iDAN

12 September 2009

Bina replika dengan pencungkil gigi (Delima Merkah)


MUNRO berdiri bersama replika yang dibina
dengan pencungkil gigi seperti Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur dan Taiwan 101.


NEW YORK - Seorang lelaki Amerika Syarikat, Stan Munro, 38, menghabiskan masa selama enam tahun untuk membina beberapa replika mercu tanda dunia dengan menggunakan lebih enam juta pencungkil gigi, lapor sebuah akhbar semalam.

Bekas pengacara televisyen itu kini sibuk menyiapkan beberapa lagi replika bangunan terkenal untuk pameran Toothpick City II - Temples and Towers di Muzium Sains dan Teknologi di Syarcuse di sini yang akan bermula pada Disember ini.

Ia akan mempamerkan lebih 40 buah mercu tanda dunia seperti menara jam Big Ben, London, kuil Angkor Wat, Kemboja; panggung Opera House, Sydney, Taj Mahal, India dan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur serta Taiwan 101. - Agensi

Tiada ulasan: