iDAN
19 November 2009
Tertipu oleh Cinema Online Malaysia (Singgahsana)
Tertipu lagi!, entah kali ke berapa aku asyik tertipu dengan situs ini
http://www.cinema.com.my Inilah kerja orang kita, bila aku tanya pada mamat di kaunter jual tiket itu..
"Iyer ke?... betul ke?..." his! rasa nak ketuk sahaja kepala siMamat ini sudahlah cakapnya brutal, mungkin kut!, aku ini nampak macam orang tua brutalkah, aku memang suka pakai topi yang kusam koyak-koyak sikit & pakai kacamata bingkai lama. Tapi tak rasa pun aku ini muda, rasa tua sangat biar pun ramai amat makwe di SUNWAY PYRAMID, Petaling Jaya ini senyum-senyum! macam nak ngorat aku sahaja. Perasan!.
"Emmm! Makwe ini syok kat aku ke atau pelik tenguk aku, memang wajah aku mirip artis Rosyam Nor! Kalau aku hantar gambar masa muda ramai perasan aku ini ada kena mengena dengan si Rosyam itu, masa tahun 80an pula kata aku ini Meor Hashim Manaf; dia memang ada pertalian darah. Cuma Meor tu yang tak kenal saudaranya!"
"Takkan tak ada satu pun filem Hindustan!.. dalam wed di internet ada tak kurang dua buah filem, cerita india pun tak satu pun ke!.. aduh!" Tenguk cerita india kadang-kadang okey! juga.
"Tak ada bang!"
"Nipu betul lah internet itu, esok filem Hindustan tak ada juga ke dik?..."
"Kejap!" dia klik-klik komputernya " Pun tak adalah abg!." Isk ZEE di Astro pun kaki penipu juga, iklannya esok ada ceritera Kurbaan. Lagu Syukran Allah (sila klik jika anda 18 tahun) sedap dalam filem Kurbaan ini, tetapi ada percangahan budaya Islam dalam lagu ini, tak pasti babak ini lepas ke tidak di pawagam. (Hari ini cuba anda telefon nombor 74922929; mesin yang jawab! mana ada filem Hindustan, malam tadi pun aku cuba nak tempah tiket filem Kubaan ini. Memang tidak ada tayangannya hari ini tapi dalam http://www.cinema.com.my ada tertera filem ini ditayangkan hari ini di pawagam Sunway Pyramid. Pembohong!.)
Dalam situs http://www.tgv.com.my mengatakan esok baru ada filem Kurbaan ini. Memang mengelirukan.
Pernah aku tenguk iklan di http://www.cinema.com.my (CoCM) yang pawagam di Bandar Baru Bangi, Warta telah dibuka semula. Siap ada tersiar filem-filem yang sedang ditayangkan. Aku memang suka menonton di Bangi ini, pawagamnya selesa, parkirnya percuma, tak sesak. Pernah aku sekeluarga & sepasang pasangan sahaja tenguk wayang di sini. Tahu-tahu sampai di pawagam gelap sahaja. Poster masih ada. Tutup rupanya. Aku yakin ianya dibuka semula sebab si Penyair Sejati memang tinggal di Bangi siap SMS lagi sebab dia tahu aku rajin nonton di situ.
"Abg iDAN panggung wayang di Warta buka semula" (Pasar Raya Warta telah diambil alih oleh Bintang) Penipu CoCM ini.
Terpaksalah aku berkejar ke Alamanda Putrajaya, anak-anak siap pakai baju sejuk lagi. Takkan nak kecewakan harapan mereka. Di Alamanda pula kalau hari minggu tiket cepat habis, terpaksalah cari filem yang bukan tujuan utama kami menonton. Anak-anak sesuai menonton ketika malam minggu & cuti sekolah sahaja. Masa itulah semua pawagam sesak.
Berbalik ke CoCM ini pernah terjadi, jadual tayangan pula tak betul. Pergi ke pawagam tenguk-tenguk cuma siang sahaja ditayangkan, dalam situsnya tertera memang ada tayangan malam. Pernah pula tulis tayangan filem itu untuk umum, bila nak menonton minta tiket untuk kanak-kanak, mamat itu kata filem ini untuk dewasa sahajalah pula. Silap maklumat lagi. Semua itu memang buat kita naik angin sahaja dengan CoCM ini. Kita sudah dari rumah merancang nak tenguk filem yang memang menawrik, telah diklik banyak lama sesawang@situs di internet tenguk berapa bindang ianya dinilaikan. Kalau takat bawah 5/10 bintang baik tak payah menontonnya. Tak semua filem ini sama penilaiannya di dalam & luar negara. Kalau setakat filem bajet rendah baik beli di pasar malam DVDnya, mahu menonton sekarang bukannya murah tiketnya.
Klik sini jika mahu mendapat penilaian yang lebih terbuka, bagi semua filem. Inggeris atau Hindustan.
http://www.imdb.com
Maka langkah terbaik kena telefon dulu ke pawagam tersebut. Empunya situs CoCM memang malas & tak boleh digunapakai sangat. Inilah masalahnya orang kita. Suka bikin kacau orang & buang masa orang. Kena telefon dulu agar tidak sampai naik angin, tidak kecewa. Jenaris ke Sunway Pyramid bukannya dekat, tol sahaja dekat RM10. Belum masanya, sesak jalan di Puchongnya, asyik sesat pula di perjalanan & dalam bangunannya. Adoi! penat.
Di Lembah Kelang tak banyak pawagam menayangkan filem Hindustan maka itu terpaksa berkejar jauh. Peminat filem Hindustan nampaknya makin berkurangan. Ada filem Siam ditayangkan tapi sering untuk 18 tahunlah pula. Bukan senang nak menonton wayang pilihan hati sendiri rupanya. Minggu lalu aku menonton 2012 terpaksa tempah tiket sehari sebelum. Penuh belaka pawagam di Pawagam Cheras Selatan. Pawagam Cheras Selatan dengan Jenaris sekitar 15 minit perjalanan. Ianya pilihan utama untuk aku menonton bersama anak-anak.
Akhirnya aku terpaksa menonton filem animasi A Christmas Carol (U) tenguk dalam situs CoCM tertera umum (U) bila ke pawagam tulis 13 tahun. Mana satu yang betul ni?.
Afiz yang sejak kebelakang ini sukalah pula nak menonton filem Hindustan di rumah tak pernah pun aku lihat dia layan ZEE, aku pula asyik bertembung dengan Sekar yang Mila tak mahu terlepas menontonnya. Geramlah tenguk Sekar ini nangis tak habis-habis asyik kena dera; Si Karina yang lawa pula ketawakan dia, Si Karina ini suka dera orang tetapi asyik terlepas dari hukuman. Penulis skrip Drama Indon ini memang jumud & sifar manusiawinya. Kalau aku jadi Sekar sudah lama aku tarik-tarik rambut si Karina itu!, biar sampai merah padam mukanya yang putih melepak itu.
Situs Filem Melayu http://www.filemkita.com
*** Jika anda pencinta sastera si Klik sini Kelop@k.. situs sastera milik iDAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
18 ulasan:
sampai hati insan itu menipu yer, tak elok tau.
Sdrku Zeq; kalau difikir-fikirkan menipu di pawagam itu memang adat pun!. Tempat itu pun namanya pusat hiburan! nak buat macam mana kan?.
Memang buang masa betul!.
Zeq!...
Sudah klik lagu Syukran Allah itu... tak faham apa pun lagu itu tapi iramanya memang mengasyikkan..
Macam mana pandangan Zeq?.
Perasan tak kerja penapis filem kita, lagu tu memuji Allah SWT babaknya pula menyongsang ... macam mana tu Zeq, itu yang saya nak tenguk apakah lagu ini masih ditayang di panggung. Atau dipotong babak ini. Tak pasti.
Filem ini mungkin untuk 18 tahun!.
babak mereka memang menyonsang...tapi xtau la....dah memang citer hindustan macam tuh kebanyakannya...agama pun macam campur2 gitu...
Saya memang sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat filem Hindustan. Endingnya... sebelum hero dan heroin nangis.... sy dah meleleh airmata dulu.
Apa nak buat... sy sbnrnya seorg yg tak mudah menangis kalau takat kena marah, kena buli ni (sebab memang kaki lawan balik) tapi tang hindustan ni... alahai.. jiwa sy jadi terlalu sensitif pulak.
Sdr DaudMili
Memang betul antara sebab filem hindustan jatuh sebab babak ranjang & adengan yang tak seharusnya diskripkan begitu.
Bila bab agama pun mereka ambil mudah akan mestinya menjadi isu; Ahli Lembaga Penapis Filem kena buat kerjalah. Benda songsang begini kena disekat. Kalau nak luluskan filem 18 tahun pun kenalah berpada & ada moralnya.
Ini pendapat peribadi saya. Hakikatnya filem memang begitulah terkadang memang tiada moral ceriteranya langsung!.
Sdr Diana;
Tak sangkalah pula, Adik saya seorang ini suka filem hindustan, Kak Mila tu ikut angin, tapi selalunya pasti bertindih dengan drama Indon Sekar tu! Masa itulah klimak ceritera hindustan di ZEE. memang rasa ralat sangat.
Nak puaskan hati pergi nonton di panggung Selalunya kat Sunway Pryramid saja yang ada filem hindustan. KL tu tak tergamak nak pergi sesak sangat.
Saya masih meletakkan PARDES filem terbaik.
dh lama x menjengah ke panggung wayang semenjak wife mengandung & bersalin. kdg² terasa jgk, ajak wife tgk wayang, tp anak kecik lg bru nk setahun. di buatnya meragam kt dalam tu. nmpk gaya...kena tngu lg la 2-3 tahun bru bole masuk wayang lak. itu pn kalu ade rezeki baru sangkut....harapan tngl harapan la nk dating ngn wife kt wayang cam dulu².
idan,
belum klik, line teruk, bila klik jer putus, bila putus je nak klik.
Sdrku Eelobor,
Orang rumah saya si Mila ni tak suka ke panggung wayang; saya terkilan juga sebab saya suka juga menonton ini.
Selalunya saya menonton dengan anak-anak. Jika bawa baby memang tak sesuai & kena pula suara speaker tu melalak menangislah baby kita tu nanti. Ganggu oranglah pula.
Nampaknya trend di kota sekarang makin ramai orang kita rajin menonton di hujung minggu. Tenguk ceritalah, kalau memang cerita tu bagus tiketnya memang kena tempah awal.
2012 saya tempah sehari sebelumnya itu dapat tiket sisa sahaja; duduk bangku untuk couple sudut belakang sekali; sudah tinggal itu sahaja. Mahallah sikit. Satu bangku duduk berdua RM24. Seoramg RM12. Ada pawagam mahal dari itu.
Selalunya kami lima beranak pergi menonton congaklah... banyak juga tu bajetnya. Belum Pop Corn lagi.
Kut! sebulan sekali menonton bolehlah. tak mampulah selalu menonton. Pesara kerajaan banyak manalah sangat duit pencen tu!.
Sdr Zeq, saya guna Streamyx Combo yang RM60, nampaknya bolehlah tahan lajunya biarpun paling murah paling lembab kelajuannya. Bulan depan dapat tawaran murah yang RM99 itu TMnet kasi RM65 kira okeylah kut!.
Sekarang pun tak ada masalah dengan Blogspot cuma sebahagian laman sesawang sahaja yang agak perlahan aksesnya. Itu pun bergantung dengan PC & Windows. Buat masa ini saya guna antivirus BDC untuk buang birus.
Saya cadangkan Sdr Zeq guna WindowsXP pack 2, ianya ringan banding Vista. Windows 7 tak pasti lagi.
Elok guna Windows XP & rajin guna Ccleaner; rajinlah buang cache. Jika guna IE maksimunkan Temporary Internet Files Folder. Ianya terletak dalam Tool, Internet Option, General, Setting... tolak sampai habis!.
Tapi rajin clearkan kelodak@cache tadi dengan Ccleaner.
Ccleaner boleh dimuat turun di www.ccleaner.com
Percuma sahaja.'
Trojan juga sering membuatkan komputer kita jadi lembab. Saya syorkan guna antivirus BDC.
Selamat mencuba; sebab pc saya ini punyalah laih tapi okey!lah dapat akses banyak situs yang memang berat datanya!.
Idan,
terima kasih info..
Broadband..lain sikit hujan slow hee (faktor kerja banyak tempat)
dulu masa combi bercenta dgn huby..kawan dia cakap huby ni nmpk macho giler tp bila tonton pelem hindustan nangis jugak hehe.. :p
betul sampai skrg pun..kalau huby dgn anak dara combi tonton pelem hindustan dorang sama2 bole nangis meleleh air hidung hahaha.. :D
combi tahu huby seorg yg nmpk kasar pada luaran tp dalaman sgt sensitif dan very loving.anak dara combi pun..ermmm mcm 'jantan' lagaknyer tapi perasa orgnyer :(
combi hindustan kureng sket :)
kepuasan PA sistemnya ..bila dalam Pawagam
Sdr Zeq;
Kes Zeq ini ada kena mengena dengan iklan potong-potong tu.., tak mahu pakai kabel lagi. Mungkin sama kes dengan Asrolah ni!, sudahlah kena bayar mahal, ada iklan dalam banyak salurannya, pulak tu bila hari hujan memang siaran akan terganggu!.
Tak sangkalah pula broadband begitu pulak akses internetnya!.
wow!serius peminat hindustan?? mm,slalu layan thr x malam2?hahaha
*mm,dkt capsquare blakg jalan tar tue jea yang ada tayang sekarang. dkat sunway tue in case terlebih jerk&biasanya memang takde pun.
Sdr; KerabatASTANA
Saya sebenarnya rapat dengan Andy Hakim tetapi kebelakangan ini tak pasti dia kat mana, dulu saya rajin hantar SMS ke THR tu kalau Abg Andy tu jadi DJ.
Saya telah tenguk filem Kurbaan di pawagam; apa yang terpapar di video klip di internet tak sama dengan di filem, mungkin telah ditapis.
Menarik juga cerita ini!.
Terima Kasih sudi klik blog saya ini.
Catat Ulasan