iDAN

29 Mac 2013

TIONG KASIH DI SEPI TIOMAN iii

Hati seorang lelaki biarpun ada ketika memang keras, tegas & banyak egonya. Sensitifnya masih ada. Seyogia dalam bab anak-anak bagi lelaki seperti aku; TIGA minggu dikira tempoh kerinduan akan merebak. Ikut umur anak, lagi anak tu masih kecil lagi aku akan rindu. Bila anak telah dewasa dapatlah aku kawal perasaan. Rasanya inilah pertama kali Anif berjauhan dengan keluarga selama tiga minggu. Tak tahu apa gelodak hatinya tapi aku memang asyik teringat si Anif ini.

2. Pemandu bas yang aku naiki Apu namanya. Cantik basnya; penghawa dingin tak dikuatkan aku yang berdarah A memang alah dengan udara panas. rasa agak panas biarpun aku arahkan corong penghawa dingin ke arahku. Sepanjang LEKAS aku sentisa mengadap ke luar tingkap. Kut nampak jin jembalang. Tak ada. Bangku paling belakang dibina tinggi dari bangku lain. Aku lihat si Ayang nampak giat menggodek telefon bimbit; pasti ada talian internet atau dia main SMS. Aku ada bawa telefon dugung tapi aku matikan. Siapa nak telefen aku pagi buat begini.

3. 1:00 pagi sepanjang jalan memang lengang. Bas menuju ke Kuala Pilah. Ini pertama kali aku ikut jalan baru; tak berbelit-belit nak naik Bukit Putus. Aku sering juga memandu ikut Bukit Putus pun keraplah singgah di jeram Ulu Bendul. Beberapa tahun lalu ada peristiwa tragis satu keluarga di bawa arus laju. Kepala Air yang ganas meragut nyawa anak kecil. Jika tak silap dari 3 mangsa seorang sampai kini masih tak ditemui jenazahnya.

http://desatualang.blogspot.com/2013/03/wan-azlela-masih-rasa-kehilangan.html

4. Baik di mana jua jika mandi jeram pastikan cuaca tak elok jika mendong atau hujan lebat eloklah segera berkemas pulang. Teringat aku ketika ke Kuala Woh; cadang di hati nak tunjuk kepada rakan asramaku si Amid juga Dzuan betapa cantiknya air Kuala Woh ini. Top-top hari hujan bila kami ke jeram Kuala Woh lokasinya jalan dari Tapah nak ke Cameron Highland mak datok airnya punyalah likat keruh & arusnya teramat deras. Hilang seninya. Pasti Ulu Bentul jua begitu keadaan jika cuaca hujan lebat.

- bersambung

TIONG KASIH DI SEPI TIOMAN ii


Aku memang tak rapat dengan AJK Persatuan Penduduk Jenaris; biarpun aku dikira orang lama di Jenaris; pindah di Jenaris semasa Afiz berumur setahun sekarang Afiz dah sekitar 23 tahun. Jadi menyertai rombongan dengan warga Jenaris buat pertama kali memang amat terasa asing. Ramai tak kenal aku malahan aku pun sekadar ramai kenal wajah tapi tak tahu nama.

2. Bas yang disewa dari sekitar Kajang lambat sampai sekitar jam 1:00 pagi barulah kami bertolak. Setelah taklimat rombongan pun bacaan doa selamat kami menuju ke lebuh raya LEKAS. Mengejutkan bas tak penuh; bas sepatutnya boleh muat 44 penumpang hanya ada 26 penumpang; Majoriti orang setua aku. Berpasangan (terkenang zaman remaja kini berbulan madu ketika berusia) Sempatlah aku bersalaman dengan beberapa orang. Wajah yang aku cam mungkin sekitar tak sampai 50%. Selain Cikgu Zul aku kenal wajah-wajah seperti Ustaz Rashid; kami memang jarang berbual; Ustazah yang Aziq numpang berulang alik sekolah semasa di si SAM 10; suaminya orang berpangkat dalam PDRM mungkin. Keturunan Khan. Tak jauh dari rumahku. Yang lain tu amat samar.

3. Aku tertarik satu keluarga itu bawa TIGA anakanda; iyer ini aku keluarga bahagia. Keluarga yang terbesar dalam rombongan kami. Anak bungsunya lelaki nampak ramah; mungkin baru sekolah rendah dua lagi anak remaja perempuan. Sebaiknya peluang begini harus direbut; apalah salahnya cuti sehari senin untuk turut serta rombongan; bukan mudah nak dapat peluang sebegini. Bas sponsor oleh Persatuan Penduduk Jenaris. Khabarnya ini kali ketiga warga Jenaris melancong; pernah ke Medan & jika tak silap satu lagi ke Langkawi (tak pasti). Ketika dua rombongan ini ditaja aku tak dapat maklumat.

4. Selebihnya ahli rombongan sekadar berpasangan; semua telah sekitar usia aku. Cikgu Zul pun cuma bawa si Ayang duduk sebelah aku di belakang bas. aku ambil bangku sebelah kiri. Zaman remaja memang aku suka amat jika pergi rombongan duduk di belakang sekali... rasa lapang & melambung dibual enak jika ikut jalan kampung. Jangan silap si Ayang ini lelaki; baru habis belajar di Poli Shah Alam. Sopan amat jejaka ini. Nampak lapang fikiran & macam aku juga tak dapat tidur sepanjang jalan. Aku tahu namanya Ayang pun setelah berhenti solat Subuh di Mersing. Kami berbual panjang banyak isu; aku perhatikan Mila & Azim lena tidurnya di bangku selang beberapa baris dariku.

5. LEKAS adalah lebuh raya yang banyak kisah misteri ada banyak kemalangan maut di sini termasuk artis tersohor Allahyarham... Achik Spin maut sekitar April tahun 2010. Masa itu LEKAS baru dibuka; aku sempat lihat kawasan tragedi ini; nampak kesan rentong di papan arah lokasi yang dilanggar kenderaan MPVnya. Pernah nyonya terbabas kepalanya tercucuk besi pengadang jalan... meninggal di situ jua. Macam-macam ceritera pelik; rompakan, angin lintang, perbagai kejadian yang sukar diterima akal.

Jangan hairan aku tahu tiap selekoh dan pohon-pohon tepian jalan di LEKAS semua kenal aku sebab dah kira lebuh raya angkatku; memang tiap minggu aku akan ambil Anif melalui lebuh raya ini... sekitar 2:00 pagi aku melintas Ampangan; asrama Anif di Ampangan ini... sian si Anif pasti dia mimpi bersama aku untuk ke Tioman. Yang merancang perjalanan ibunya Mila; memang aku tak tahupun si Anif tidak disinarai oleh ibunya. Huh!; tak apalah Anif jika ayahnya panjang umur akan pasti bawa Anif ke Tioman selepas SPM nanti kita pergi bersama Angah.

Tiong kasih di hatiku sentiasa cantik terhadap anak-anak tak pernah mahu kubedakan kasih sayang terhadap anak-anak.

Ferrari pun pernah terbakar di LEKAS ini


- bersambung

Tiong Kasih Di Sepi Tioman

Ibarat kasih si Tiong Rimba; ianya amat aneh. Apatah lagi sesat di hutan Pulau Tioman yang amat asing. Tanpa embun damai menyusik dinihari. Impian aku pergi bersama dengan sang kekasih nampak semakin memutik. Aku tidak pernah terduga mahu menjejak kaki ke Pulau Tioman sementelah telah tua & tak mampu lagi untuk scuba. Angin basah di Jenaris memaksa aku berpeluh mengemas barangan untuk bermalam di Tioman. Taaiga hari dua malam pakej RM285 seorang. Aku sempat membeli pakaian mandi si sekitar Kajang. Ianya mengambil masa agak lama sebab sukar nak dapatkan pakaian mandi saiz XXL. Ish dah boroi amat aku ni.

2. Jangkaan waktu kami bertolak dari depan Surau Jenaris sekitar 12:30 malam. Dengar khabarnya bas penuh. Tempahan saat akhir buat anakandaku si Anif ditolak lantaran masahan tempahan. Aku tak dapat mengecam kenapa; tetapi mengikut Cikgu Zul Ketua rombongan bagi Persatuan Penduduk Jenaris; tiada lagi tempat untuk tempahan akhir. Terpaksalah aku beralah sebab aku memang teringin nak bawa si Anif pergi bersama. Bercuti bersama keluarga bagiku amat membahagiakan berbanding pergi sendiri atau berpasang sang isteri (mungkinkah). Bilamana ada keluarga yang ditinggalkan pasti hati akan terkenang-kenang. Teringat wajah si Anif di STTJ Seremban.

3. Aziq@Angah tengah sibuk belajar di UTM Skudai maka lagilah payah mencari waktu senggang untuk pergi bercuti bersama dengan seluruh keluarga. Tak apalah jika ada rezeki aku bercadang nak bawa Aziq & Anif sama bercuti ke Tioman satu hari nanti. Jika kesihatanku mengizinkan apalah salahnya untuk pergi bersantai ke mana jua dengan keluarga. Hari seorang penyair sepertiku sukakan ikatan kasih sayang yang mesra. Selagi kasih sayang dapat dipupuk apalah salahnya menjadi keluarga yang bahagia. Dapat menikmati hidup kekeluargaan yang intim saling menghormati kegemaran ahli keluarga dengan penuh kasih sayang.

4. Mila masih bekerja... biarpun malam nanti Jumaat kami akan bertolak. Barangan Mila masih tak berkemas Aku & Azim mengemas keperluan sendiri; biasalah kegemaranku jika ada peluang memancing aku mahu memancing; bukan nak dapat ikan besar nak rasa sentapan akan ikan di Tioman pun sudah cukup. Aku sediakan barangan ringkas memancing di tepi pantai atau jeti. Selebihnya aku suka bergambar & berharap Azim akan ikut jejak ayahnya berjinak dengan kamera. Buat masa ini aku hanya pinjam kamera Afiz. Kamera Digital biasa. Aku suka masak-masak ringkas hatta aku selalu sediakan cerek pemanas. Harapanku percutian ke Pulau Tioman menjanji satu kenangan indah; agar tak banyak cabaran pun keributan yang mengekang impian. Nak kurangkan stres pun lari dari kurungan orang bersara. Tiong kasih ku akan terbang jauh... nun ke sepi Tioman.

- bersambung.
 
Respon menarik:
 
 

27 Februari 2013

Life of Pi MENANG banyak Oskar tapi Argo Menang Filem Terbaik Oskar Ke-85.


Life of Pi menang 4 Anugerah tetapi gagal memenangi Filem Terbaik; Mungkin yang buat filem ini seniman Asia kut pasti ada cacat cela di mata juri. Hatta Hollywood rasa tergugat jika bolot semua anugerah aku tak tenguk filem Argo mungkin MEMANG hebat banding Life of Pi.


Filem Terbaik Oskar Ke-85 "Argo"
LOS ANGELES: Filem Argo berjaya menduduki tempat teratas pada Anugerah Akedemi (Oscar) Ke-85 yang diadakan di sini pada Ahad (waktu tempatan).
Filem ini berjaya merangkul tiga anugerah iaitu dalam kategori Gambar Terbaik, Suntingan Filem Terbaik dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik.
Sementara itu antara pemenang yang unggul dalam kategori masing-masing adalah Jennifer Lawrence (Pelakon Wanita Terbaik), Daniel Day-Lewis (Pelakon Lelaki Terbaik), Anne Hathaway (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik), Christoph Waltz (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dan Ang Lee (Pengarah Terbaik) Life of Pi.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Seth MacFarlane dan disiarkan secara langsung di ABC dari Hollywood Dolby Theatre.

SENARAI PEMENANG
> Filem Terbaik: Argo - Diterbitkan Oleh: Grant Heslov, Ben Affleck dan George Clooney
Lain-lain Pencalonan:
1. Amour – Lakonan : Margaret Menegoz, Stefan Arndt, Veit Heiduschka dan Michael Katz.
2. Beasts of the Southern Wild – Lakonan: Dan Janvey, Josh Penn dan Michael Gottwald.
3. Django Unchained - Stacey Sher, Reginald Hudlin and Pilar Savone
4. Les Miserables – Lakonan: Tim Bevan, Eric Fellner, Debra Hayward dan Cameron Mackintosh,
5. Life of Pi – Lakonan: Gil Netter, Ang Lee dan David Womark
6. Lincoln – Lakonan: Steven Spielberg dan Kathleen Kennedy
7. Silver Linings Playbook – Lakonan: Donna Gigliotti, Bruce Cohen dan Jonathan Gordon.
8. Zero Dark Thirty – Lakonan: Mark Boal, Kathryn Bigelow dan Megan Ellison,
> Pelakon Lelaki Terbaik: Daniel Day-Lewis - (Lincoln)



Lain-lain Pencalonan:
1. Bradley Cooper - (Silver Linings Playbook)
2. Hugh Jackman - (Les Miserables)
Adele memenangi Muzik Asal Terbaik melalui lagu Skyfall.
3. Joaquin Phoenix -(The Master)
4. Denzel Washington - (Flight)

> Pelakon Wanita Terbaik: Jennifer Lawrence - (Silver Linings Playbook)
Lain-lain Pencalonan:
1. Jessica Chastain - (Zero Dark Thirty")
2. Emmanuelle Riva - Amour)
3. Quvenzhane Wallis - Beasts of the Southern Wild)
4. Naomi Watts - (The Impossible)

> Lakon Layar Adaptasi Terbaik: Argo : (Chris Terrio)
Lain-lain Pencalonan:
1. Beasts of the Southern Wild - (Lucy Alibar & Benh Zeitlin)
2. Life of Pi - (David Magee)
3. Lincoln -(Tony Kushner)
4. Silver Linings Playbook - (David O. Russell)

> Lakon Layar Asal Terbaik:Django Unchained - (Quentin Tarantino)
> Skor Muzik Terbaik:: Life of Pi -(Mychael Danna)
> Lagu Asal Terbaik: (Skyfall)
> Suntingan Filem Terbaik: Argo - (William Goldenberg)
> Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Anne Hathaway - (Les Miserables)
> Rekaan Kostum Terbaik: Anna Karenina - (Jacqueline Durran)
> Adunan Bunyi Terbaik: Les Miserables - (Andy Nelson, Mark Paterson dan Simon Hayes)
> Suntingan Bunyi Terbaik: Skyfall - (Per Hallberg and Karen Baker Landers)
> Dokumentari Cereka Terbaik: Searching for Sugar Man - (Malik Bendjelloul dan Simon Chinn)
> Dokumentari Pendek: Inocente - (Sean Fine dan Andrea Nix Fine)
> Filem Pendek Terbaik: Curfew - (Shawn Christensen)
> Filem Bahasa Asing Terbaik: - (Amour Austria)
> Solekan Terbaik: - (Les Miserables)
> Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: - (Christoph Waltz "Django Unchained")
> Sinematografi Terbaik: : Life of Pi (Claudio Miranda)
> Visual Terbaik: Life of Pi (Claudio Miranda)
> Animasi Filem Pendek Terbaik: Paperman - (John Kahrs)
> Filem Animasi Terbaik: Brave (Mark Andrews dan Brenda Chapman)

Baca juga ini:

http://idanradzi.blogspot.com/2013/02/life-of-pi-telah-diramalkan-menang.html