iDAN

31 Oktober 2009

HUTAN WARISAN

(Itulah sebaiknya kita kembali kepada Dia)
Jika akar iman kita semakin kaku
sering diasak gangguan bisa dunia
sering kering jampi serapah harapan
daun kasih kita bagaikan garing
gugur pada daki riba tanah alpa
bunga rindu tidak lagi seharum dulu
malahan diri ini bagaikan dicabut
dipindahkan ke belantaran sepi
tekad & khudrat kenalah dikuatkan.

Ada ketika sengketa itu mengajak kita
agar segera memikirkan soal berhijrah
bukan kita memutuskan ukhuwah
bukan kita mencari musuh dalam berdakwah
seyogia ada antara kita sememangnya
menjadi gunting dalam lipatan
menjadi musuh dalam selimut
di depan kita terikat segala perjanjian
sebaliknya sewenang-wenangnya
al-Quran dihumban al-Sunnah diabai
tindak-tanduk semakin menghimpit & menjerat
apakah masih mahu sembah beradat.

Hutan warisan ini semakin gondol
hutan batu ini pula semakin panas & gugur
top-top kita juga akan digegar gempa & murka Ilahi
sementelah jika kita tidak saling memahami.

iDANRADZi
Jenaris Kajang
October 31, 2009 7:56 mlm

8 ulasan:

yangmanis berkata...

kalau dunia ni penuh kasih sayang, tak adalah perang.

kesian pada bumi, asyik mengamuk aje. puas diturunkan bala, taufan, tsunami, kebakaran dan macam-macam lagi. tapi kita ni tak insaf juga.

apa nak jadi ya dunia masa depan nanti? eii takut..

Cetusan berkata...

sejukk..mate.ijau

iDAN berkata...

YangManis

Insan di dunia ini yang mencorak dunia, seharusnya tiada perbalahan yang sampai membuatkan bumi ini murka.

Perang serta saling tamakkan kuasa antara membuatkan sempadan hidup ini amat getir & berdarah.

Keduniaan yang mengetepikan cinta & kasih sayang membuatkan hidup kita terus sepi.

Malahan manusia terkadang sanggup menggadaikan hutan simpan lantaran mengejar harta dunia.

iDAN berkata...

Sdr Zeq

hijau ini sering dibiru & merahkan!.

Tanpa Nama berkata...

Adakah bumi tidak lagi mahu bersahabat dgn kita atau kita yg rakus mencabul persahabatan ini.

YB

Penabahari berkata...

Saya masih tetapmengharapkan timbulkesedaran di hati mereka agar kembali menjadi insan yang setia padsa bangsa dan agama.

iDAN berkata...

Sahabatku YB

Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali...

Kita kian melampau buat baik pada bumi amat berkira buat jahat di muka bumi ini berkali-kali!.

Mana mungkin bumi ini tak meraban.

Orang kata tauke balak pun bankrap jika saban hari kita korek hasilnya.

iDAN berkata...

Sdr PenaBahari,

Terima Kasih sudi mengintai saya di sini.

Saya amat takut kita jadi bangsa yang Bankrap jika saban hari kita biarkan bangsa kita menggadai maruah & bumi sendiri.