iDAN

26 September 2016

NYAWA II

NYAWA II

Dari denyutan nadi ayah & ibu
bersatu janin seorang aku
yang bersemi dalam hembusan roh
bernafas jantungku ke dunia-Mu.

Isteri adalah kekasihku dunia akhirat
aku tidak pernah membahagikan cintaku
siang malam menanti kehadiranmu
dalam tidur & jagaku Bidadariku.

Iman adalah nyawaku nan ramah dalam diri
tidak pernah pun diri mengerti abadi.
Dia memerhatiku dalam duduk atau berdiri
dalam solat doa ibadah atau kiblat-Mu
aku bak asyik buta hati lalai duniawi.

Nyawaku punya siapa jika bukanmu kekasihku
Nyawaku punya siapa jika bukan-Mu Ilahiku
Nyawaku punya siapa bila mati tak bernadi lagi.

(Hatta kenapa tamak dengan harta & kuasa
sementelah segalanya takkan kekal lama)

iDANRADZi
Kota Bharu Perak.

Bila tanya Pak Google puisi iDAN jumpa ini
di situs orang lain...





Rahsia Lelaki Mengikut Empat Unsur



Rahsia Lelaki Mengikut 4 unsur

(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH

Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)

Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima’, selalu sihat, banyak kerja.

AIR

Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)

Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API

Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.


(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)

Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN

Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)

Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

* Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka

Salaaaamun alaikum w.b.t……. Masih lagi dalam tajuk berkenaan Dajjal, dan kali ini saya akan cuba membongkarkan kumpulan-kumpulan yang membuat kerja untuk Dajjal pula. Dan saya akan sertakan pelbagai bukti agar kita boleh fikirkan bersama-sama. Tetapi Yang Maha Mengetahui segalanya hanyalah Allah S.w.t. Kita sebagai hambanya hanya mampu untuk berusaha dan berfikir tentang segala apa yang diciptakanNya.

Mengapa saya berani mengatakan kumpulan yang akan saya sebutkan di sini sebagai pasukan Dajjal? Kerana ada bukti-bukti kukuh termasuk dari hadith yang akan menampakkan kepada kita bahawa kita sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh Dajjal, dan pasukannya itu sudah terlalu lama muncul tanpa disedari ramai. Mereka bergerak secara rahsia dan semakin beransur-ansur untuk bergerak secara terang-terang pula. Sebelum itu, mari kita perhatikan kepada simbol-simbol ini.



























Ini hanyalah beberapa dari banyak lagi simbol yang boleh didapati di mana-mana di dunia sekarang ini. Biasanya di bangunan-bangunan besar, pejabat-pejabat, tempat-tempat rahsia dan tidak ketinggalan boleh diperhatikan dalam banyak filem kebelakangan ini yang menceritakan perihal Freemasons seperti filem Da Vinci Code, National Treasure 1 & 2, From Hell dan beberapa lagi. Dan simbol-simbol ini adalah simbol kepada kumpulan yang diberi nama The Freemasons. Dan Freemasons ini lah yang merupakan salah satu kumpulan yang bergerak dalam satu nama besar yang dipanggil Illuminati. Ini tak termasuk lagi simbol-simbol Illuminati yang lain yang banyak juga keluar dalam filem-filem Hollywood seperti filem-filem yang saya sebutkan tadi, Indiana Jones, Stargate, Independence Day, The Omen, American Gangster, The Ant Bully, Conspiracy Theory, Into the Wild, The Majestic, Miami Vice dan macam-macam lagi.

Perhatikan simbol-simbol tersebut, semuanya mempunyai asas yang sama iaitu mempunyai satu jangkalukis (compasses) di bahagian atas , sesiku (square) di bahagian bawah dan huruf ‘G’ di tengah-tengah. Semuanya itu mempunyai maksud yang tersendiri dan di kalangan ahli-ahli Masons sendiri pun ada bermacam-macam maksud dan biasanya ia tidak didedahkan di kalangan ahli. Cuma saya akan cuba ketengahkan pendapat yang kuat tentang simbol tersebut mengkikut kajian saya.

Di kebanyakan negara, huruf ‘G‘ di tengah tadi itu membawa makna ‘God‘ atau ‘Tuhan‘. Dan pendapat satu lagi yang kuat adalah ‘Geometry’. Inilah yang menjadi asas kepada kerja-kerja KREATIF yang dilakukan oleh kumpulan Freemasons dari awal dulu lagi. Maka apabila dihubungkan Geometri dengan God, maka kebiasaanya para arkitek dan pereka bentuk akan menggunakan alat-alat Geometri kan. Maka maksud di situ adalah tuhan itu mereka cipta dunia ini dan itulah secara analoginya digambarkan dengan Geometri tersebut.

Tentang jangkalukis dan sesiku itu pula, ia merupakan antara alat utama yang digunakan oleh Freemasons dalam kerja-kerja mereka sejak dulu. Jangkalukis biasanya digunakan untuk melakarkan bentuk bulat dan bahagian-bahagiannya dengan mudah. Manakala sesiku pula untuk menyemak ketepatan sudut 90° yang mana amat penting dalam pembinaan bangunan. Dari sudut lain, simbol itu juga melambangkan jantina iaitu jangkalukis yang atas itu lelaki dan sesiku bawah itu wanita. Dan akhirnya lahirlah ‘G’ di tengah-tengah itu. Begitulah menurut beberapa pendapat berkenaan simbol Freemasons.

Sepintas lalu berkenaan Freemasons

Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul sejak antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya saya katakan di sini adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka antaranya seperti di bawah;



Simbol tuhan bermata satu itulah yang terdapat pada duit USD1 Dollar Amerika Syarikat yang mana pengaruh Illuminati telah menyelinap masuk ke kerajaan Amerika Syarikat sejak dulu lagi. Presiden-presiden Amerika Syarikat sejak George Washington lagi terlibat dengan kumpulan Freemasons ini, hinggalah kepada presiden sekarang iaitu George W. Bush yang juga merupakan ahli tetap kepada Skull and Bones, juga kabilah dari Illuminati itu.

Cuma saya rasa, Presiden John F. Kennedy sahaja yang tidak terlibat dengan mereka atau pun telah sedar diri dan menarik diri dari kumpulan mereka. Kerana beliau pernah menyampaikan ucapan memberi amaran tentang kemunculan kumpulan-kumpulan rahsia ini yang cuba untuk menguasai dunia. Dan tidak lama selepas itu, Presiden JFK ini telah mati ditembak di kepala di hadapan khalayak ramai ketika dia berada dalam kereta bersama isterinya dalam satu perarakan.

Walaupun jumlah ahli Freemasons tidak mencapai billion orang tetapi pengaruh mereka sangat kuat kerana mereka lah yang memegang kuasa ekonomi dan politik dunia sekarang. Dan merekalah yang ingin mengatur sistem kehidupan pada semua orang tanpa kita sedari.

Antara kegiatan-kegiatan mereka

Menurut buku Dajal dan Simbol Setan – Drs H. Toto Tasmara, mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan dengan ‘gerakan 7 F’, iaitu menghancurkan kekuatan finansial (Financial) umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan adu domba atau perpecahan di kalangan umat beragama mahupun di dalam tubuh umat Islam (friction), menyebarkan cara berfikir bebas (freethinking), menebarkan ideologi yang membebaskan manusia dari tata cara pemikiran beragama (freedom of religion), menguasai filem, TV, dan media massa (film), menumbuhkan dan menggoda masyarakat agar berbudaya dan bersikap mengikuti millah (cara) mereka (fashion/life style), membuat beberapa aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.), menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion), dan lain-lain.

Simbol-simbol lain yang berkaitan dengan Illuminati

Ini gambar lukisan Baphomet, Tuhan yang dipuja oleh Knights Templar dulu



Antara simbol-simbol kepada pemujaan ini yang mana sama dengan simbol-simbol yang dipuja oleh kumpulan Black Metal dan pemujaan syaitan lain antaranya



Dan kebiasaannya simbol-simbol Illuminati mesti ada kaitan dengan Segitiga, bintang syaitan , matahari, burung hantu dan sebagainya. Terlalu banyak identiti mereka yang boleh mengaburkan mata pihak lain , cuma yang paling ketara adalah simbol segitiga dan bintang.

Church of Satan

Church of Satan telah ditubuhkan di San Fransisco , California pada 30 April 1966 oleh Anton Szandor LaVey yang mana dia adalah seorang paderi besar gereja pada ketika itu. Dari tahun 1950an lagi, Anton LaVey telah menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Order of the Trapezoid yang kemudiannya berkembang menjadi badan pengurusan yang dikenali sebagai Church of Satan ataupun Gereja Syaitan.

Pada sekitar tahun 1980an dan 1990an, Church of Satan dan ahli-ahlinya sangat aktif mengeluarkan filem, muzik, dan majalah yang ditujukan kepada pemujaan syaitan. Dan secara ringkasnya di sini, munculnya Church of Satan ni adalah untuk belot atau melawan agama Kristian yang telah sedia ada, kerana itu juga mereka termasuk dalam anti-christ.

Bohemian Club

Bohemian Club adalah sebuah kelab rahsia yang ternama di San Fransisco, California, USA. Kelab ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dari artis, ahli perniagaan hinggalah kepada barisan pemimpin tempatan dan global di sana. Dan ramai artis serta pencinta-pencinta seni yang menjadi ahli aktif kelab tersebut. Dan pada setiap tahun, kelab ini akan mengadakan perkhemahan 3 minggu dan akan mengadakan upacara memuja pada sebuah tempat yang berdirinya patung burung hantu yang besar.



Skull and Bones

Hanya golongan tertentu dipilih untuk menyertai Skull And Bones dan biasanya dipilih dari keluarga berpengaruh dan cerdik pandai. Pusat Skull and Bones di Universiti Yale, Connecticut , Amerika Syarikat dan di sinilah pelapis Skull and Bones mula dipilih. Dan secara ringkasnya mereka adalah kumpulan elite yang mengetuai gerakan illuminati itu. Dan anggota-anggotanya terdiri dari pemimpin-pemimpin besar dunia termasuklah presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush.

Bendera Israel


Bendera Israel juga mengandungi simbol mereka iaitu dua segitiga yang satunya terbalik, apabila digabungkan menjadi bentuk bintang. Ianya di panggil ‘Star of David’ dan merupakan lambang kepada orang-orang Yahudi. Dua segitiga itu juga mempunyai beberapa maksud, dan yang biasa diketahui ialah segitiga normal itu melambangkan wanita dan segitiga terbalik itu melambangkan lelaki.

Tetapi menurut sumber-sumber Yahudi, ‘Star of David’ itu melambangkan nombor 7, iaitu hujungnya ada 6 dicampurkan dengan pusat tengah jadi 7. Maksud pendapat dari Yahudi itu ditujukan kepada bilangan hari Tuhan ciptakan alam ini iaitu 6 hari dan dicampur sehari hari berehat , menjadikannya 7 hari. Juga dinisbahkan kepada 6 hari bekerja dan 1 hari Sabat, 7 malaikat utama dan sebagainya.

Dan jika anda perhatikan betul-betul, rupa-rupanya simbol Freemasons juga ada kaitannya dengan Star of David ini, perhatikan simbol di bawah baik-baik yang saya telah lakarkan kaitan dengan Star of David.



Adik beradik kepada ‘Star of David’ itu pula ialah Pentagram yang kebiasaannya adalah simbol yang digunakan oleh kebanyakan puak-puak pemuja syaitan termasuklah dalam simbol Baphomet di atas. Pentagram adalah seperti simbol di bawah ini;

Pentagram kuno – bintang terbalik



Pentagram moden – bintang tak terbalik



Dan simbol pentagram ini bukan sahaja boleh didapati dari tempat-tempat pemujaan dan seumpamanya, tetapi juga boleh diperhatikan pada The Pentagon, iaitu ibu pejabat bagi Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, seperti gambar di bawah.



Simbol bintang pentagram itu pula sebenarnya adalah gabungan 3 buah segitiga. Mari kita lihat pecahan-pecahan segitiga itu seperti di bawah;







Menjadi



Dan simbol bintang David pula terdiri dari gabungan 2 segitiga





Menjadi



Dan banyak lagi sebenarnya simbol-simbol Illuminati yang tidak muat untuk dibicarakan di sini dan sesuai dibicarakan dalam topik yang lain insyaAllah.

Apa kaitannya dengan Dajjal?

Maka setelah kita mengetahui bahawa gerakan merekalah yang cuba menguasai dunia dengan ingin merealisasikan impian ‘New World Order’ atau ‘Tata Dunia Baru’ dan Tuhan yang akan diangkat oleh mereka untuk memerintah dunia adalah ‘The All Seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’ yang membawa makna Tuhan mereka itu bermata satu. Maka ini sesuailah dengan amaran-amaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.a.w seperti dalam hadith-hadith di bawah;

Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang bermaksud: “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472).

“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)” (Sahih Jami’ shogir 3495/ Al-Bany) Hadith Riwayat Bukhari.

Dan banyak lagi hadith lain yang menyebut bahawa Rasulullah S.a.w telah memberi amaran kepada kita tentang bakal kemunculan Dajjal yang bermata satu. Sejak dari Nabi Nuh lagi, semua para nabi memberi amaran tentang kedatangan Dajjal, tetapi hanya Nabi Muhammad S.a.w yang mula mengatakan bahawa Dajjal itu bermata satu. Dan mari kita bandingkannya dengan kemunculan Freemasons dan sekutu-sekutunya.

Freemasons mula muncul pada antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17, bermakna lama selepas diutuskan Nabi Muhammad S.a.w. Sebelum Nabi Muhammad diutuskan , mereka dikenali dengan pelbagai watak yang antaranya Masons (tukang batu) dan sebagainya. Cuma dulu tiada lagi simbol yang digunakan oleh mereka sekarang dan tiada lagi simbol mata satu. Maka benarlah ramalan Nabi Muhammad S.a.w berkenaan akan munculnya Dajjal bermata satu yang akan memerintah dunia, kerana matlamat Freemasons dan sekutu-sekutunya sekarang adalah untuk memerintah dunia dan mereka mengagungkan simbol ‘Mata Satu’ mereka itu. Dan mereka juga adalah anti-kristian dimana orang-orang Kristian juga meramalkan kemunculan mereka berdasarkan dari kitab Bible dan menjadi musuh kepada kristianiti.

Maka sudah jelas di situ, tidak lain dan tidak bukan, pasukan Dajjal tersebut adalahThe Freemasons dan sekutu-sekutunya yang berlindung di sebalik nama Illuminati. Maka tidak perlu lagi kita menanti kemunculan Dajjal kerana sebenarnya dia telah muncul dan pengaruhnya menular ke serata pelusuk dunia sekarang ini dengan bermacam cara. Yang penting sekarang kita perlu sentiasa amalkan membaca ayat-ayat dan doa untuk berlindung dari fitnah Dajjal laknatullahu alaih.

Mereka menunjukkan syurga dunia kepada kita sekarang iaitu kemewahan, alat-alat canggih, hiburan-hiburan dan seumpamanya. Manakala mereka yang tidak mahukan semua itu diibaratkan berada dalam neraka sekarang kerana bagi mereka kehidupan tanpa perkara-perkara tadi adalah memboringkan, tidak seronok, tidak memuaskan dan sebagainya.

Tentang syurga dan neraka yang dibawa oleh Dajjal, anda boleh membacanya dalam kandungan khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal. Dan antara isi nya bermakud, “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.”

Ayat dan doa berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal

1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.

‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)

“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)

2 – Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,

اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال

‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ , yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”

Dan beberapa doa lain lagi yang lebih kurang dengan doa di atas ini seperti mana yang tercatit pada hadith-hadith Nabi Muhammad S.a.w. Semoga Allah memelihara kita dan menjauhkan kita dari fitnah Dajjal, aamiiin. Wallahu a’lam

22 September 2016

Nasib Perasa Yang Bersara 5 Tahun Lalu ii.



Peluit Ralit

Ini antara jawaban dari pihak JPA; Terima kasihlah banyak-banyak dengan jasa baik serta maklum balas tentang rayuan atau cadangan sy. Memang ada semakan yang dibuat tahun 2007 tapi sayangnya tidak merujuk ke jawatan sy semasa itu.

Malahan pihak JPA membuat rombakan gaji tidak tepat ke sasaran kerjaya sebahagian staf teknikal seperti sy & rakan lain ada sebilangan 200 staf; berbanding yang sy & rakan sy terhumban ke bahagian pentadbiran tangga gaji N. Mungkin masalah ini terlindung atau masalah terpencil sebab UPM sendiri ketika itu tidak mengkaji pun mendekati bidang kerjaya staf mereka di bahagian tenikal.

Perkara ini ada sy buat ada ke BPA sebelum sy bersara. 2009.

(3. Mengenai kenyataan pengadu bahawa rombakan gaji telah dijumudkan sekitar 10 tahun yang lepas, ianya fakta yang kurang tepat kerana kali terakhir Kerajaan membuat semakan gaji perkhidmatan awam adalah pada tahun 2012 seperti mana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 tahun 2012 iaitu Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmaatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia. Malah, sebelum bersara pada tahun 2009, pengadu sendiri telahpun menikmati semakan / penyelarasan gaji seperti yang diumumkan oleh Kerajaan pada tahun 2007 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007 iaitu Pemberian Kenaikan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmaatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.)




Peluit Ralit

Cer tenguk bagaimana staf bersara terpaksa bersaing dalam dunia makmur Msia; terpaksa menghadapi persaraan dengan hanya kenaikan tahunan sekitar RM20 berbanding pekerja lain yang mendapat paling rendah kenaikan RM100;

(pemandu pun lebih tinggi kenaikan tahunan mereka sekitar RM120 rombakan baru ini)

Perlu diingat ramai juga pesara masih membayar hutang rumah tanpa pun ada elaun perumahan mereka... atau jua elaun perkhidmitan awam (nama pun duduk rehat x kerja lagi).

Cadangan sy sekadar RM50 kenaikan tahunan paling rendah ini tak sampai pun 50% berbanding kenaikan yang dinikmati staf awam kini.

Ianya tertolak... emm bersyukurlah apa yang ada.

Peluit Ralit


Ini antara kenaikan tahunan pesara kalangan staf awam sekadar RM22. Barangan GST sahaja sudah ambik 6% terpaksa bayar; belum barangan pelik lain yang naik melambung harganya... RM22 sebulan kenaikan mampukan hidup bahagia di Msia makmur ini?.

MMms 31: Tak Kuat.


Badan makin tak kuat, mahu sangat makan ubat secara sempurna. Tanpa ngelat. Tapi kudrat badan amat tak kuat. Semalam makan empat jenis dari enam jenis yang kena makan. Habis ditangkapnya semua badan. Amat sukar nak bangun pagi. Gusar.

Kini telah cecah satu abad aku bergantung makan ubat. Sejak usia 48 aku sudah mula makan ubat sakit kronik ini. Mungkin tanya Pak Google aku dapat kesan tarikh sebenar mula jadi pesakit tegar bergantung makan ubat sakit kronik, asyik berulang alik ke Hospital Kajang & Hospital Serdang.

Ada catatan 1 Oktober 2008 Aku ditahan masuk Wad Kecemasan Hospital Kajang. Tatkala itu telah setahun lebih aku diserang sakit kronik. Tahun 2007 sejarah sakit kronik ini udah mula aku hidapi. Sebermula dengan buah pinggang berdarah sebab batu karang. Naiklah darah tinggi, masalah jantung, hati membengkak, kolesterol & diabetes.

Mungkin boleh tanya Pak Google "MMms idanradzi" ada sejarah sakit yang aku alami aku tulis di blog peribadiku. Apa MMms itu; singkatan dari perkataan Malaikat Maut mengintai selalu.

Tak pasti sampai usia berapa aku boleh bertahan; dalam kajianku rakan yang sama sakit sepertiku hanya mampu bertahan sampai usia sekitar 58 tahun sahaja. Rata-rata kena serang sakit kronik ini sekitar umur 40an. Ish maksudnya tahun hadapan ada tahun berhijrah ke alam baqa. Siap siagalah.

Ada seorang dua bertahan lebih lama dari 58 tahun tetapi mereka ini melalui pembedahan jantung sebelum usia 60an. Seperti Abg Rashid panjang umurnya dapat cecah usia 60an lantaran sekitar usia 40an masuk IJN tukar saluran darah dari urat di pehanya.

Selalunya jika udah masuk usia 60an sukar doktor mahu membuat pembedahan jantung faktor daya kekuatan badan pesakit. Tak pastilah dengan kemudahan peralatan perubatan moden kini apakah boleh membantu pesakit kronik setua aku.

21 September 2016

TERPINGGIR.

Tatkala orang yang sepatutnya INTIM dengan diri ini tiba-tiba senyap sepi. Tidak menyapa malahan liat hati mahu ketik suka pun pada entri yang dihantar di FB ini; atau kasi respon di blog. Sah sangatlah karma hidup ini akan terusan terpinggir.

Ada manusia memisahkan alam nyata & dunia maya. Padahal huruf-huruf di dinding FB atau di blog ini adalah paparan yang bernyawa. Ada jiwanya. Dari A sampai Z huruf yang tersusun serta imej di entri ini adalah terbit dari jari-jemari hati. Bukan impi. Cuma ianya kaku & tidak dapat diulus bagi hati yang tidak mengerti.

Pasti huruf-huruf ini satu hari nanti akan berhenti di saat di saat penyusunnya mati. Tatkala itu tak ada nilainya ketik suka atau sapaan lagi.


19 September 2016

PTPTN


Sy telefon Afiz semalam, setelah kami sarapan sy cadangkan dia telefon PTPTN yang bikin masalah untuk proses memohon pinjaman perumahan tersebut. Bila dia dapat berbual dengan staf PTPTN, laju saja Afiz keluar rumah tak abis kami berbual. Kenapa?.

Sebab sy ganggu dia berbual dengan staf PTPTN yang sedang memberikan pencerahan; andaian sy mesti pihak PTPTN akan kasi surat lampiran perlepasan sebab Afiz & Husna telah pun usaikan bayaran bulanan PTPTN ini. Kenapa masih disinaraihitamkan?.

"Afiz di kaunter KWSP ni..." pastinya dia masih tidak usai untuk memenuhi syarat pinjaman bank. Harap-harap segalanya berjalan lancar.

Mereka yang masih tertunggak bayaran PTPTN boleh mengeluarkan wang KWSP jika sedang dalam urusan pinjaman perumahan ini. Sy dulu pun buat macam itu; sebab Teratak Jenaris ini lebih mahal banding kelayakan pinjaman perumahan yang kerajaan kasi. Terpaksa keluar wang KWSP sy & Mila. Ini yang bagusnya jika beli rumah dengan nama bersama. Boleh manfaatkan duit KWSP yang tersimpan jumud itu. Kalau tak sy hanya layak beli rumah kos rendah ketika itu.

Moralnya jika siapa jua beli rumah pertama jika masing-masing berkerja; elok buat nama bersama suami & isteri; ada banyak faktor kenapa perlu buat begitu. Selain dapat keluar duit KWSP di usia muda; ianya juga sebagai pengikat hubungan kasih antara suami & isteri.

18 September 2016

Wak Romlah

Allahyarhamah Wak Romlah di Meru Klang meninggal dunia hari ini; khabarnya lambat sy terima. Tak dapatlah sy mengiringi jenazahnya. Baru telefon Mila yang dari ofisnya di Ara Damansara, Mila sempat ziarahinya. Mila sedang di Tanah Perkuburan Bukit Kapar; sedang dibacakan talkin buat arwah.

Agar Wak Romlah damai di sana di sisi mereka nan beriman al-Fatihah.




rindu


kerinduan kini
bagaikan daun kering 
yang diramas


14 September 2016

Kenali Tayar Anda

–Tayar Sport/Performance

Tayar ini memberikan cengkaman yang menakjubkan tetapi ia hanya boleh bertahan selama 1,000 batu (1,600 km) atau kurang. Tayar jenis Cruiser dan Sport Touring mempunyai keserasian antara cengkaman dan ketahanan yang terbaik. Terdapat juga jenis tayar yang dibangunkan khusus untuk perlumbaan. Tayar ini menawarkan tahap tertinggi dari segi sudut cengkaman ketika di selekoh, kerana pada kebiasaan nya tayar ini hanya “sedap” dan befungsi dengan baik pada suhu yang tinggi, penggunaan pada jalan raya adalah tidak selamat kerana tayar jenis ini biasanya jika tidak mencapai suhu optimum sebelum penunggang tiba di destinasi akan menyebabkan hampir tiada cengkaman pada permukaan jalan raya sepanjang perjalanan. Dalam situasi perlumbaan, tayar perlumbaan biasanya akan dipanaskan sehingga mencapai suhu yang terbaik untuk tayar tersebut dengan menggunakan alat pemanas tayar.




– Sport Touring

Tayar ini amnya tidak digunakan untuk melayan selekoh, tetapi ia digunakan untuk perjalan yang jauh iaitu di jalan yang lurus dan panjang.



–Tayar Sport Street
Tayar jenis ini biasa digunakan untuk perlumbaan jalanan yang agrresif, dimana ia menghabiskan kebanyakan masa untuk melayan selekoh atas jalan raya awam seperti jalan selekoh ke Genting Highland dan Cameron Highland yang mengasyikan. Namun tayar jenis ini tidak mampu tahan lama, tetapi kebaikkan nya pula ia mempunyai daya tarikan yang lebih baik ketika selekoh pada kelajuan tinggi. Tayar Street dan Sport Street ini mempunyai cengkaman yang baik untuk cuaca sejuk tetapi apabila dihangatkan terlalu banyak, sebenarnya ia boleh kehilangan daya cengkaman ketika kenaikkan suhu dalaman tayar melampau,namun ada juga tayar ini yang sesuai digunakan untuk suhu panas seperti di Malaysia.



–Tayar Track atau Tayar Slick

Tayar ini biasa digunakan ketika hari track atau perlumbaan seperti event Aprila di Sepang didalam entry sebelum ini. Tayar ini mungkin mempunyai lebih banyak bentuk profil sedikit hamper seperti segi tiga, yang seterusnya memberikan sentuhan patch yang lebih besar apabila tiba di selekoh,tayar jenis ini tidak disyorkan untuk berada di jalan raya oleh pengilang, dan ia diketahui mempunyai ketahanan yang lebih singkat apabila berada di jalan raya. Disebabkan bentuk segitiga tayar ini, ia akan menjadikan kelebihan apabila di selekoh namun menjadi kurang cengkaman di pusat,ini menyebabkan tayar jenis ini menjadi rata lebih cepat atau hilang bunga apabila digunakan di jalan raya untuk jangka masa yang panjang dan apabila bunga pada tayar hilang lalu mereka akan kehilangan hampir semua cengkaman dalam jalan raya yang basah. Tayar Slicks pula dibuat dari sebatian getah yang lembut dan ia tidak menyediakan daya cengkaman yang banyak seperti tayar jalan yang biasa sehingga ia dihangatkan pada suhu dalaman yang lebih tinggi daripada tayar jalan biasa. Kebanyakan penungang jalan raya tidak akan meletakkan jumlah yang mencukupi pada geseran tayar untuk mengekalkan suhu optimum agar tayar tidak licin, terutamanya di negara-negara sejuk dan pada musim bunga.



– Tayar Off Road

Tayar ini mempunyai bentuk seperti bunga berbonjol-bonjol,dan ia digunakan untuk memberi cengkaman maksimum pada keadaan berlumpur, pasir, atau batu kelikir, tayar ini cenderung menjadi kurang stabil pada permukaan berturap.



–Tayar Touring

Biasanya tayar jenis ini diperbuat daripada getah keras untuk ketahanan yang lebih banyak. Ia mungkin akan bertahan lebih lama, tetapi tayar ini cenderung untuk memberikan cengkaman yang baik daripada tayar sport pada suhu operasi yang optimum. Tradeoff pada permukaan tayar touring biasanya menawarkan lebih cengkaman pada suhu yang lebih rendah, yang bermaksud mereka boleh atau lebih sesuai untuk menunggang dalam keadaan panas,sejuk atau musim sejuk manakala tayar sukan nya tidak boleh mencapai suhu operasi yang optimum.



Langkah Seterusnya??

Langkah seterusnya selepas membuat pilhan tayar yang di ingini ,anda perlu lah melihat mengikut kegunaan pada motor,kita harus memilih size yang sesuai mengikut rim motor kita, supaya tidak membuatkan kenderaan kita menjadi berat apabila memilih tayar yang tidak sesuai, contoh nya jika rim tayar kita

1- Rim 2.15 lebar size tayar yang sesuai adalah bersize 90-100 sahaja
2- Rim 2.50 lebar size tayar yang sesuai adalah bersize 100-120 sahaja

Apakah yang perlu kita tahu?

Didalam memilih tayar anda juga perlu tahu tarikh tayar tersebut dikeluarkan,kerana tayar yang dikeluarkan serta disimpan dengan rapi boleh bertahan dalam masa 4 tahun tetapi jika ia tidak dijaga elok dengan mendedahkan tayar kepada sinaran matahari tayar tersebut hanya mampu bertahan dalam jangka masa 1tahun sahaja, dan kepada sesiapa yang biasa membeli tayar secondhand perkara utama anda hendak lah melihat pada tahun keluaran kemudian bibir tayar tersebut dan periksa jika ada kebocoran itu amat penting serta kenal pasti tayar toreh atau tidak,ini tidak bermaksud tayar toreh tidak boleh digunakan langsung,boleh digunakan tetapi untuk tidak dalam jangka masa yang lama akibatnya akan menyusahkan pelabagai pihak:-

- Adalah lebih selamat jika selalu berjalan jauh usia tayar kereta yang sentiasa berjemur tanpa tempat parkir berbumbung; biasa tayar akan menjadi keras & merekah. 3 tahun tahun itu tempoh selamat. Sekitar 3 tahun eloklah ditukar tayar kereta anda



Sila rujuk gambar rajah tersebut untuk menentukan tahun dan jenis tayar anda