iDAN

29 Mac 2013

Tiong Kasih Di Sepi Tioman

Ibarat kasih si Tiong Rimba; ianya amat aneh. Apatah lagi sesat di hutan Pulau Tioman yang amat asing. Tanpa embun damai menyusik dinihari. Impian aku pergi bersama dengan sang kekasih nampak semakin memutik. Aku tidak pernah terduga mahu menjejak kaki ke Pulau Tioman sementelah telah tua & tak mampu lagi untuk scuba. Angin basah di Jenaris memaksa aku berpeluh mengemas barangan untuk bermalam di Tioman. Taaiga hari dua malam pakej RM285 seorang. Aku sempat membeli pakaian mandi si sekitar Kajang. Ianya mengambil masa agak lama sebab sukar nak dapatkan pakaian mandi saiz XXL. Ish dah boroi amat aku ni.

2. Jangkaan waktu kami bertolak dari depan Surau Jenaris sekitar 12:30 malam. Dengar khabarnya bas penuh. Tempahan saat akhir buat anakandaku si Anif ditolak lantaran masahan tempahan. Aku tak dapat mengecam kenapa; tetapi mengikut Cikgu Zul Ketua rombongan bagi Persatuan Penduduk Jenaris; tiada lagi tempat untuk tempahan akhir. Terpaksalah aku beralah sebab aku memang teringin nak bawa si Anif pergi bersama. Bercuti bersama keluarga bagiku amat membahagiakan berbanding pergi sendiri atau berpasang sang isteri (mungkinkah). Bilamana ada keluarga yang ditinggalkan pasti hati akan terkenang-kenang. Teringat wajah si Anif di STTJ Seremban.

3. Aziq@Angah tengah sibuk belajar di UTM Skudai maka lagilah payah mencari waktu senggang untuk pergi bercuti bersama dengan seluruh keluarga. Tak apalah jika ada rezeki aku bercadang nak bawa Aziq & Anif sama bercuti ke Tioman satu hari nanti. Jika kesihatanku mengizinkan apalah salahnya untuk pergi bersantai ke mana jua dengan keluarga. Hari seorang penyair sepertiku sukakan ikatan kasih sayang yang mesra. Selagi kasih sayang dapat dipupuk apalah salahnya menjadi keluarga yang bahagia. Dapat menikmati hidup kekeluargaan yang intim saling menghormati kegemaran ahli keluarga dengan penuh kasih sayang.

4. Mila masih bekerja... biarpun malam nanti Jumaat kami akan bertolak. Barangan Mila masih tak berkemas Aku & Azim mengemas keperluan sendiri; biasalah kegemaranku jika ada peluang memancing aku mahu memancing; bukan nak dapat ikan besar nak rasa sentapan akan ikan di Tioman pun sudah cukup. Aku sediakan barangan ringkas memancing di tepi pantai atau jeti. Selebihnya aku suka bergambar & berharap Azim akan ikut jejak ayahnya berjinak dengan kamera. Buat masa ini aku hanya pinjam kamera Afiz. Kamera Digital biasa. Aku suka masak-masak ringkas hatta aku selalu sediakan cerek pemanas. Harapanku percutian ke Pulau Tioman menjanji satu kenangan indah; agar tak banyak cabaran pun keributan yang mengekang impian. Nak kurangkan stres pun lari dari kurungan orang bersara. Tiong kasih ku akan terbang jauh... nun ke sepi Tioman.

- bersambung.
 
Respon menarik:
 
 

Tiada ulasan: