iDAN

09 Ogos 2009

Berikan aku Laluan 8 (Singgahsana)

"Ayah Anif teringin nak makan mee suplah ayah..!" Anif masih tak berapa sihat, batuk-batuk & masih makan ubat antibiotik. Dia megidamlah kot!.

"Moh! ayah pun lapar ni teringin nak makan mee kari mangkuk tanah liat ...(claypot)" Aku terbayang di hadapan Sekolah Agama Sungai Kantan ada jual juadah yang kami idamkan.

Aku menghidupkan kereta perangku. Hampir seminggu aku tidak panaskan enjinnya lantaran Mila dikuarantin Selesema B@bi; aku guna kereta Avanzanya sahaja setiap kali berurusan. Sekali pulas suis kereta perangku terus mengaum enjinnya. Memang hebat Solihin anakda Haji Mela baiki kereta perangku. Jika dahulu, tak payah seminggu sehari dua sudah penyap. Kena guna "kabel pelompat" (cakap Melayu apa iyer jumper... emmm! dalam google ada 538 guna ayat itu) yang memang tersedia di kedua-dua kenderaanku. Bateri kering pun aku telah sediakan sebagai persediaan jika kereta perangku meragam lagi.

(Kena hantar Azim ke Sek Agama kejap... nanti sy sambung lagi ceritera ini)


Gambar ke langit dari Blog Awan...sila klik Blog Awan banyak gambar yang menarik dari sentuhan seninya

"Dah tiga hari dah gerai ni tutup kenapa pulak?" Aku perasan hari Sabtu aku & Azim teringin nak makan di sana terpaksa makan bubur kacang di sebelahnya. Tutup. Ahad biasanya memang tak buka.

"Makan nasi sahajalah ayah!" Anif mengalah, aku masih mahu menunaikan pintaan orang mengidam.

Aku masih ingat ketika sebaya Anif, kalau aku demam masa di kampung pasti teringat Mee Goreng Mamak. Bila lepas ke klinik di Batu Gajah pasti arwah Apak akan bawa aku makan di mana-mana kedai mamak. Mee Goreng kemudian minum air Ais Krim Soda. Arwah Mak pun berpesan jika badan panas minum air itu akan cepat hilang panas badan. Di rumah pula selalunya kalau demam mesti Arwah Mak buatkan Air selasih siap taruh kembang semangkuk.

Aku patah kembali ke Jenaris menuju ke Taman Sungai Kantan Permai, kot ibu dari Endon dah buka gerai Baksonya. Masih tutup. Maka singgah di Restoran Selera SKP. Cuma ada Mee Rebus. "Sabtu Ahad sahaja yang ada Mee atau Meehun Sop" Kata anak dara yang berniaga di Restoran itu. Kasihan Anif. Dia makan nasi & ada sup sayur yang memang telah dimasak untuk juadah tengah hari. Jam baru 11: 00 pagi. Kira sarapanlah.

Anif makan nasi berlauk sambal kerang & Sup Sayur dia ambil dalam 7 biji bebola ikan sepotong tauhu. Aku pula makan mee campur meehon & telur goreng. Minum pula sirap limau & teh O limau panas. Berapa agaknya harga makanan kami ini iyer!.

"Kalau Anif perasan orang cina yang biasa pepagi makan mee atau meehon sup... apa kata sesekali kita makan di restoran mereka?.."

"Hi! tak sanggup Anif!"

"Ngapa pula?... kita buat tak tahu saja... janji tertunai apa yang Anif idamkan!"

"Tak halallah ayah!" Memang pun sejak kecil kita sudah dilatih kenal makanan halal & haram. Bila isu bebola ikan yang katanya ada campuran babi timbul di media; seMalaya kita kecoh. Di Kajang ada kedai Mee Hailam cina yang katanya masih disahkan halal oleh majlis agama. Rasanya di Batu Gajah pekan@bandar terdekat dengan kampungku juga ada kedai sebegini.

Bab haramnya arak yang dibangkitkan oleh parti politik pembangkang sudah jadi mainan isu nasional negara pula. Rasanya isu lesen menjual arak ini sejak berzaman telah dibangkitkan di parlimen kita; masih berdolak-dalik.

Yang aku nampak kita memang kurang berdakwah. Andai kata kita benar-benar hebat, kenalkan Nur Islam seMalaya. Pasti semua rakyat tahu memang arak itu haram & amat bahaya jika minum arak sampai tertonggeng mabuk. Bila sudah mabuk mana ada batas atau agamanya lagi. Tak melarat ke zina atau membunuh pasti kemalangan langgar tiang lampu. Hancur. Aku yakin benar semua ajaran agama melarang pengikutnya mabuk. Mabuk arak memang disebabkan arak. Lainlah ceritanya Mabuk Kepayang, Mabuk Asmara atau Mabuk Tapai di Pesta Hari Gawai. Perbagai musibah boleh berlaku bila sudah mabuk.

Jika telah faham bahaya arak yang Islam haramkan meninumnya pasti semua orang tak kira apa agama pasti meninggalkan arak. Jika bahaya arak itu payah difahami memang sampai turunnya Nabi Isa a.s barulah lesen itu tidak akan dikeluarkan. Sebab kita semua tahu ketika itu; Tidak diragukan bahwa Isa a.s ketika turun dari langit, dia mengikuti syariat Islam, berhukum kepada kitabullah dan sunnah Nabi kita Muhammad saw. Dengan itu Isa a.s memadamkan semua syariat yang dijadikan pegangan oleh manusia kecuali syariat Islam.. Bila semua manusia di muka bumi ini telah menerima Islam. Memang tak munasabahlah negara kita Malaysia masih mengeluarkan lesen arak ketika Nabi Isa mengharamkan. Barulah kita terasa malu... kepada Nabi Isa a.s. : Kepada Tuhan Nan Esa belum tentu kot!. (?)

"Ada tak rasanya supnya Anif?"

"Kurang!"

"Haa aah! Anif, daun supnya ada mungkin rempahnya kot! ... kena suruh ibu kot! guna rempah sup bunjut adabi"

Bila aku bayar untuk sarapan pagi berdua dengan Anif RM9.50. Memang itu harga biasa di sekitar Kajang.

- Sila ke Blog "http://mazidulakmal.blogspot.com" Sdr Mazidul 360, banyak juga aku melahirkan pendapat di sana

"Ayah... Afiz serba salah jika kerja lewat malam!"

"Mengapa pula Afiz?"

"Terpaksa jual arak dengan orang kita Melayu, perempuan dah separuh umur pula tu!"

"Kalau Afiz rasa itu berat di hati, agama kita pun telah mengatakan memang salah@haram kita bersubahat dengan jual beli arak, berhenti sahaja kerja di situ. Habis Afiz nak kerja di mana?... Giant, TESCO, sama sahaja! masih jual arak, babi lagi"

"Susahlah ayah!.."

"Memang susah Afiz kalau kita tegur kenapa orang kita terlibat jual beli benda haram ini, dicop sebagai pembangkang, ramai kawan ayah org Sudan selalu sebut bab ini dengan ayah, tergagap-gagap ayah nak jawab!" Majoriti perkerja di pusat beli belah yang taraf mega ini memang orang kita Melayu ... Islam.

Akhirnya Afiz berhenti kerja di 7eleven kembali ke KFC sebagai kerjayanya semasa dia bercuti dalam pembelajarannya. KFC memang berat amat kerjanya. Namun rasanya tak ada benda haram terjual di KFC tapi siapa pula empunya?. Pening.

Sdr Mazidul 7eleven tempat anak saya berkerja itu memang pengurusnya orang kita. Siap bertudung lagi. Sesekali singgahlah waktu awal pagi. Tenguklah botol minuman keras bersepahan di 7eleven. Saya perasan sebab saya selalu jemput Afiz tu awal-awal pagi."Ayah... Afiz serba salah jika kerja lewat malam!"

"Mengapa pula Afiz?"

"Terpaksa jual arak dengan orang kita Melayu, perempuan dah separuh umur pula tu!"

"Kalau Afiz rasa itu berat di hati, agama kita pun telah mengatakan memang salah@haram kita bersubahat dengan jual beli arak, berhenti sahaja kerja di situ. Habis Afiz nak kerja di mana?... Giant, TESCO, sama sahaja! masih jual arak, babi lagi"

"Susahlah ayah!.."

"Memang susah Afiz kalau kita tegur kenapa orang kita terlibat jual beli benda haram ini, dicop sebagai pembangkang, ramai kawan ayah org Sudan selalu sebut bab ini dengan ayah, tergagap-gagap ayah nak jawab!" Majoriti perkerja di pusat beli belah yang taraf mega ini memang orang kita Melayu ... Islam.

Akhirnya Afiz berhenti kerja di 7eleven kembali ke KFC sebagai kerjayanya semasa dia bercuti dalam pembelajarannya. KFC memang berat amat kerjanya. Namun rasanya tak ada benda haram terjual di KFC tapi siapa pula empunya?. Pening.

Sdr Mazidul 7eleven tempat anak saya berkerja itu memang pengurusnya orang kita. Siap bertudung lagi. Sesekali singgahlah waktu awal pagi. Tenguklah botol minuman keras bersepahan di 7eleven. Saya perasan sebab saya selalu jemput Afiz tu awal-awal pagi.

Kata Mantan PM Dr M

- Melayu kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

Tiada ulasan: