iDAN

02 September 2009

Kepala Lembu Dipijak, Quran Dibakar (Ceritera)

iDAN said... Ada ketika mereka berfikir ke arah lain seandainya kita mungkin tak jemu runding berunding. Bukan menyolok sarang tebuan tetapi bak melastik sarang tebuan dengan kerang... agar kerang busuk & berpindahlah sang tebuan. Cumanya kita sering lupa tebuan ini boleh menyerang kita mati tekad mati perjuangan darurat hati darurat hasrat. (Seperkara lagi Abuyon kita pun tidak pasti kenapa permit itu diberikan. Katanya di sana tak sesuai didirikan kuil, penduduk sana bukan menghalang tetapi sekadar mahukan permindahan... Penguasa pula bagai endah tak endah... bila apa jua dibiar menjalar memang terbiasa menjadi liar!) Penduduk bawa kepala tuhan itu Pastinya sudah terlampau marah sampai hilang pertimbangan... biarkan! bak kata Pyanhabib ada ketikanya kita memang diajar agar kurang ajar untuk mengajar!. Musibahnya memang tersurat di mana-mana. Maka itu kita lihat adengan pelik-pelik seperti bakar bendera siap injak-injak lagi.. apa salah bendera itu? Pejuang berani mati, yang mati adalah kanak-kanak tak berdosa, perempuan tak bersenjata. Jika kita ke sekitar masjid lama Serdang ketika senja... Azan bergema & loceng kuil kling-klang bergemerencing sahut bersahut. Masjid kita lusuh terpencil dua kuil mereka gah tersergam semakin membesar jaraknya sepelaung sahaja. Siapa dapat menyekat ini. Itu yang terjadi di Batu Cave tenguk patung yang tercegat itu memang aku tak percaya bumi asalnya Tanah Melayu. Bagaikan Parameswara kembali ke agama lalu. abuyon said... Salam sahabatku Idan, Mari kita tanya apa yang berlaku, apa yang nampak hari ini, adalah keputusan dan tangan orang dulu-dulu Dulu-dulu, siapa punya angkara Tanah Melayu jadi begitu Apakah masjid lusuh di tengah dua kuil itu baru atau dulu-dulu Apakah patung di Batu Caves baru atau dulu-dulu Orang kalau berkuasa, perangainya begini, ia ibarat - bila di orang, salah bila di kita, tak apa Negara kita, negara merdeka rakyatnya bebas beragama tapi kita masih tidak menerima hakikatnya Barangkali benar, ia satu cara mungkin dengan itu, baru suara didengar oleh pekak penguasa Tetapi jika pijak kepala yang berlandaskan agama, itu bermain api namanya Dalam negara merdeka penuh warna bangsanya, jangan sesiapa bermain api agama, takut disimbah minyak, membakar seluruh negara Apakah tidak ada cara, kepala lembu juga yang diarak, padahal lembu itu ibadah kita juga Besar atau kecil atau di mana rumah ibadah mereka atau kita terletak pada bijak pengurusan orang kita juga Tetapi kalau menyalahi syarak meski betul pada adat, kita tentang kita lawan

by Farhan Shah petikan diambil dari Malaysiakini.com Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara. Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh. pig head in UMSebelum itu, Mohd Azlan dan seorang lagi rakannya - Ahmad Shahir Md Shah - bertugas mengawal poster dan kain rentang kumpulan tersebut di sekitar kawasan berkenaan. Ketika itu, katanya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam surau berkenaan tetapi tidak menyedari kepala babi tersebut diletakkan di situ. Sebaik sahaja ternampak kepala babi yang diletak di atas bendera parti PAS, Mohd Azlan terus menghubungi pihak keselamatan Universiti Malaya dan pihak polis Brickfields untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut. Bagaimanapun, ketika ditemui wartawan, Mohd Azlan berkata beliau tidak percayai perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa di situ. Sebaliknya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak lain yang mahu mengganggu-gugat dan mahu memecahkan perpaduan mahasiswa. universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 09Mohd Azlan berkata, pensyarah undang-undang Akademi Pengajian Islam, UM, Dr Ruzman Mohd Noor datang pada kira-kira jam 6 pagi. "Dr Ruzman juga mengesyaki ada orang tertentu yang melakukan perbuatan tersebut," katanya. Sebelum ini, mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS. Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut. Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872. Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut. Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing. Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ. Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut. Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit. Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini. Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari. "Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.
iDAN said...

"Laporan yang diterima, terdapat ramai dikalangan mereka yang menyertai demonstrasi tersebut bukanlah penduduk seksyen 23. Persoalannya mengapa mereka juga turut serta?" Rasanya ada mainan dari Pembawa Minyak yang mahukan api memarak di Selangor... (Mungkin) Saya tetap mengatakan... bila apa jua dibiar menjalar memang terbiasa menjadi liar! Siapa yang memberi permit kuil itu didirikan di kawasan yang penduduknya majoriti Melayu itu yang lebih dulu perlu dihakimi...

Melalui YouTube jelas apa yang PR nyatakan untuk memindahkan ia dari jarak yang berdekatan dengan perumahan ke lokasi yang lebih jauh; di kawasan industri. Maknanya niatnya baik. Tetapi telah dipolitikkan masalah yang berlanjutan lebih dari 20 tahun ini. Mungkinkah PR tidak perasan lokasi sekarang biar jauh dari kawasan perumahan tetapi dekat pula dengan kelompok kaum Melayu. Ini yang kita tak pasti. Yang pasti kuil ini masih tidak dipindahkan.

Masalah kuil satu hal, begaimana masalah lain bila berjiran dengan kaum india atau kaum lain di negara kita.

Saya sendiri tinggal di rumah teres yang mana kelompok kaum India kebanyakannya bela anjing. Anak saya pernah digigitnya ketika melintasi rumah jiran waktu mahu ke kedai. Empunya anjing nampak kejadian tersebut tetapi tidak pun datang memohon maaf, anjingnya memang liar tidak diikat; Terbaik memang saya elok buat laporan Polis... sejarah dulu mengajar saya; tahu saya buat. Saya bawa batu besar berdiri depan pagar rumah India tersebut mahu membaling anjing itu sampai mampus!!!. Selepas itu saya tak nampak anjing tersebut.

Itu masalah membela anjing di bandar. Untuk pengetahuan saudara, adik saya (satu ayah lain emak) keluar otaknya mati katak lantaran dibunuh samseng india. Saya yakin adik saya memang bukan cari pasal dengan samseng tersebut... Sampai sekarang Polis tak dapat menyelesaikan kes tersebut.

Itu pula masalah samseng kaum india. Apa kurangnya masalah kongsi gelap kaum Cina. Orang kita pula masalah penagih dadahnya. Sama kesnya rumah milik isteri saya disewa oleh kaum india, saya buat aduan polis lantaran lebih dari 10 bulan dia tak bayar sewa. Sewanya sekitar RM600 sebulan. Terpaksa jual rumah tersebut lantaran tak mampu lagi bayar ansuran di bank ketika itu melonjak naik lebih dari RM1,000. Proses jual beli 5 bulan, bayangkan kami kerugian puluhan RM lantaran si india ini. Akhirnya pembeli rumah, Cikgu kaum Cina bawa samseng, bawa parang, pedang segala baru si india ini mahu pindah. Semasa dia tinggalkan rumah tersebut... hancur!, sampah sarap, rumah sudah tak jadi rumah, hutang bil air, elekrik bertunggak... huh! memang gerladangan. "Kalau kerugian encik tak sampai RM10,000 kami memang payah mahu masuk campur.." Saya ingat kata-kata kopral di Puchong itu. Tapi ada rakan India saya peluk Islam nikah dengan gadis kita orang Kelantan. Memang baik orangnya. Dia amat rapat dengan saya.

Kaum Melayu, Cina & india memang ada masalah masing-masing. Payah kita mahu menuding jari ini silap siapa. Maka itu terkadang memang kita payah mahu meladeni sesuatu kejadian... sekadar membiarkan ketentuan Ilahi... dia pasti menghukumnya. Tangan ghaib-Nya lebih tahu. September 2, 2009 11:39 PM

Khalid cabar pihak lain cari tapak kuil

SHAH ALAM 2 Sept. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mencabar mana-mana pihak supaya mencari tapak yang sesuai untuk mendirikan kuil selain lokasi yang telah ditetapkan di Seksyen 23 di sini.

Katanya, kerajaan sedia mempertimbangkan jika ada tanah lain yang sesuai untuk mendirikan kuil itu bagi menggantikan kuil di Seksyen 19 di sini yang terpaksa dipindahkan.

"Kita sedia timbangkan cadangan lain jika ada, tak kisahlah di Kuala Lumpur sekali pun.Tapi buat masa ini cadangan kita ialah di Seksyen 23," katanya di sini petang ini.

Menurutnya, bagi menyelesaikan isu pembinaan kuil tu, kerajaan negeri akan mengadakan sesi dialog dengan pelbagai pihak termasuk penduduk untuk menjelaskan keputusan memindahkan kuil itu dan kawasan itu dipilih sebagai lokasinya.

Tambah beliau, risalah juga akan diedar bagi menerangkan sejarah isu itu yang timbul sejak berpuluh-puluh tahun lalu kepada menteri-menteri berminat dengan kontroversi tersebut termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Utusan Malaysia

iDAN: Sebahagian gambar kepala lembu & juga kepala babi telah pun saya buang untuk menjaga sensitiviti sesama kaum di Tanah Melayu.

3 ulasan:

abuyon berkata...

salam Idan,

Dah tengok belum, video tentang
kecoh di Majlis Dialog
dengan MB, soal-soal
kuil dan kepala
lembu

check it out,
http://abuuwais507.blogspot.com

iDAN berkata...

Sahabatku Abuyon

Baca berita sahaja
tak tenguk lagi...

Tengah klik URL
yang diberikan...

iDAN berkata...

Setelah tenguk video tersebut, saya berpendapat:

1. Cadangan atau kelulusan mendirikan kuil di kawasan yang mana majoriti penduduknya Melayu memang boleh dipertikaikan. Memang silap & menimbulkan isu sensitif & boleh membawa isu perkauman.

2. Tindakan berarak membawa Kepala Lembu tentunya ibarat mahu memarakkan api permusuhan antara kaum. Amat bahaya.

3. Biadap & sukar berbincang akan tambah merumitkan keadaan. Penat.

4. Maka itu saya meletakkan situasi sekarang ini 50%.. 50% Cumanya dalam hati saya tertanya-tanya kenapa boleh terfikir untuk mendirikan kuil di kawasan yang sensitif ini.

5. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata-kata buruk padahnya. Dalam isu ini jika BN bersikap tenang mereka pasti di pihak benar. PR apa jua keadaan menjadi tanda tanya?. Kena pandai menjernihkan kekeruhan ini.

6. Melatah atau berlaku kurang ajar ada ketikanya memang boleh cepat menyedarkan seseorang atau menbangunkan keadaan... tetapi seyogia kurang ajar tak kena tempatnya ada ketikanya aib pasti menimpa ke diri kita.

KURANG AJAR
Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.

Usman Awang

Antara Hang Tuah & Hang Jebat siapa agaknya Idola anda?.