Kita dikejutkan lagi dengan bencana gempa bumi di Indon.
Mungkin ramai masih belum hilang lemas diperkotak-katikkan media massa & pemblog dari Indon. Tetiba berlaku pula bencana alam ini. Ratapan Minang. Di mana kotaraya Padang hampir lumpuh Infrastruktur bandarayanya lantaran gempa bumi 7.9 skala Richter ini pada jam 5:16 petang kelmarin (waktu Indonesia).
Di blog Sdr Mazidul ramai pemblog yang bersikap "rasakan!" ekoran terbuku hati akan tindakan segelintir pemblog & penunjuk perasaan warga Indon yang anti Malaysia. Golongan ini memanggil negara kita Malingsial. Maling bermaksud pencuri, penyamun atau lanun. Sial pula bermaksud gerladangan, celaka emmm! kita ini memang warga tak beruntung. Pastinya semuanya marah. Siap dibakar bendera kita, siap pegang buluh runcing lagi, ajak kita berperang. Malahan kononnya ramai telah menjadi sukarewan perang dengan warga kita.
Bagi pelayar dunia maya yang mahu membongkar isu ini boleh klik ke blog Indon yang suka menyakat kita ini. Malahan di YouTube pun bersepah mereka mengaibkan kita; memang hati ini mendidih. Aku dulunya rajin juga klik isu ini. Musibahnya naik tekanan darah tinggiku. Huh! cari penyakit.
Isu Tarian Pendet, Manohara, Amabalat & deraan pembantu rumah, Sipadan-ligitan, batik & banyak lagi dikait-kaitkan menjadikan ianya provokasi untuk memburukkan nama baik negara kita. Bagi mereka yang kerap membuka blog yang dajal ini memang akan rasa panas hati itu tidak berkesudahan. Maka tidak hairan mengucapkan "rasakan", padan muka... lantaran asyik menghina negara orang. Top-Top Tuhan turunkan bala.
Emmm! wajarkah kita bersifat atau menjadi bacul begitu dalam mana jiran kita ditimpa musibah?.
Isunya sampai bila kita mahu bermusuhan dengan negara jiran. Masalah dengan Singapura pun masih berparut. Apakah kita mahu menambah luka di dada. Waduh! ini benar-benar belapetaka.
iDAN berkata...
Kata-kata Sdr Warfeel & AM itu benar belaka;
Bak kita punyai anak nakal terkadang sampaikan kita payah mengawal perasaan; hilang sabar maka memang kena penanganlah anak kita. Kalau perempuan@ibu suka mencubit, ada juga kalangan ibu yang mendera anaknya. (Kes terpencil)
Selepas kita pukul anak kita, tenguk dia menangis nampak pula berbiras kesan pukulan rotan kita itu; top-top kita rasa sedih & sesal.
Begitulah juga perhubungan kita dengan jiran & taulan. Sering kita berselisih faham kadang-kadang timbul perasaan teramat payahnya menerima hakikat mereka aniaya kita.
Isunya sampai bila kita mahu berhadapan dengan mereka sebegini; terusan kita teraniaya. Kita dijadikan batu locatan mereka.
Tetapi di dalam agama kita. Tidak pernah mengajar kita menjadi manusia bacul, Islam mendidik kita agar sentiasa Amal Makruf Nahi Mungkar.
Kita boleh menghukum jika jelas punyai bukti, darah dibalas darah. Tetapi nilai kemanusiaan kita akan melonjak tinggi jika kita menjadi manusia pemaaf.
Maafkanlah jika mereka cuma memegang buluh runcing, belum sampai terjah kita. Hati kita sahaja yang rabak.
Berniat jahat masih tak tertulis dosanya, kecuali sudah buat kelakuan itu. Bakar-bakar bendera ini bagi saya macam bebudak, anak-anak nakal kita. Bendera itu memanglah perlambangan. Martabat negara. Jangan ikut sangat hati geram kita itu. Pening nanti.
Kalau bakar Al-Quran, perlekehkan Nabi & agama Islam kita Memang itu tiada maaf bagimu. Sungguh itu namanya tak reti berbudi pekerti mulia.
Isu yang agak panas, tak dapat dinafikan kita adalah negara yang dihina oleh segelintir warga Indon. Mereka menggelar negara kita ini Malingsial. Maling itu maksudnya pencuri. Sial itu samalah gerladangan.
Memang hati kita rabak. Siap dibakar lagi bendera kita. Siap pegang lagi buluh runcing mahu berperang dengan kita.
Memang ini satu tindakan yang amat korup & bagaikan tidak bertamadun. Media Massa mereka amat mengembur-gembarkan isu ini. Dari tarian Pendet, kes mengaibkan Sultan Kelantan Lantaran menantunya Si Monohara Odelio Pinot lari istana,
Sdr Mazidul,
Saudara mara kita dedulu ramai di seberang. Sebut Padang pasti semua ingat Hamka. Arwah Apak memang ada darah orang Minang. Katanya orang Minang ramai di Padang. Dakwaan Sdr Daydeck86 mungkin benar.
Tak rugi jika kita mendekati musuh kita. Apatah lagi mereka dalam keadaan bencana.
Perlu diingat, jika memang gegaran gempa itu sampai ke kita, apakah kita rasa selamat dari bencana gempa bumi ini. Seantero dunia tahu kita pun punyai warga yang egois seperti warga Indon sana. Masa kita ditimpa bencana nanti bagaimana?.
7 ulasan:
penduduk indon mmg camtu. dorg datang kat negare ni pun dah cukup baik. org dah bagi keje pun dah ok tapi biase la sifat manusia. nak jugak memberontak.
Sdr Bullet! Tanpa mereka pembangunan kita mungkin terganggu juga. Orang kita memang tak suka kerja kontrak, bina bangunan, atau buruh di ladang.
Nisbah PATI yang gerladangan mungkin tak seramai mana. Kita kena buat kajian kenapa mereka ini terkadang jadi maling di negara kita.
Sebaiknya biarlah kita ini akrab & saling menghormati kedaulatan negara masing-masing.
Tak ada baiknya peperangan sesama kita kecuali jihad dalam menegak syiar Islam.
Terima Kasih lantaran sudi mengintai saya di blog ini.
bila ingat apa yang mereka buat pada kita, memang hati jadi panas.
bila kembali kepada apa yang disarankan agama, heti jadi sejuk sket.
tapi agak2nya mereka berfikir camtu tak?
adakah lepas ditimpa bencana alam seperti itu, mereka muhasabah balik apa yang berlaku??
harap2 kita tak seperti itu.
maaf tu memang boleh maaf, tapi kena denda sikit bagi yang celupar hheee..lain kali jangan celupar lagi..
Ada ketikanya dalam hidup ini bilamana kita terluka jangan diturutkan hati itu sangat. Biarkan saja. Nak buat apa kita makan hati.
Ada masalah akan selesai dengan sendiri.
Cikgu... ada manusia Allah SWT telah ketepikan, pertunjuk itu sesungguhnya adalah anugerah.
Bencana itu sebenarnya adalah bala bagi mereka yang berfikir ada fenomena biasa bagi mereka yg sifar permikirannya.
bagaimana menangani masalah anjing yang suka makan tahi... bunyi bidalan ini agak kocor tetapi di kalangan manusia ada yang bersikap begini...
Sdr Zed, rasanya kita manusia sekadar mendenda semampunya; yang lebih adil & sepadan adalah pembalasan Allah Nan Esa.
Tak perlulah kita risaukan sangat. Semua kita memang impikan kedamaian.
.antara yang bukan secara kebetulan..
negara sering gempa bumi, gunung berapi,, syihir jaluran gempa..
semuanya ketentuan Illahi..
tetapi adakah tiada DOA yang boleh merubah alam sekitar..
minoriti warga sana??
nampaknya sang pokok dan binatang pun turut GELI dan benci perbuatan insan di sana..
..di tambah dengan Insan Minoriti yang bersuara kepada pemerintah tetapi tidak didengar.. Agaknya
..Malaysia ,, Pemerintah masih mendengar nasihat Ulamak..
selagi kawin campur tidak di tegah dengan hati jari tangan dan kuasa.
pokok2 dan binatang akan berdoa..
dan tidak suk bersekongkol melindungi sihir dan lain.
moga ajaran itu tidak menular ke Malaysia.
agaknya bila menular??..pembalasan akan tetap sama dirasai di sini..
Catat Ulasan