iDAN

07 Disember 2009

Cinta tak sampai membunuh (Singgahsana)

Bila hati telah jatuh cinta, sesungguhnya sanggup berkorban apa saja. Tetapi tak semua kekasih sedar & percaya akan kemurniaan cinta ini. Ramai kalangan kita endah tak endah akan pasangan kita apabila telah berumah tangga. Ketika menggoda bukan main semarak lagi cinta, lautan sanggup direnang. Bila duduk bersama saling curiga-mencurigai & membiarkan api cemburu membakar mahligai impian. Masing-masing punyai ego sendiri.

Apatah lagi bila kisah silam kekasih kita menghantui cinta yang telah terbina. Seolah-olah dendam semalam itu akan jatuh ke diri. Ini dilema yang ditanggung oleh Ehsaan Khan suami@duda yang kematian anak & isterinya akibat kekejaman US yang menyerang negaranya. Ehsaan bertemu dengan Avantika ketika masing-masing profesor mengajar di universiti US. Mereka jatuh cinta & berkahwin. Dalam masa yang sama Ehsaan & kumpulannya dalam perancangan mengebom banyak tempat di US sebagai menuntut dendam atau jihad. Avantika tidak dapat menerima jihad yang dimaksudkan lantaran dia bukan beragama Islam. Tak faham apa itu jihad dari kacamata agamanya.

Ketika Avantika mengandung cahayamata sulung berlakulah krisis di mana dia tak ingin anaknya lahir lantaran terdedahnya rahsia suaminya seorang pengganas sedangkan Ehsaan masih mahukan anaknya dilahirkan.

Aku menonton filem ini di pawagam banyak adengannya telah dipotong hinggakan penghujung ceriteranya tergantung. Tak pasti di DVDnya bagaimana atau tertera seperti dalam situs ini... http://en.wikipedia.org/wiki/Kurbaan

Lagu yang sedap dalam filem ini ialah. Shukran Allah.


Aku menonton filem berdua dengan Afiz sahaja, sebab filem ini hanya tontonan 18 tahun. Aku lihat filem ini tidaklah ganas sangat, pun tidaklah banyak adengan ranjang. Tidak seperti gambar & video klip di internet. Mungkin ianya telah dipotong!. Kenapa ianya dikategorikan 18 tahun pun tak pasti?. Nak dibawa anak-anak yang lain takut kena tahan bagai hari raya tahun lalu!.

4 ulasan:

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Saya akan dapatkan DVD cerita ni nanti. Saya memang minat Kareena Kapoor.

iDAN berkata...

Mungkin abg & Afiz tak perasan penghujung filem tercatat apa yang berlaku di skrip yang sebenar!.

Atau memang pengarah mahukan kita sendiri membuat keputusan!. Entahlah!, abg pun ingat mahu mencari VCD atau DVD filem ini, DVD ori filem hindustan pun tak semahal mana.

azieazah berkata...

Dolu2 ada satu tajuk nak hampir sama.. QURBANI, Feroz Khan (ayah Fardeen Khan) dan Zeenat Aman.

1982 filem tu meletup...!

iDAN berkata...

Dik Azah;

QURBANI, memang pernah tenguk cerita tu, Zeenat Aman memang cantik ketika itu. Lagu di filem Hare Rama Hare Krishna memang meletup gila.

Abg banyak tenguk filem Hindustan di panggung Batu Gajah atau di Ipoh; tak pastilah cerita tu... rasanya Batu Gajah sebab tenguk di internet filem tu terbit tahun 1971.

Abg sekolah di Ipoh tahun awal 70an juga!.

Jika tahun '82 abg telah berhijrah di Seri Kembangan. Di Seri Kembangan memang payah sikit nak tenguk filem Hindustan; mungkin abg tenguk Video Tape kut!.