iDAN
30 September 2009
Purata 18 maut nahas setiap hari (Delima Merkah)
KUALA LUMPUR: Kadar kecederaan akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu menurun sebanyak 40 peratus berbanding tahun sebelumnya, namun angka itu masih belum mencapai tanda aras antarabangsa yang dicatat di negara maju lain.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata sebanyak 32,294 kes kemalangan jalan raya dilaporkan pada tahun lalu.
“Walaupun ia menurun sebanyak 40 peratus berbanding tahun sebelumnya, ia masih belum mencapai standard tanda aras antarabangsa.
“Daripada 6,527 kemalangan maut di jalan raya negara ini, 18 kematian berlaku dalam masa sehari,” katanya selepas melancarkan Program Penilaian Jalan Raya Antarabangsa (iRAP) di sini, semalam.
Katanya, penunggang motosikal masih lagi mendahului pengguna jalan raya lain yang paling terdedah kepada kemalangan jalan raya iaitu sebanyak 60 peratus, manakala 20 peratus membabitkan pemandu kereta dan pejalan kaki pula sebanyak 10 peratus.
Berdasarkan kemalangan jalan raya yang dilaporkan sepanjang tahun lalu pula, 30 pengguna jalan raya cedera setiap hari dan ia membabitkan kecederaan kekal seperti lumpuh.
Difahamkan, sebanyak tiga peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia musnah akibat pelanggaran jalan raya dan Malaysia satu daeripada penyumbang perkara terbabit.
“Dalam 10 tahun kos sosial pelanggaran jalan raya membabitkan kerugian RM9 bilion dan ia merugikan negara-negara maju,” katanya, tanpa mendedahkan tahap standard yang perlu dicapai negara ini.
Sementara itu, Malaysian muncul negara pertama di Asia dipilih menjalani tinjauan oleh iRAP iaitu sistem tinjauan bertujuan memperbaiki keselamatan prasarana jalan raya di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Harian Metro
iDAN: Aku pernah terlibat dengan kajian kemalangan jalan raya semasa aku berkerja di tempat kerja lamaku. Selain kelalaian pengguna tidak dinafikan perabut jalan raya juga menjadi punca kemalangan jalan raya.
Maka itu jurutera jalan raya sentiasa berkerja keras membuat kajian demi kajian agar kemalangan maut tidak terus kerap berlaku.
Seharusnya ada maklumat & ruang yang membolehkan pengguna jalan raya dapat segera berhubung dengan pihak berwajib agar masalah perabut jalan raya ini dapat diperbetulkan dengan kadar segera. Sering kita temui jalan raya yang sama berlaku kemalangan demi kemalangan tetapi tiada perubahan kepada perabut jalan raya atau rekabentuk selekoh yang bahaya itu dibaiki. Ini tak ubah sebagai perangkap maut bagi pengguna yang sering melalui jalan tersebut.
Aku pernah menulis puisi yang berkait dengan kemalangan maut di jalan raya kita. Telah dihantar ke media massa tetapi tidak tersiar. Begini bait-bait puisiku itu.
JUJURAN KUBUR
Saban hari berlumba dengan waktu
menuju arah menggapai rezeki berliku
makin silau deru punyai mercu penentu
merentas hari ini, esok atau lusa yang nyilu.
Dari muka pintu telah berakar pecut
menjajar puncak ajal selekoh bertaut maut
hingga ke lebuh raya bertunjang walang
jujuran kubur yang panjang merentang.
Operasi sikap tidak dapat memerangkap
masih bermaharajalela mencerap silap
kelalaian manusia adalah kerugian nyata
jutaan denda bukan penghalang petaka.
Batu nisan pecah bertaburan di ujung lahat
tidak bernama ihsan tidak berwajah mayat
jerat nahas tanpa talian kasih memintas
roda impian terhenti di persimpangan cemas.
- Jangan jadikan diri korban di jalan raya!.
iDANRADZi
Jenaris Kajang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
salam..
indah sungguh patahmu,
bermain aksara mayat dan mati,
apakan dayaku dan dayamu,
hanya mampu menangisi,
teruskan berpuisi,
lenteramu kan ku cari,
walau malam mendakap diri..
selamat hari raye ;)
wasslam..
salam singgah. saye jadi follower awak ye. bye
sehingga bila...bila22
Entahlah Sdr Zeq...
Kitakah yang dikatakan lalai, tak selalu; Jika pengguna motosikal kerap kena gesel kerap diredah kenderaan lain tak sengaja!.
Sdr Cahaya Malam
Saya telah pun menjejaki blog Sdr
amat rajin & teratur isiannya
Terima Ksih lantaran sudi mengintai saya di sini
Agar kita terusan dikenalkan
Taman Tasik Selatan itu dulu adalah Kampung Konggo. Saya rajin berbasikal di sana. Berekreasi persekitaran sana. Emmm! sekarang sudah jadi bandar!.
selamat hari raya!
selamat hari raya!
Ia selalu benar berlaku tanpa diduga pada sesiapa jua.. walau kita cukup berhati-hati..
Minta-mintalah dilindungi dan dijauhi perkara sebegini..
Catat Ulasan