iDAN

29 Jun 2009

Nasib Zaiton Sameon (Hiburan)


ZAITON SAMEON


SEJAK dulu, Diva memang kasihan dengan nasib penyanyi Zaiton Sameon. Sejak terlibat dalam kemalangan, kehidupannya terumbang-ambing. Kadang-kadang kalau terserempak penyanyi yang terkenal dengan lagu Menaruh Harapan ini, Diva rasa sayu.

Seingat Diva, kali terakhir Diva bertemu Zaiton ialah sewaktu majlis resepsi Mawi dan Ekin tahun lalu.

Tup-tup baru-baru ini, ada khabar dari Johor yang menyatakan Zaiton kini menetap di Kampung Pandan, Johor Bahru. Pelik. Kerana setahu Diva, Zaiton tinggal di Negeri Sembilan. Macam mana pula boleh menetap di Johor?

Menurut teman Diva, baru-baru ini dia pergi ke majlis perkahwinan temannya di sana. Tiba-tiba dia terpandang kelibat wanita seiras Zaiton. Kemudian tuan punya badan mengesahkan yang dia ialah Zaiton dan menumpang tinggal dengan adik iparnya di situ.

Malah pada majlis perkahwinan itu juga Zaiton beriya-iya nak menyanyi dan meminta bayaran RM50 sahaja.

"Kasihan aku tengok dia. Merayau-rayau seorang diri dan begitu bersungguh nak menyanyi. Tapi khabarnya dia tak jadi nyanyi sebab ada undangan menyanyi di tempat lain," kata teman Diva lagi.


Diva: Harap Zaiton Sameon selamat walau di mana dia berada.

Tiada ulasan: