iDAN

08 Oktober 2009

Tanah Rizab Melayu 2 (Singahsana)

Tanpa Nama berkata...

Allah jadikan tanah untuk manfaat makhluknya. Kita sbg khalifah perlu mengurus tadbir untuk kesejahteraan manusia semuanya di muka bumi ini. Bukannya mengkuruskan tanah itu. Kerajaan berhak merampas tanah rakyat? Kerajaan yg macamana. Tak pasti. Yg pastinya bukanlah spt kerajaan yg ada ini. Mungkin spt Kerajaan Kelantan, Allah shj yg mengetahui. YB

8:50 PM

Blogger Shaharuddin Othman. berkata...

MELAYU MUDAH LUPE...

6:21 PM

Merampas itu bunyinya amat khilaf & tidak bertamadun. Itu yang terjadi di Australia & Afrika di mana rakyat asal atau penduduk pribumi yang bermastautin di sana menjadi amat daif hidup mereka lantaran pendatang yang menakluk & berkuasa di bumi yang asalnya rakyatnya hidup miskin melarat terus ditindas. Kaum Melayu di Malaysia perlu ingat, dengan dasar demokrasi yang ada belum tentu politik di Malaysia ini akan terjamin orang Melayu yang memegangnya. Kekinian orang Melayu yang memegang politik negara memandai meminta akta tanah yang satu ketika nanti akta ini menikam kita dari belakang. Dengan pindaan akta tanah yang ada, generasi akan datang belum tentunya bumi ini milik kita orang Melayu biarpun nama asal negara kita ini Tanah Melayu. Orang Melayu akan tinggal bagai merempat di panggung bangsawan atau di puncak bangunan 100san tingkat bagai di Singapura. Tiada hak memijak bumi sendiri. Lebih malang jika kita leka malah saling bergerladangan sesama kita; Top-top akan dihalau dari bumi sendiri. Bangsa asing yang asalnya berhijrah di bumi ini bukan mustahil akan menjadi ketua negara & memegang pucuk pimpinan politik kita. Orang Melayu hanya akan punyai Agung atau Kesultanan yang saban hari akan dikikis kedaulatannya. YB pernah dengar tentang dua taraf Pegangan Tanah jika membeli rumah. Satunya Pegangan Bebas satu lagi Hak Milik Kekal. Bagi yang cintakan bumi sendiri akta tanah seharusnya jangan dipolitikkan. Tidak dapat dinafikan bumi ini milik Ilahi, maka itu jika kita amati pendatang yang berkunjung ke Tanah Melayu sebenarnya punyai bumi & tanah yang jauh lebih luas berbanding kita orang Melayu. Sebut sahaja cina atau india, sila rujuk keluasan tanah negara asal mereka. (Jangan jadikan ini isu perkauman tetapi ini fakta nyata) Politik mereka yang tidak stabil membuatkan negara mereka tidak semaju kita. Maka itu mereka merantau ke Tanah Melayu. Apabila 1Malaysia dilaksanakan belum tentu kaum lain akan terus duduk diam bilamana hak keistimewaan orang Melayu mahu terus dikekalkan. Sebelum ini pun kaum PR ini sering mencabar Kesultanan kita; Hak Keistimewaan Melayu pun sering diungkit-ungkit. Tanah Rizab Melayu seharusnya dipelihara sebagai menjamin hak penduduk pribumi terjaga. YB jangan kaitkan Kerajaan Kelantan dalam isu ini. Sebut sahaja Kelantan ramai akan mentertawakan sebab kegagalan Kerajaan Kelantan membangunkan negerinya. Jika YB melihat geran yang dirampas kerajaan negeri kini, masih ada disimpanan aku, ianya adalah dibangunkan oleh nenek moyang kita sejak tahun 1920an lagi. Sebahagiannya bukan tanah terbiar tetapi penuh dengan hasil bumi, dusun durian, pokok bunga cengkih, pokok asam gelugur, binjai, lada hitam, pokok pala & rempah ratus yang lain. Mukim Teja (Sempena nama Tun Teja) kini banyak telah bukan lagi milik kita orang Melayu. Cukai bagi Tanah Rizab Melayu ini hanya sekitar RM10 seekar, jika tidak dijelaskan selama 10 tahun mungkin sekitar RM200 sahaja, itu kalau dendanya sekali ganda. Apakah dengan kadar sebegini kerajaan berhak merampas tanah tersebut. Perlu diingat masa mendatang kerajaan itu tidak semestinya orang kita Melayu jika kita sesama kita saling menuding jari sesama sebangsa. Mana mungkin pembangunan tidak melibatkan Tanah Rizab Melayu. Langkah terbaik kerajaan yang ada cuma berhak memajak Tanah Rizab Melayu untuk pembangunan agarnya ianya kekal milik kita orang Melayu. Kerajaan negeri perlulah meminta akta tanah ini agar jangan sampai Tanah Rizab Melayu terlepas ke tangan orang asing, Pemastautin Tetap (PR) atau golongan korporat. Jadikan ia bagaikan Tanah Adat di Negeri Sembilan. Apa yang berlaku sebelum ini, kerajaan merampas Tanah Rizab Melayu ini mengikut harga semasa bertaraf Tanah Pertanian kemudian menaikkan taraf tersebut ke taraf perindustrian atau pembangunan yang mengakibatkan Lintah Darat atau Syarikat Korporat mengaut keuntungan berkali-kali ganda. Dengan konsep Pajakan tuan tanah yang rata-rata orang kita Melayu yang tidak lagi diperlekehkan .. Melayu Mudah Lupa & seumpamanya tidak diperbodohkan. Mereka yang mencipta ayat ini sebenar adala golongan PR yang tiada darah KeMelayuan & asyik memperlekehkan kaum Melayu. Golongan ini jika tidak dari golongan mamak, mungkin juga darah kacukan yang sanggup meludah ke langit. Tidak sedar mereka merugikan bangsa sendiri. (Sila baca buku 13 Mei: Sebelum dan Selepas, 1969 terbitan Kumpulan Utusan, apakah buku ini masih diharamkan, tak pasti, aku sendiri tak punyai salinannya di sana tercatat siapa yang suka merampas Tanah Rizab Melayu ini) Pajak 99 tahun juga tidak rasional lagi. Lantaran umur manusia semakin pendek. Mungkin sekadar 66 tahun pajakan itu sudah memadai. Tuan Tanah Rizab Melayu berhak meminda perjanjian setelah 66 tahun. Jika kita menjadi nenek moyang kita, bersusah payah meneroka tanah aku pasti kita tidak akan bersetongkol dengan golongan yang menjual tanah & bumi ini sendiri. Allah jua amat membenci golongan hambanya menganiaya sesama hamba yang naif & lemah ini. Kita rakyat marhaen yang berhak meminta akta tanah di bumi sendiri sebenarnya. Sebut bumi ini umi kita, rumah ini milik nenek moyang kita. Bukan golongan pemerintah yang bagaikan Sultan Mahmud (memerintah 1488-1528) yang gilakan Puteri Gunung Ledang. Rakyat dikerah bernyamuk di hutan, emas & perak dirampas untuk membuat jambatan.. * 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang. (Cukai berganda) * 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang. (Perak berkecamuk politiknya) * 7 dulang hati nyamuk. (Denggi melata) * 7 dulang hati kuman. (Selesema Babi membunuh rakyat... AIDS) * 7 tempayan air mata anak dara. (Minah kilang kerja siang malam sampai mengalir airmata) * 7 tempayan air pinang muda. (Mabuk, kilang arak bagai tempayan di tepi jalan) * 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi. (Anak bangsa sendiri dipaksa meminjam untuk menuntut ilmu sedangkan banyak negara maju pembelajaran adalah percuma) Aku bukan sekadar berceritera dongeng tetapi kepada sesiapa yang tanahnya pernah dirampas kerajaan tanpa mengikut saluran yang betul atau pembelaan saksama sememangnya amat membenci akan akta tanah ini. Amat malang jika kita yang namanya bangsa Melayu jati, bukan, bugis, jawa, mamak, siam dll menghina bangsa sendiri.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Status Tanah Rizab Melayu (TRM)pada pandangan kita menjamin jumlah milik punya tanah org melayu. Murninya perjuangan melayu dulu.
Sekarang ini tidak dapat disangkal banyaknya TRM tergadai. Angkara siapa dan mengapa. Tidak mustahil papan tanda masih ada menunjukkan status TRM tetapi dah dimiliki org lain.
Adalah juga dipercayai TMR yg gagal dijual, dipajakkan kpd org lain demi mengejar kekayaan segera. Perjanjian melalui peguam membenarkan bangsa lain menyedut kekayaan drpdnya. Beginilah gagalnya hasrat pemimpin melayu dulu.
Besarnya dosa kita kpd generasi melayu mendatang.

YB

nmz berkata...

cuba memahami lagi entry ini. tak tahu cerita tanah rizab begini rupanya..hmm

Cetusan berkata...

kalau boleh janganla ALIBABA kan nama..

Raziff Lokman... berkata...

...bukan saja tanah, malah segala2nya dalam kegagalan...kita lihat isu perniagaan, contohnya, spare parts kenderaan...tak pernah saya jumpa kedai melayu jual spare parts kereta/motor...bila tanya kenapa tak buka kedai tersebut, "Susah, cina kontrol!"..aih? cina kontrol?...bukan ke yang bagi lesen untuk impot tu orang melayu? kenapa bukan melayu yang kontrol dan jadi ekslusif agent untuk semua barangan yang masuk ke tanah melayu ni?

apa nak jadi?....

yangmanis berkata...

Untungnya kita orang melayu ni, kerna banyak akta memihak, memberi keutamaan pada kita dari segenap perkara..harta tanah, education, bumiputera tender, amanah saham etc etc..

Jika difikir sedalamnya, itu agaknya punca orang melayu leka. Leka kerana merasa tanah melayu dan segala isinya masih milik kita. Walhal bangsa lain berlumba-lumba menimba ilmu menambah harta.

Tanah pusaka orang melayu banyak dijual, kononnya tiada penjaga. Pergilah ke negeri mana sekalipun. Boleh dilihat kilang-kilang, rumah kedai dsb didirikan di antara rumah-rumah melayu yang masih ada.

Haruskah dipertahankan tanah kita? atau biar tanah diguna untuk pembangunan negara?
Kita boleh memilih..tepuk dada tanya selera. Insafkah kita?

iDAN berkata...

Sdr YB

Masalah TRM tergadai apatah lagi dirampas sebenarnya boleh diperbetulkan jika pemimpin kita jujur dalam menangani masalah ini. Kerajaan kita perlu telus dalam menangani masalah ini.

Pertukar nombor geran & status tanah tanpa berbincang dengan pemilik tanah yang dilakukan di sebahagian negeri contohnya di Mukim Teja di mana banyak TRM beralih tangan bangsa asing rasanya perlulah dibetulkan.

Jika ada mainan politik sekali pun, TRM ini jatuh ke tangan Melayu lain tidaklah kita kesal sangat, apa kata TRM ini jatuh ke bukan Melayu. Itu isunya yang saya bangkitkan.

Pewaris yang terdekat putih mata melihat tanah pusaka diterokai bangsa asing. Ianya berlaku hanyalah kerana tidak membayar cukai tanah yang tak sebanyak mana!.

Saya pernah cuba membongkar masalah ini. Mahu berjumpa Pegawai Daerah pun teramat payah. Orang kecil seperti ini hanya layak jumpa Peon atau paling tinggi Ketua Kerani di Pejabat Tanah Kampar itu.

Tanpa duit jangan harap kita mahu membongkar, biar pun sekadar mahu tahu status sebenar kenapa tanah pusaka ini jatuh ke tangan orang lain.

Alhamdulillah melalui laman sesawang & e-mel saya dapat menyelesaikan sebahagian dari tanah pusaka yang telah ghaib itu.

Banyak lagi Tanah Pajakan Kerajaan Negeri yang boleh bangsa lain majukan. Kenapa mahu diganggugugat tanah TRM yang diteroka nenek moyang kita dahulukala.

iDAN berkata...

Sdr Munee

Berpesan-pesanlah dengan rakan & taulan, jangan sampai abaikan pembayaran cukai tanah untuk TRM ini.

Kerajaan negeri di sebahagian negeri dalam negara kita boleh perlakukan apa sahaja jika kita abaikan cukai TRM ini. Takutnya ianya akan hilang hak milik.

Apatah lagi nanti kuasa politik orang Melayu telah tiada lagi. Tenguk apa jadi dengan Singapura & terkini Pulau Pinang (kepulauan yang terasing itu), Pulau Ketam, Pulau Pangkor & banyak lagi pulau yang tidak lagi majoriti orang Melayu punyai hak di bumi sendiri.

Begitu juga di bandar besar; kita perhatikan bangunan mencakar langit di sana. Menara Petronas itu sendiri, sebahagian tanahnya disewa dari milik bangsa asing.

Tak pasti maklumat saya ini tepat atau salah. Sila betulkan jika ada pemblog lain yang lebih arif tentang hak milik ini.

iDAN berkata...

Sdr Zeq

Kita tak berduit jika ada peluang memang akan memilih jalan Alibaba.

Jika mahu menjadi Alibaba biarlah yang pintar. Kenakanlah kadar pajakan yang munasabah. Janji jangan gadaikan TRM ini sampai pewaris jadi papa kedana di bumi sendiri.

iDAN berkata...

Sdr Raziff

Rasanya masalah utamanya modal, kerajaan kita begitu jujur ingin membantu orang kita Melayu tetapi mana perginya bantuan itu pun ... memang amat meragukan.

Seperti kes saya baru-baru; hantar borang ke RISDA di Simpang Pulai, boleh dikatakan borangnya hilang. Salinan borang semua ada di tangan saya & orang tengah.

Memang benar Sdr Raziff nyatakan nak cari spare part kereta pun mana ada milik orang kita. Kalau ada pun mesti harganya mahal berbanding kedai milik kaum cina. Begitu juga kedai tayar.

Memang ekonomi kita dipegang oleh kaum cina.

Apa yang dapat kita bongkar kita amat kurang berkesatuan. Kaum cina & mamak punyai kesatuan perniagaan yang kukuh.

Kaum kita kena mengikis sikap dengki & iri hati. Kenapa asyik tabur tanah kubur di kawasan niaga orang.

Kita masih belum terlambat jika terusan sedia membantu kaum kita. Kuasa beli di tangan kita. Tapi kena bermula dari peringkat pembekal atasan lagi. Kerajaan kena pintar mengagihkan lesen pembekal atau pemborong.

Seperti lesen pemborong gula dari luar negara (import), dengar khabarnya bukan bangsa kita yang memilikinya. Ini kena dibetulkan.

iDAN berkata...

Sdr YangManis

Minat kerjaya kita kena ditukar. Jangan terlalu ramai orang kita asyik suka makan gaji. Orang kita kena rajin berniaga. Bukan niaga jualan langsung. Berniaga cara orang cina atau kaum mamak india yang kaya raya di bumi kita.

Pembelajaran atau pendidikan sesebuah negara adalah tanggung jawab kerajaan. Jangan diniagakan. Jika diniagakan tunggulah nanti akan protes rakyat & kebangkrupan sesebuah negara itu. Ini telah nampak masalah PTPTN. Jutaan RM hutang tidak berbayar.

Jika kita ke banyak negara maju pendidikan di sana percuma untuk rakyatnya. Kerajaan boleh mengenakan caj yang munasabah tapi janganlah sampai diperniagakan.

Bilamana kita hidup sentiasa dikepung oleh hutang, amankah jiwa kita. PTPTN itu tak sebanyak mana hutang atau bantuannya, itu pun kita tak mampu bayar. Jika kos pendidikan mendatang akan berlipat kali gandanya. Bagaimana?.

Orang kita ramai berhijrah ke kota lantaran pembangunan di kampung agak sifar. Satu lagi orang kita terlalu mengejar kemewahan; salah satu asyik impikan kenderaan yang melampau mahal di negara kita. Mana ada kenderaan yang bertambah nilainya. Susut harga membuatkan kita rugi dalam pembelian kenderaan ini.

Masalah ini boleh dikurangkan jika kerajaan segera membaiki sistem pengangkutan awam. Kita juga kenalah pandai-pandai pakai baju yang diukurkan dengan badan sendiri.

Jiwa pedagang dengan pemastautin tetap memang berbeda. Kaum cina & india terasa tergugat dengan status diri mereka di sini. Maka itu mereka berusaha lebih berbanding kita. Kaum cina boleh berniaga kedai runcit sebelah menyebelah kaum kita kenapa tak boleh.

Saya menghormati sikap peniaga di pasar Kelantan, majoriti orang kita. Kita boleh berniaga sebenarnya. Cumanya kena ada kesedaran diri mahu membangunkan bangsa kita dari kelompok pemimpin hingga rakyat marhaen.