iDAN

08 Ogos 2009

Polis siasat kes pembaca berita (Ceritera)

KUALA LUMPUR: “Kami masih menyiasat insiden terbabit meliputi segenap aspek... tunggu siasatan selesai,” kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, mengulas insiden yang menimpa personaliti dan pembaca berita TV3, Nik Suryani Megat Deraman, 29, di Setapak, kelmarin.

Menurutnya, polis terus menjalankan siasatan sebaik menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Harian Metro semalam melaporkan insiden yang menimpa personaliti terbabit yang dirompak dan cuba diculik seorang penjenayah dalam lif.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi di Kondominium Idaman Sutera, dekat sini, mangsa dalam perjalanan untuk membuat liputan sebelum diekori suspek hingga ke dalam lif sebelum meragut beg komputer riba dibawa mangsa.

Mangsa kemudian mendapat idea dan menjerit ‘api! api!’ sebelum suspek yang panik melarikan diri bersama beg yang dirampas.

Pengawal keselamatan kondominium itu dimaklumkan mangsa berhubung insiden berkenaan dan berdasarkan pemeriksaan, seorang daripada mereka sempat melihat kelakuan individu yang mencurigakan.

Beg komputer riba mangsa ditemui dalam unit kosong kondominium sama dan sebaik diperiksa, didapati telefon bimbitnya yang bernilai RM2,000 lesap.

Harian Metro

Tiada ulasan: