25 Julai 2009

Hidung palsu Jacko hilang (Ceritera)




LONDON - Hidung palsu Raja Pop Michael Jackson (gambar) didapati hilang ketika jenazahnya berada di rumah mayat, dakwa seorang saksi.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, bahagian hidung penyanyi lagu Beat It kelihatan berlubang sehingga menampakan tulang rawan.

Bahagian hidung Michael yang meninggal dunia di kediamannya kerana serangan jantung pada 25 Jun lalu rosak teruk kerana pembedahan plastik berulang-ulang kali.

Dakwaan yang diterbitkan majalah Rolling Stone itu turut disokong bekas pekerja Michael, Adrian McManus.

Dakwa McManus, Michael menyimpan beberapa unit hidung palsu serta sering menggunakan plaster untuk menyembunyikan masalah itu.

"Michael menyimpan hidung tersebut dalam sebuah bekas kaca. Hidung itu seperti hidung asli tetapi ia tidak mempunyai lubang," kata McManus.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis Los Angeles mengesahkan pejabat bekas doktor peribadi Michael, Dr. Conrad Murray diserbu bagi mencari bukti pembabitan beliau terhadap kematian artis pujaan ramai itu.

Para detektif diberi waran geledah pejabat oleh seorang hakim tuduhan menyebabkan kematian tampa niat, kata satu sumber polis. - Agensi

Tiada ulasan: