iDAN

18 November 2009

Cerai Melalui E-mel (Hiburan)

Farah ditipu kekasih?



BARU-BARU ini, seorang teman Marilyn menerima kiriman e-mel daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah isteri kepada lelaki yang dikatakan kekasih kepada penyanyi Farah Asyikin.

Kandungan e-mel itu memang jelas menzahirkan perasaan tidak puas hati wanita yang hanya ingin dikenali sebagai N itu.

Teman Marilyn pernah berbicara dengan N di telefon apabila N sendiri menghubungi pejabat Kosmo!. Ketika itu dia turut meluahkan rasa kecewanya apabila dituduh suaminya sendiri sebagai dalang sebalik penyebaran e-mel kepada pihak media untuk memburuk-burukkan nama Farah.

Dalam e-mel yang dikirim N kepada teman Marilyn juga, dia menjelaskan kemungkinan besar Farah telah ditipu oleh teman lelaki sendiri yang berbohong kerana terperangkap dalam satu situasi yang sukar.

Menurut N, dia dan M bukan bercerai pada tahun lepas ataupun pada bulan Jun seperti yang didakwa M dan Farah. Sebaliknya, N diceraikan dengan talak satu pada 3 Oktober hanya melalui e-mel yang dikirim oleh M.

"Sehingga hari ini saya masih tidak menerima sebarang surat cerai daripada M. Kalau anda semua kata saya tipu, sila rujuk kepada Mahkamah Syariah Singapura.

"Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Mungkin M mempunyai alasan tersendiri atas tindakannya dan Farah pula tertekan kerana mempunyai hubungan dengan M.

"Saya faham Farah bukan janda terdesak kerana dia masih muda, cantik, berbakat, terkenal, berkedudukan dan terpelajar. Saya berharap agar semuanya akan berakhir dan tiada apa lagi yang dipertikaikan selepas ini.

"Saya dan anak menumpang gembira seandainya Farah dan M bertemu kebahagiaan dalam diri masing-masing," ujarnya.

Ermm.. Marilyn pun kadang-kala pening memikirkan masalah orang lain. Jalan mudah, Marilyn tidak mengadili siapa yang benar atau salah dalam hal ini. Semoga tiada apa yang dibangkitkan lagi selepas ini kerana sudah berlaku adil dengan menyiarkan luahan hati tiga pihak terbabit.

Marilyn: Semakin yakin hendak buka pusat kaunseling khas untuk orang putus cinta dan bercerai.

Kosmo!

iDAN: Aku pun tak pasti kenapa terkadang kita silap menggunakan kecanggihan teknologi yang ada. Ada e-mel, kenapa tak bersemuka dahulu. Rasanya berpisah secara jauh begini takutnya ada penghasut yang menyusuk masuk ke hati itu. Sang syaitan sememangnya amat suka melihat kita ini porak-peranda.

Ada SMS kita sering ganggu hati & perasaan orang. Sang suami gatal tangan menghantar SMS cintan yang boleh menggugah rumah tangga. Isteri sekarang pun semakin berani, ada yang katanya pergi kerja tetapi menyimpang ke tempat lain. Ada yang berani ketemu dengan rakan cit cat yang dikenali melalui dunia maya. Apak perbuat begini dapat dimaafkan. Fitnah akan mudah merobohkan rumah tangga.

Memang kecantikan, keremajaan itu boleh menambat hati, tetapi semua itu pinjaman semata. Bilamana setua aku ini barulah sesal tak sudah durhaka kepada isteri & anak sendiri. Jika boleh berlaku adil tak apa. Tetapi berapa ramai kalangan suami yang menceraikan isteri dari dari tanggung jawab menjaga nafkah anak-anak. Sudahlah bekas isteri terpaksa cari nafkah sendiri; lainlah bekas isteri itu cantik bagai ratu, idola & boleh cari pengganti Datuk, Tan Sri atau kerabat di Raja.

Isteri pun satu mentang-mentang diri itu cantik lagi menggoda, ada suami yang terdera lantaran isteri yang mengejar kekayaan & kemewahan. Bila bercerai tahu-tahu ada kekasih yang menanti jauh lebih berstatus dari suami. Aku nak tenguk isteri begini, apakah untung nasib menyebelahi sikap mengajar hartanya ini.

Apa kesudahan si Farah Asyikin ini iyer?.

4 ulasan:

me, myself and I berkata...

Salam ziarah. Sebab itu asas ilmu agama itu penting. Cerai sepatutnya dilafazkan dengan kehadiran 2 saksi. Bila nafsu mengatasi iman begini lah jadinya. Isteri orang, suami orang akan curang kepada pasangan masing2 kerana tuntutan nafsu.

iDAN berkata...

Sdr Shina;

Terima kasih sudi kasi respon;

Putus dalam bercinta senang mencari ubatnya tetapi gagal dalam rumah tangga kesannya amat parah apatah jika telah ada cahayamata; arwah Abg saya hingga pertimbangan; menyalahkan takdir Allah SWT lantaran tidak dapat menerima hakikat isterinya yang dicintainya sejak sek rendah tetiba boleh berlaku curang!.

Majlis Agama mengatakan dia murtad & terpaksa memeluk agama Islam lantaran dendam dia terhadap perempuan terlalu kronik. Saya ketika itu tersepit antara masalah dia & bekas kakak ipar yang memilih haluan salah kerja di PUB bila berpisah dengan arwah Abang saya itu.

Huh! penat nak ingat semua itu.

Unknown berkata...

biasalah..selalunya yang ditipu tu selalunya juga kuat menipu...
kan ke Allah tu adil, yang kuat menipu kuat pula kena tipu..
kata omputih fair n square.. hehehehe

iDAN berkata...

Sdr Halim,

Kita pun tak tahu apakah si Farah ini memang kena tipu oleh M suami si N ini. Jika benar kata N, talak pasti telah gugur biar pun melalui e-mel.

N seperti masih amat menyayangi M pun mendoakan Farah & M bahagia.

Cerita sebenar M yang tahu sebab dia yang nahkhoda dalam semua drama ini.

Sdr Halim... Terima Kasihlah sudi klik blog saya ini agar kita terusan dikenalkan.