormat orang.
Dalam buruk ada baiknya juga…
Balik dari Ladies Market kami sesat lagi di Mong Kok Road. Direction MTR train carca marba, tak sistematik.
Kami malas nak tanya pekerja MTR dah. Jadi kita orang ikut direction Google maps je. Kalau ikut Google maps, direction ke Tsim Sha Tsui macam dekat… Jalan punya jalan, jauh tak sampai-sampai jugak.
Last-last kita orang tanya seorang budak muda tengah tunggu bus. Dia perasan kita orang macam tak tahu nak kemana. Tiba-tiba dia datang balik kat kita orang offer untuk tunjukkan direction ke MTR station.
Budak muda tu ada cakap jalan kat Kowloon complicated, terlalu banyak cabang jalan. Kalau tak tahu memang boleh sesat.
Dia teman kita orang sampai ke MTR train station sebab dia kesian dan takut apa-apa jadi kat kita orang. Terharu sungguh, akhirnya ada juga orang yang baik hati.
Pertama Dan Terakhir
Saya memang tak syorkan kalau korang nak bercuti ke Hong Kong dan boleh hilang sabar dibuatnya.
Saya boleh katakan “Hong Kong is not a welcome country”.
Satu lagi walaupun matawang HK$ rendah, jangan sangka harga barang juga rendah. Barang-barang memang mahal sungguh. Nak beli barang kena pandai sebab harga yang diaorang tawarkan memang maksimun tinggi.
Terus terang saya katakan ini adalah percutian saya yang paling teruk dan saya tidak akan bercuti kesana lagi.
Saya banyak bercuti ke luar negara. Tak pernah saya dapat layanan buruk sebegini. Memang betul-betul menguji kesabaran saya.
Bukan pasal negara ni tak cantik, cuma sikap orang di Hong Kong ni yang tak cantik; kasar, berlagak, sombong dan kurang ajar. Seolah-olah diaorang pandang rendah pada kita orang Asia ni, padahal dia orang pun Asia juga.
Kalau korang nak tahu, Hongkies ni takut bila kita keras, garang dan marah diaorang balik… Saya tahu sebab saya dan adik buat macam tu huhu…
Satu lagi kalau nak tanya apa-apa jangan tanya orang yang dah berumur, tanya orang muda. Orang tua kat Hong Kong ni ada masalah middle aged crisis agaknya haha…
Kalau setakat seorang dua saya tak ambil kisah sangat, ini boleh dikatakan semua. Cara mudah kita kena keras dan kena balas kurang ajar juga. Kalau kita takut, lagi dibuli-bulinya, korang jangan bagi muka.
Habis hilang mood kami nak berjalan-jalan. Banyak tempat kami tak pergi sebab sakit hati sangat.
Saya bukan racist dan saya ramai kawan-kawan Hongkies, semuanya ok dan hormat kita. Tak sangka pulak bila saya ke Hong Kong jadi macam ni.
Mungkin timing kami bercuti kesana tak baik atau musim angin barat daya diaorang datang kot hoho.
Apa-apapun kepada yang nak kesana hati-hatilah ya dan mungkin pengalaman anda baik sahaja. Dari segi tempat memang cantik dan menarik sangat.
Artikel travel saya kali ini agak lain dari yang biasa saya tulis. Itu tujuan saya berblogging, saya akan tulis apa yang saya rasa, sama ada baik atau buruk.
Terpulang kepada anda untuk menilainya ya…
Sebaiknya jika hendak bercuti pastikan anda membuat persediaan.
Sumber http://www.akmaomar.com
Langgan:
Catatan (Atom)