KULAIJAYA - Dua daripada sekumpulan empat perompak yang memecah masuk rumah penyanyi popular Mawi di Felda Taib Andak di sini kira-kira pukul 4 pagi semalam ditembak mati oleh polis.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Ab. Rahman berkata, kedua-dua mereka terbunuh apabila cuba menyerang polis dengan parang di Ladang Estet Fraser, kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian, pada pukul 12 tengah hari.
Menurut beliau, kedua-duanya dikenali sebagai Marwa, 30, dari Batam dan Roni Paslah, 29, dari Tanjung Pinang manakala dua lagi masih diburu polis.
"Selepas menerima laporan, polis segera melakukan intipan dan kemudian terserempak dengan dua penjenayah terbabit di susur keluar estet tersebut. Mereka yang menaiki sebuah Proton Waja curi berada dalam keadaan mencurigakan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Jalaluddin, kedua-dua suspek kemudian berpatah balik dan cuba melarikan diri. Mereka juga menyerang anggota polis dengan parang.
Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan