iDAN
22 September 2016
MMms 31: Tak Kuat.
Badan makin tak kuat, mahu sangat makan ubat secara sempurna. Tanpa ngelat. Tapi kudrat badan amat tak kuat. Semalam makan empat jenis dari enam jenis yang kena makan. Habis ditangkapnya semua badan. Amat sukar nak bangun pagi. Gusar.
Kini telah cecah satu abad aku bergantung makan ubat. Sejak usia 48 aku sudah mula makan ubat sakit kronik ini. Mungkin tanya Pak Google aku dapat kesan tarikh sebenar mula jadi pesakit tegar bergantung makan ubat sakit kronik, asyik berulang alik ke Hospital Kajang & Hospital Serdang.
Ada catatan 1 Oktober 2008 Aku ditahan masuk Wad Kecemasan Hospital Kajang. Tatkala itu telah setahun lebih aku diserang sakit kronik. Tahun 2007 sejarah sakit kronik ini udah mula aku hidapi. Sebermula dengan buah pinggang berdarah sebab batu karang. Naiklah darah tinggi, masalah jantung, hati membengkak, kolesterol & diabetes.
Mungkin boleh tanya Pak Google "MMms idanradzi" ada sejarah sakit yang aku alami aku tulis di blog peribadiku. Apa MMms itu; singkatan dari perkataan Malaikat Maut mengintai selalu.
Tak pasti sampai usia berapa aku boleh bertahan; dalam kajianku rakan yang sama sakit sepertiku hanya mampu bertahan sampai usia sekitar 58 tahun sahaja. Rata-rata kena serang sakit kronik ini sekitar umur 40an. Ish maksudnya tahun hadapan ada tahun berhijrah ke alam baqa. Siap siagalah.
Ada seorang dua bertahan lebih lama dari 58 tahun tetapi mereka ini melalui pembedahan jantung sebelum usia 60an. Seperti Abg Rashid panjang umurnya dapat cecah usia 60an lantaran sekitar usia 40an masuk IJN tukar saluran darah dari urat di pehanya.
Selalunya jika udah masuk usia 60an sukar doktor mahu membuat pembedahan jantung faktor daya kekuatan badan pesakit. Tak pastilah dengan kemudahan peralatan perubatan moden kini apakah boleh membantu pesakit kronik setua aku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan