terutama kaum cina yang punyai kuasa beli yang tinggi
mereka mahu tanah lalu ada yang sanggup kawin dengan
kaum Orang Asli
iDAN:
Aku sendiri tak pernah baca artikel ini tetapi apa yang aku suarakan mirip apa yang kerajaan negeri Wilayah Persekutuan laksanakan. Ianya aku harap akta bagi seluruh negeri lain.
Jelas dalam pindaan Enakmen Rizab Melayu (ERM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ianya hanya pajakan selama 60 tahun. Apa yang aku bayangkan sekadar 66 tahun, hampir menyamai ERM ini.
Seharusnya beginilah cara kita menjaga bumi yang kita pijak agar tidak jatuh ke tangan bangsa asing. Apa yang terjadi di Perak di Mukim Teja, atas akta pintaan tanah yang kurang jelas, yang mana satu mereka guna pakai. Semua isu bermain dengan duit, nak buka geran, atau mahu tahu status tanah jika dulu sekadar RM20, terkini telah naik RM40. Itu baru mahu tahu status tanah, atau buka geran.
Tanah pusakaku milik Arwah Apak jatuh ke tangan Pemastautin Tetap (PR) dari Indon.
(Perempuan Namanya Hamidah, yang bernikah dengan kaum cina Islam; Saudara baru atas nama sahaja. Apek ini cakap Melayu pun tak fasih, masih sentiasa memakai seluar pendek, berkebun dengan anjing-anjing tak nampak pun datang masjid di kampung ketika Jumaat; orang Melayu kita pun ada jenis begini. Jadi payah kita mempertikaikan keIslaman apek ini; Isterinya Hamidah yang masih cakap loghat Indon ini yang seharusnya memimpin suaminya; isterinya yang lebih tahu.)
Dari anggapan aku, kes ini sama dengan kes ramai kaum cina kahwin campur dengan Orang Asli semata-mata mahu meneroka tanah di hutan sana.
Isu yang timbul kenapa Tanah Rizab Melayu (TRM) ini boleh jatuh ke tangan PR. Sedangkan perawis terdekat masih ada. Tak tahulah di sebalik kes ini, ada kalangan pewaris kami yang menjual tanah ini. Aku pernah bercerita dengan apek ini, katanya geran di tangannya tidak sama lagi dengan geran yang aku tunjukkan. Maknanya ini mainan orang Pejabat Tanah yang mungkin telah meminda taraf tanah atau status geran tanpa berbincang dengan waris atau pemilik tanah.
Bagi aku jika mahu dijual pun, ERM kena jelas Melayu yang bagaimana?. PR ini apakah juga digolongkan@ diTakrifkan sebagai orang Melayu. Jika siapa yang pernah ambil kuasa tanah pusaka, TRM ini memang tidak boleh dipotong nama asalnya. Ambil kuasa atau pewaris hanya boleh meletakkan nama di dalam geran sahaja. Mengikut turutan.
Pencerobohan TRM ini terlalu kerap berlaku atas mainan politik atau orang berduit. Ramai yang mempersalahkan orang dalam Pejabat Tanah. Isu ini seharusnya dibongkar & diperjelaskan. Apakah munasabah pemilik asal atau pewaris terdekat tak dapat apa-apa hak apatah hasil dari tanah pusaka yang sayangi sejak berkurun lagi. iDAN
Saturday, 09 February 2008 08:15am | |
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran) Katanya, sebelum ini, tanah rizab Melayu terhalang daripada diurusniagakan kerana masalah pindah milik, pajakan, gadaian dan cagaran atau lien kepada bukan Melayu. Badan Peguam Malaysia. |
4 ulasan:
kongsi IDEA dan IQ dari pelbagai bangsa..positif generasi
kalau kongsikan Kejahatan pun OK juga..
merompak ganas, berbaloi..kezaliman..hhee
Bagi saya tidak salah kita menghormati bangsa lain, selagi mereka tidak menggugat bangsa kita pun agama kita.
Islam tidak pernah mahu berperang dengan bangsa atau agama lagi selagi kita tidak dizalimi.
Bilamana hak, martabat & milik kita dipersoalkan sampai kita kini jadi bangsa kelas kedua seharusnya kita membetulkannya.
Mungkin Sdr Zeq menyuruh kita berfikir apakah kita juga mahu berkongsi dengan kejahatan, merompak ganas, kezaliman! dalam mengujudkan suasana 1Malaysia. Kita kena fikirkan bersama.
Masalah moral yang Sdr Zeq bangkitkan ini rasanya saban hari terbit di akhbar arus perdana kita.
Tahniah untuk BN yang menag di Bagan Pinang.
wahhhh entry yg sangat bgus.. nice info.. idea yg disampaikan bukan auta.. saya penah dgr pasal ni.. mmg org2 bukan islam hanya berkahwin dgn org islam atas sebab2 kepentingan.. sebagai contoh pemilikan tanah tersebut.. bagi memiliki tanah tersebut maka adalah anasir2 yg akan mempergunakan agama sebagai alasan.. selain itu faktor kahwin sebegini juga adalah kerana kuota2 yang diberikan khas kepada org islam khususnya melayu.. harus ada enakmen menyatakan bahwa cina (islam) + asli (islam) merujuk sebagai apa? if melayu mmg senanglah dapat keistimewaan tersebut..
Sdr Fhad;
Kaum asing kahwin dengan Orang Asli & tinggal disekitar hutan kita tak pasti apakah status kewarganegaraan mereka!.
Kita juga perlu membongkar berapa ramai pasangan Melayu Islam (Wanita) kahwin dengan bangsa lain yang tinggal di luar negara tanpa jelas keIslaman mereka lagi.
Saya pernah ketemu pasangan begini di Jepun, di mana suaminya orang Jepun tidak Islam lagi lantaran kembali ke kehidupan asalnya; makan babi, minum arak hinggakan isterinya orang kita amat stres.
Bukan sedikit gadis kita mengikut kekasihnya orang asing hingga tidak lagi kembali ke tanah air.
Catat Ulasan