iDAN

28 Januari 2010

Aib di sudut Agama Islam (Singgahsana)

Hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang berbunyi:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فيِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ ...

“Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….” (HR. Muslim no. 2699)

Semalaman tadi aku begitu keliru, hinggakan sukar mahu lena memikirkan apakah pengertian menutup aib di dalam Islam ini.

Aib yang bagaimana yang perlu kita tutup & aib yang bagaimana yang perlu kita bongkar.

Sebagai contoh, jika seseorang itu melakukan dosa besar. Berzina umpamanya. Apakah ini dikatakan aib atau kemungkaran yang perlu kita dedahkan.

Dalam melaksanakan hukum hudud penzinaan umpamanya apabila telah ada saksi yang cukup malahan kedua-dua si penzina telah mengaku; pastinya yang bujang disebat di kalayak ramai sebanyak 100 kali & suami atau isteri disebat sampai mati di tepi jalan. Perkara ini jelas. Apakah ini juga dianggap aib. Jangan laksanakan hukum, jangan uar-uarkan maksiat yang telah terdedah di depan mata.

Tapi kita di negara ini melindungi penzina ini, malahan menganggap ianya aib. Apakah aib berzina ini boleh diterimapakai merujuk hadits di atas?. Apakah zina itu aib atau dosa besar. Jika silap mengertian zina itu aib. Maka berluasalah kejadian zina di negara ini. Jika suami & isteri yang berzina ditangkap pun sekadar didenda. Pada hakikatnya penzina yang telah bernikah ini seharusnya tidak ujud lagi di dunia. Tunggulah musibah atau bala yang bakal Allah SWT akan turunkan di bumi ini. Aku sering menulis bab ini lantaran, aku menganggap perkara ini amat mengusik hati & hidupku.

Kes Arwah Abg Din yang berkait dengan zina ini tidak terbela hingga dia ke liang lahat. Malahan dalam banyak kes mereka yang seharusnya telah menjadi mayat menjaja ceritera yang sampai mengaibkan suami atau isteri sendiri lantaran membela diri kononnya kenapa dia melakukan zina lantaran kekurangan pasangannya.

Selagi kita keliru tentang pengertian menutup aib di dalam Islam; selagi itulah kita tidak mungkin dapat mengurangkan penzinaan. Malahan akan tambah membiakkan perbuatan maksiat ini di masyarakat kita.

Jika kita ke URL YouTube ini, bayangkan penerimaan kita orang Islam di Malaysia terhadap hukuman hudud yang dijalankan di negara Arab sana. Jelas iman kita ke arah Islam yang sumur ini masih amat samar. Yang sedihnya bila sebut hudud sahaja kita beranggapan mainan politik. Silap-silap kita dicop seorang pembangkang yang menentang kerajaan sedia ada. Lebih malang lagi jika kita dilabelkan pengganas & disumbatkan ke penjara waima ada yang telah terhumban di tahanan ISA lantaran mencari kebenaran ini.

Sedangkan amat jelas bila kita namanya orang Islam terikat dengan hukuman Islam. Kenapa kita tidak ikut hukum sendiri dalam soal ibadah Puasa atau mengerjakan Haji; ikut rasa sendiri dalam rukun nikah, agihan harta pusaka ikut pemurah kita & sebagainya. Kenapa pula dalam bab hukuman zina, arak, rogol, bunuh, judi & banyak lagi bab jenayah besar kita katakan ini perkara aib, ini kena dilindungi di perundangan sivil olahan masyarat di barat sana. Mahu menyebut sipolan itu kaki judi, kaki mabuk pun kita katakan itu aib orang. Maka sejauh mana nahi mungkar kita.

Isu ini aku bangkitkan lantaran aku tak punyai niat mengaibkan siapa jua, seperti catatan kes Arwah Nasha. Ada yang menganggap tulisan aku itu liar berniat jahat & mengaibkan orang. Sedangkan Arwah Nasha membunuh diri bukan kerana dia gila, bukan dia tak siuman, bukan juga mabuk. Aku lebih menyakinkan kepercayaan aku dia kerasukan & terlalu stres ketika itu. Aku amat menyayangi Arwah Nasha ini. Terkilan amat rohnya pergi secara sedemikian. Aku tak mahu ada kalangan orang Islam kita akan mengikut jejak dia. Aku berharap sangat agar roh Arwah Nasha dapat diampunkan.

Arwah Nasha mangsa keadaan di mana semasa masih hidup dia mengesyaki isterinya berlaku curang, dia juga terhimpit dengan kerjaya di mana majikannya terlalu mengejar nama, ISO tetapi sifar kebajikan, dia juga terhimpit dengan masalah hutang yang mana riba itu telah mengambil rezekinya yang bukan sedikit buat saraannya. Aku sekadar mencatatnya. Aku mahu ceritera dia dapat kita ambil iktibar. Nama & tempat kejadian jika pun secara spontan bertepatan dengan apa yang aku tuliskan seharusnya janganlah dijadikan isu. Yang pasti di mana jua kita akan temui masalah yang sama, telah pun berlaku & akan terus berlaku jika kita biarkan formula ini berulang tanpa kita memantaunya.

Rasanya tak siapa boleh berasa aib lantaran semuanya telah berlaku; sebaiknya kita bergerak ke arah muhasabah diri, mencari jalan agar perkara begini tidak terus berlaku. Seperkara lagi bagaimana tindakan kita bila muslim membunuh diri tetap berlaku malahan dijangkakan selepas tahun 2020 akan lebih bertambah.

Biarpun mereka yang terdekat & lebih tahu dengan kejadian ini masih tak terkesan hati. Malahan sampai mengatakan Arwah Nasha sesat; jasadnya tidak akan diterima bumi. Agama Islam jelas mengatakan sedemikian. Itu telahan mereka. Benarkah?.

Apakah kita tidak mahu mengambil iktibar. Aibkah kita menulis perkara begini. Di al-Quran sendiri banyak menulis bab anak derhaka, isteri seorang Nabi tak mahu dengar nasihat hingga diturunkan bala tenggelam dalam bah, sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf sampai terkoyak; Itu hak Allah & suri teladan di al-Quran.

Apakah Allah Azzawajalla itu kejam menurunkan bala mengakibatkan semua makhluk di dunia ini ranap terkorban; tak kira anak-anak mahu pun orang tua.

Kenapa kita pula melindungi segala perkara mungkar & maksiat di dunia kini. Mencatatnya pun dikatakan salah.

Keadaan kita bernama Islam tidak banyak berubah sejak berzaman. Si penzina masih hidup bergumbira, majikan di mana-mana masih terusan menghimpit pekerjanya, riba masih berluasa. Masih ramai isteri zaman kini sanggup meninggal suami lantaran mengejar harta. Banyak sangat kes yang amati di media massa amat tragis malahan amat tidak bijaksana kita menanganinya.

Yang lebih aku terkesima ketika berita Arwah Nasha mati tergantung ramai pula yang menyangka aku yang membunuh diri. Bayangkan kenapa mereka berfikir ke arah ini.
Seyogia percikan dari kejadian ini aku juga terhimpit & terpaksa bersara awal lantaran berhadapan dengan majikan yang sebegini. Maknanya tulisan aku itu sungguh satu yang dirasakan aib maka jiwa seorang majikan langsung tidak mahu berubah.

Kes yang sama juga berlaku terhadap Arwah Abg Din; dunia perundangan kini aku rasakan tidak adil, kita terlalu melindungi penzina sehinggakan mengorban jiwa seorang suami seperti Abg Din. Aku yakin ramai yang menerima nasib seperti kejadian Arwah Abg Din, cuma reda & cara penerimaannya sahaja yang berbeda.

Sementelah itu terkadang aku makin malas mahu memikirkan dunia penulisan ini yang terkadang menjadikan diri terhimpit sendiri. Apa yang kita tulis tak semestinya dapat ditafsirkan sebaiknya oleh si pembacanya. Malahan mungkin akan merosakkan talian kasih sayang yang seharusnya kita pupuk sesama Islam.

iDAN


PERBUATAN BUNUH DIRI BERDOSA BESAR
Soalan 20: Sejak akhir-akhir ini semakin banyak kes bunuh diri di-laporkan. Saya teringat kata-ka-ta ustazah ketika belajar dulu dan melalui ruangan ini, bunuh diri hukumnya berdosa besar dan dikira terkeluar daripada Islam atau murtad. Orarig yang membunuh diri tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam.

Soalan saya, bagi kes bunuh diri yang ditemui di rumah (tidak diketahui sama ada dia membunuh diri atau dibunuh), dan siasatan polis atau bedah sia-sat tidak menemui motif pem-bunuhan, bagaimana hendak menguruskan mayat si mati kerana keluarga pasti tidak dapat menerima hakikat bahawa si mati terkeluar daripada Islam pada hujung hayatnya.

Apakah hukumnya jika si mati dikebumikan di tanah perkuburan Islam? Jika benar si mati murtad, bagaimana keluarga dapat mendoakannya? Adakah doa keluarga untuk si mati akan sampai kepadanya?
- MUSYKIL Seremban, NS

Jawapan: Membunuh diri adalah dosa yang sangat besar di sisi Islam. Allah Taala berfirman: "Dan, janganlah kamu membunuh dirimu sendiri." (Surah An-Nisa: 29) Namun, sama ada hukum si mati yang membunuh diri itu terkeluar daripada Islam atau tidak, terserah kepada penga-dilan Allah SWT.

Urusan menguruskan jena-zahnya masih sama seperti pengurusan jenazah muslim lain dan tetap dikuburkan di perkuburan Islam juga, kecuali jika terbukti dengan jelas bahawa dia benar-benar membunuh diri.Bagi kita yang masih hidup, tetap menerima dia sebagai saudara muslim dan patut diuruskan secara muslim.

Soal hukum bukan kerja manusia, sebaliknya serahkan pada ketentuan Allah meng-hukumnya. Keluarga si mati, terutama anak, boleh mendoakan kesejahteraan rohnya kerana hubungan si mati dengan anak-nya tidak akan terputus. Cuma sama ada doa itu sampai atau tidak kepada si mati masih menjadi perbahasan golongan ulama.


Ulama Malaysia

Mati Bunuh Diri

Assalamualaikum, wr wb. Pak Ustaz yang saya hormati, bagaimana status orang yang meninggal karena bunuh diri? Saya punya teman yang meninggal bunuh diri. Bolehkah saya mendoakan agar didiampuni? Terima kasih atas penjelasan Bapak.

Wassalam
Suhud di Jawa Tengah

Nyawa manusia bahkan seluruh jiwa dan raganya adalah milik Allah SWT yang diamanatkan kepada masing-masing manusia. Kita tak dapat menjualnya karena bukan milik kita. Nyawapun tak boleh dipisahkan dari badan kecuali atas izin-Nya misalnya dalam peperangan atau pelaksanaan sanksi hukum.

Atas dasar ini, maka membunuh diri sendiri pun dilarang keras oleh-Nya. Sekian banyak ayat al- Quran yang mengingatkan hakikat di atas. Dalam sebuah hadis qudsy Allah berfirman menyangkut orang yang bunuh diri; Dia mendahului Aku, maka Aku haramkan baginya syurga.

Namun demikian, jika yang bersangkutan hingga akhir hayatnya tetap mengucapkan dua kalimat syahadat, maka ia tetap diperlakukan sebagai Muslim. Jenazahnya disolati, dan dimakamkan di pekuburan Islam. Dia bukan kafir dalam istilah hukum, tapi juga bukan Musyrik.

Ia dinamakan Muslim yang durhaka atau aashen. Mendoakannya pun tidak terlarang. Yang terlarang didoakan setelah kematiannya hanyalah orang musyrik yang mempersekutukan Allah SWT. Demikian Wa Allah A'lam.

Ulama Indon


8 ulasan:

cik.pija berkata...

saya tidak rasa penulisan encik iDan mengaibkan mereka.
Ianya sebagai satu pengajaran kepada kita yang masih hidup.
Membuka mata pembaca bahawa ketika ini pelbagai perkara boleh berlaku.
Walaupun apa yang berlaku itu mengaibkan, tetapi mungkin ada maksud tersirat di sebalik kejadian tu.

iDAN berkata...

Sdr Ejaa,

Bagi saya aib itu berbeda dengan dosa yang sengaja kita lakukan.

Tak sengaja itu boleh diterima sebagai aib.

Saya masih banyak menyimpan rahsia orang yang diamanahkan agar jangan paparkan atau diceritakan kepada orang. Aib begini bukan dosa tetapi ianya melibatkan perasaan seseorang. Jika kita ceritera pun rasanya tak menjadi persoalan besar. Bukan perkara dosa pun.

Umpamanya makan gelojoh, kuat berdengkur, tidur asyik mengigau, badan kuat berbau, ada masalah sawan, itu antara saya anggap aib seseorang.

Seperti kes artis kita Fahrin yang sampai menangis lantaran lontaran fitnah mengatakan dia lelaki panas baran & kaki pukul oleh Linda Onn. Sememangnya boleh dipersoalkan isu ini.

Kita tak pasti pun dakwaan tersebut, mana laporan polisnya Linda Onn itu didera atau dipukul. Bila masanya si Fahrin ini baran.

Panas baran semua orang mengalaminya jika terlampau tertekan. Kita kena cari puncanya. Langkah Linda Onn menguar-uarkan perkara ini; sungguh boleh dikatakan mengaibkan orang.

Media massa pun satu hal.

Perkara remeh & sikap kekurangan manusia ini yang harus kita tutup; pun boleh kita kategorikan ianya aib.

Ala..! siapa bercinta yang tak pernah bergaduh!, baran segala.

Bukan kaki judi, penzina atau pemabuk yang memang sengaja melakukan dosa besar. Benda ini kena dicegah. Itu namanya nahi mungkar. Saya tak anggap ini aib.

Me, Myself and I berkata...

En. Idan,
Bagi saya, En. Idan adalah pemerhati yang hebat. Kita memerhati setiap kejadian itu sebagai iktibar untuk memperbaiki diri kita sendiri, keluarga dan menyampaikan kepada masyarakat secara positif. Setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya dan membuatkan kita lebih mengenal Allah s.w.t.

Maka jika kita ditimpa musibah dan bencana maka bersyukurlah kita kepada Allah kerana ianya mungkin perbuatan2 kita yg lampau dan ianya kembali semula kepada kita.

Kebanyakan dari kita telah lupa apa yg telah kita lakukan pada masa dahulu tetapi tidak pada malaikat yg sentiasa mencatitnya.

Siksaan didunia teramat ringan berbanding siksaan diakhirat maka berterimakasih lah kepada Allah kerana Allah sayangkan kita dan memberi balasan tersebut didunia. Akan tetapi jika kita melakukan kemungkaran dan kita tetap hidup senang, maka fikirkanlah, adakah Allah sudah membuang belas ikhsannya kepada kita dan menyimpan balasan tersebut di akhirat kelak?

iDAN berkata...

Sdr Shina,

Saya selalu berpesan kepada isteri & anak-anak agar sentiasa bersangka baik. Tak kiralah dalam pergaulan atau pembacaan kita. Tetapi persekitaran & pengaruh keliling sering membuatkan nasihat seorang ayah terbiar begitu sahaja.

Saya sering melihat keadaan keliling baik keluarga mahu pun rakan sendiri sering melakukan kesilapan serupa lantaran tanpa kawalan & siapa pun yang menegur.

Bagi saya musibah & kesakitan itu adalah petanda Ilahi amat menyayangi kita. Allah SWT tak akan menguji hambanya yang telah terbuang. Orang syirik, kafir pun mereka yang terusan bergelumang dengan dosa & noda... sering terbiar.

Ramai amat kalangan saudara Islam kita terusan melakukan dosa besar berkali-kali, baik berjudi, mabuk pun diselubungi noda lantaran ianya terlampau dilindungi.

Siapa nak hirau kalau kita mahu membeli nombor ekor, siapa nak tegur ramai kalangan umat Islam meminum arak; siapa berani nak tegur jika keliling kita penuh kemaksiatan.

Jika kita tinggal terkepung sendirian mungkin perkara ini tidak menganggu fikiran kita tetapi lagi banyak kita bercampur lagilah penat kita mendengar segala kemungkaran ini.

Dulu saya jenis jampuk berjaga malam; tak pernah sampai ke rumah selagi embun jantan tak gugur. Banyak sangat aktiviti malam yang saya simpan. Ada yang tak masuk akal, ada yang saya cuba betulkan.

Musibah menentang nahi mungkar ini amatlah tinggi risikonya. Terkadang menjadikan ianya bagaikan memakan diri & hilang kepercayaan mereka kepada diri kita sendiri.

Saya ingin mencatatkan semua ini tapi di mana. Di media massa amat payah terlepas; nak nulis nobel pun mana mampu; rasanya di ruang blog begini sahaja yang mudah tetapi nampaknya terpaksa berhati-hati ada ramai yang amat membenci catatan saya ini.

Terima kasihlah Sdr Shina dapat menafsir sesuatu yang positif apa yang saya tulis. Agar sebarang keaiban yang saya terukir dapatlah dianggap sebagai kelemahan diri saya & bukan melibatkan empunya diri.

Saya bukannya insan sempurna. Orang terdekat & sahabat taulan yang dapat merubah kelemahan pun kekurangan diri ini.

azieazah berkata...

Hidup ini memang adakala sukar diramalkan.. semua musibah tiada siapa menduga akan terkena pada dirinya..

Putaran alam kadang2 buat manusia lupa dan tidak belajar dari orang2 terdahulu..

Hukum Karma.. jika hari ini kita memalukan orang, suatu hari kita dimalukan oleh orang yang lain pula..

iDAN berkata...

Dik Azah,

Bila rumah tangga bergolak sering ujudnya campur tangan orang ketiga. Campur tangan org ketiga ini tak kiralah ibu ayah, adik beradik, rakan atau org luar; sebaiknya bukan menangguk di air keruh.

Abg amat menghormati akan jodoh, tak kiralah seseorang itu nikah secara sah atau pun di Golok. Ianya jodoh anugerah Ilahi.

Banyak yang berlaku seperti kes Arwah Abg Din; campur tangan orang ketiga hanyalah mengeruhkan keadaan. Apa hak kita menentang takdir Ilahi.

Abg rasa terfana mendengarnya ibunya Fatin (Bukan nama sebenar) hingga kini tidak berkahwin setelah kejadian keluarganya mengaibkan Abg Din.

Arwah Abg Din sering menyebut namanya kepada abg & orang yang rapat dengannya. Namun semuanya tinggal kenangan.

Yang nyata kini Fatin tak punyai kasih sayang dari ayahnya. Bagaimana jika kita di tempat mereka?.

eelobor berkata...

Alhamdulillah, teruskan penulisan saudara idan. bentuk penulisan yang tidak jemu di baca, menarik, penuh informasi dan di selitkan "nasihat-menasihati" antara satu sama lain.

iDAN berkata...

Sdr Eelobor,

Terima kasih lantaran sudi membaca tulisan saya selama ini. InsyaAllah saya akan terus menulis & akan lebih berhati-hati agar ada pihak yang tidak sampai tersinggung.

Sesungguhnya jauh di sudut hati saya; saya amat teringin melihat dunia berubah dengan sikap yang dipandukan oleh agama kita Islam. Sedih rasanya ada kalangan kita tidak lagi seIslam yang mungkin. Malahan kaum & bangsa lain di luar negara sana lebih Islam dari kita.

Tambah gusar bila ramai pemikir menjangkakan 50 tahun lagi Melayu akan pupus jika kita terus hidup keegoaan begini.