14 Oktober 2015

Manggis MH370


MANGGIS MH370

Manggis hanyut ke pulau mencari ladang subur
intiplah aku lantaran aku boleh berceritera
bagaimana asal kejadian aku mendarat
nanti aku akan bercambah & membesar
aku akan ceriterakan segalanya
betapa impian & destinasi pembeliku
sangkut di awan resah tak sampai.

Manggis terhempas di belantara menjadi rimba luka
berteduhlah di rendang pohonku nanti
segala persoalan menjadi amat tragis
bagaimana ratapan tangis & pesanan
terhenti tidak bernada ria lagi
kurniaan yang hitam tapi manis ini
bertaburan di persada harapan sepi.

Tak apalah manggis bernasib hiba kian dilupakan
pencarian diteruskan dalam simpati terhenti
bukti entah kekal entah hilang ditelan zaman
Manggis bukan bersembunyi tapi ghaib misteri.


iDANRADZi
Laut Misteri.
15.10.2015



Tiada ulasan: