Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

16 Ogos 2015

Nahas DUKE: Pemandu Myvi perlu bayar RM1.2 juta kepada waris mangsa jika ikut hukum Islam




Dengan cara itu, undang-undang Islam bukan sahaja menjatuhkan hukuman kepada penjenayah semata-mata, tetapi juga menjamin nasib waris mangsa terbela dengan sewajarnya.

KUALA LUMPUR, 4 Mei :

Pemandu-pemandu kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam perlumbaan haram di Lebuh Raya Damansara-Ulu Kelang (DUKE) awal pagi Sabtu lalu hingga mengakibatkan kemalangan yang meragut nyawa tiga sekeluarga perlu membayar sebanyak RM1.2 juta kepada waris mangsa jika mengikut hukum undang-undang Islam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu, Wan Muhammad Mizan Wan Abd Latiff berkata, bayaran itu berdasarkan kesalahan jenayah pembunuhan tanpa niat dalam undang-undang Islam.

“Undang-undang Sivil hanya memperuntukkan pesalah dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 serta hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama tidak kurang dari tiga tahun.

“Bagaimanapun, keluarga mangsa tidak dapat pembelaan yang sewajarnya sama ada pampasan daripada penjenayah dan sebagainya.

“Ia sangat berbeza dengan ketetapan dalam Undang-undang Syariah dalam menyelesaikan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook beliau pada Ahad.

Wan Muhammad Mizan berkata, berdasarkan perkiraan undang-undang Islam, penjenayah kes tersebut perlu membayar ganti rugi kepada waris mangsa dalam kadar tiga kali ganda daripada kadar `diyaat asal’ iaitu dalam kiraan kasar adalah kira-kira RM1.2 juta.

“Jika dibuka di dalam kitab-kitab fiqh seperti Fiqh Islam wa Adillatuh, Syeikh Wahbah Zuhaili menyebut bahawa diyaat yang dikenakan kepada jenayah pembunuhan tanpa niat (dalam konteks kes ini) adalah diyaat mukhaffafah (Diyaat ringan), iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyaat.

“Bagaimanapun para ulama berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut,” beliau menjelaskan.

Dengan cara itu, undang-undang Islam bukan sahaja menjatuhkan hukuman kepada penjenayah semata-mata, tetapi juga menjamin nasib waris mangsa terbela dengan sewajarnya.

Dalam nahas awal pagi semalam, tiga beranak itu maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya DUKE kira-kira jam 12.45 pagi.

Kesemua mereka iaitu Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa merupakan mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu.

Fairuz yang memandu kenderaan jenis Pajero maut di tempat kejadian manakala isteri dan anaknya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Nahas berlaku apabila kenderaan yang dinaiki mangsa dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi yang sedang berlumba dengan lima kereta yang lain.

Kereta mangsa yang terbabas ke sebelah kiri bergesel pula dengan sebuah lagi Myvi di sebelah kiri lalu melanggar tembok pembahagi lebuhraya.

Rakaman kamera litar tertutup lebuhraya berkenaan yang tersebar di laman media sosial hari ini juga memaparkan enam buah Myvi dipandu laju seolah sedang berlumba.

https://www.youtube.com/watch?v=Tl2ExkJ-PhI

Tiada ulasan: