iDAN
06 Disember 2009
MMms ♥ 22 Glukos semakin baik (Singgahsana)
Dari awal pagi aku memang hilang tumpuan, semalaman tadi aku tidur² ayam. Masalah sesak nafas datang semula. Ada banyak kemungkinan, pertamanya pemakanan, mungkin aku tak boleh makan terlalu banyak daging. Mila masak sedap sejak siang semalam, mulanya dia masak daging rendang, rendang apatah aku tak pasti. Malamnya pula dia masak daging masak kicap. Seawal maghrib aku telah pekena laksa yang aku beli di pasar malam. Siap taruh otak udang lagi. Sekitar 10:00 malam makan nasi lagi. Melampau kenyang memang aku akan payah tidur!. Datanglah sakit sesak nafasku.
Menonton saluran ZEE sampai 12:00 malam, lama sangat tak tenguk Karisma Kapoor berlakon dengan Salman Khan syoklah pula!. Kemudian tenguk siaran langsung bola sepak; apalah nak jadi dengan Everton, kalah! sekitar jam 2:00 pagi baru habis. Itu pun masa separuh akhir aku pejam² celik. Bila terjaga jam 2:30 pagi Aziq tak tidur lagi, apalagi ngadap komputernya di kamar panjang.
Sambung lagi tenguk bola piala kelab² di Itali kut!, aku tak pasti sangat, tapi tenguk pemainnya memang bunyi macam Itali. Aku memang peminat Itali sejak berzaman, sedap pula tenguk kelincahan pemainnya. Tapi tak seorang pun pemainnya aku kenal. Memang aku tak ikut sangat perkembangan bola sepak antara kelab² di Eropah. Selalunya kalau piala dunia memang aku kemaruk amat menontonnya. Memang tak pernah cukup tidur kalau musim piala dunia. Gila menonton bola sepak ini satu penyakit juga!.
Masalahnya kalau berjaga malam pasti tekanan darahku akan melambung tinggi. 7hb aku kena jumpa doktor Imah di PKupm. 9hb kena jumpa pakar jantung di Hospital Serdang. Jadi aku bergantung dengan buah Goji untuk stabilkan darahku. Harap² doktor Imah tidak akan gusar melihat perkembangan kesihatanku.
Kali ini aku akan pergi sendirian, talian telefon bimbit aku tutup, malas nak pujuk anak² untuk temankanku. Tak mahu menyusahkan Fairuz kelaparan bagai dulu. Selagi mampu melangkah sendiri kena redahlah sendirian.
PKupm kekinian bukan lagi kawasan hitam Selesema Babi, tak perlu lagi memakai topeng kecuali mereka yang selesema sahaja. Ramai pula aku lihat mereka yang bersara datang berjumpa doktor hari ini. Aku dapat nombor 1102 Melalui borang pendaftaran dapat kukenal mereka yang bersara. Borang merah sepertiku. Tak seorang pun yang aku kenal, ramai pula mereka yang mahu berjumpa Dr Imah hari ini; aku terpaksa menunggu lebih dari setengah jam.
"Bagaimana projek di kampung..?" ingat lagi rupanya Dr Imah tentang projek di kampungku. Aku pernah ceritera yang aku ingin kembali ke kampung bila bersara nanti.
"Tak tahu lagi doktor, tengah fikirkan mahu mengganti bumbung rumah pusaka itu, masalah tanah di Perak teruk amat, tak kurang 10 ekar tanah arwah ayah itu tak tahu status lagi, ada yang telah bertukar nama..."
"Kenapa pula jadi macam itu?"
"Cukainya tak berbayar, saya pewarisnya tak diberi tahu!, nanti kalau telah duduk di kampung saya mahu usahakan tanah yang hilang itu!"
"Dah pergi ke Klinik Kardio Hospital Serdang kan?"
"Dah!, lusa baru tahu keputusannya, tapi saya gagal sudahkan Ujian Stres itu, saya mampu bertahan 7 minit sahaja, sepatutnya 10 minit!"
"Tapi jantung okey! kan?.."
"Okey! rasanya, badan yang terlebih berat, kaki tak mampu nak nampung barat badan ini!"
"Hari ini kita buat Ujian Glukos sahaja.." Aku lihat tekan darahku sekitar 135/85 mmHg.
Aku menunggu nombor 1102 di kaunter Ujian Darah, sekitar 10 minit aku dipanggil masuk ke kamar 35. Bacaan glukosku nampaknya beransur baik 5.4 mmol/l. Selalunya sekitar 7++ mmol/l. Bila aku ketemu Dr Imah semula, dia begitu ceria & menasihati aku agar terusan mengekalkan keadaan kesihatan begini.
"Berapa bacaan glukos sebaiknya doktor?"
"Di bawah 6.0 itu kira sudah bagus!"
Satu yang dapat kukesan, aku sebenarnya dalam seminggu dua ini banyak memakan buah goji kering. Jika nak diikutkan pemakanan ubatan ada beberapa hari aku langkaukan pemakanannya. Aku akan ke PKupm pada 8.2.10 tahun depan nanti, InsyaaAllah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Salam.. Maafkan selama ni kurang pasti nak panggil apa..
Abg IDAN, masalah pusaka kalu libatkan tanah selalu rumit, lama2 letih urus.
alhamdulillah, nampak kesihatan semakin baik... Kalu takdak teman nak ajak joging or lari lari anak, habaq ler, leh gak saya temankan. Ahaks!
hmm... macam sama plak, semalam pun saya layan gak Dulham Le Jayenge (spelling belasahhh...) sbb lama tak tengok endostan..
Tapi bola? tunggu anak2 jer repot...
Sdr Azieazah;
Dah pangkat Pakcik kut!, cucu saudara pun telah ramai. Tapi di ofis lama semua panggil saya Abg iDAN.
Kes tanah pusaka itu tak siapa mahu ambil tahu, hinggalah saya kira anak bungsu dari isteri pertama arwah Apak yang terpaksa ambil tahu. Itu pun guna duit sendiri, dulu tak berduit, bila dapat duit ganjaran bersara barulah berani nak usyik. Pej Tanah tu biasalah, kalau kita tuntut sahaja modal mereka adalah lelong.
Yang jadi masalah rizab Melayu ini banyak bergeran besar pemiliknya ramai; dulu arwah Apak yang rajin bayar & kutip setiap empunya tanah. Bila arwah Apak tiada lagi itu yang tanah tersebut jadi mainan orang di Pej Tanah sana.
Nak joging kaki tak kuat bawa badan, jalan-jalan itu okey!, dari jalan-jalan baik pergi windows shopping!. Nak pergi ke Nilai 3 nanti!.
Betullah tu cerita tu..Dulhan Hum Le Jayenge (DHLJ) terbit tahun 2000 memang pernah tenguk vcdnya; tak banyak filem Karisma tu, bila dia telah berkahwin langsung senyap.
Skripnya lebih kurang Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ) bercinta ketika melancong. DDLJ jauh lebih menarik dari DHLJ.
Filem hindustan ini ada juga okey ada juga yang biasa sahaja tak tenguk habis pun dah tahu ceritanya.
Cerita Kurbaan yang tengah ditayangkan di pawagam agak menarik saya baru tenguk masa hari raya haji tempoh hari. Cumanya lagu hindustan kini tak sesedap mana; satu dua sahaja yang sedap di satu filemnya.
Yang kelakarnya saya & si Afiz sahaja orang Melayu, yang lain semua benggali penontonnya, penuh pulak tu pawagam di Sunway Pyramid ketika itu. Tak sangka ramai wajah benggali tetapi beragama Islam di Malaysia ini.
Kurbaan masih ditayangkan di GSC-SHAW CENTREPOINT,KLANG &
TGV CINEMAS-CAPSQUARE,KUALA LUMPUR.
Nampak macam sedap je buah goji..apa rasanya ya?
Semalam, saya pun sempat tgk si Karisma & Salman Khan..jeles sungguh tengok pinggang Karisma yang ramping tu:)
Sdr YangManis
Di Malaysia hanya buah goji yang kering sahaja yang sampai, tak pernah rasa buah goji yang masih masak ranum.
Banyak khasiat buah goji ini termasuk boleh mencegah barah pun awet muda. Sila ke blog dgelenggang jika mahu tahu rahsia buah goji.
http://dgelenggang.blogspot.com/2009/11/petua-idan-petua.html
Catat Ulasan