iDAN

04 Januari 2010

Mencari Damai di Teluk Batik 3 (Singgahsana)

"Mila! kita ini ibarat perantau, tak payahlah kita berkira sangat dalam keselesaan; sudah sememangnya milik kita bilik yang sebegitu, kalau kita pindah pun nanti tengah malam kut! bocor juga atau penghawa dinginnya tetiba tak berfungsi sama sahajalah!..." aku cuba memahamkan ketidakpuasan hati Mila, RM370 satu malam bagi kami yang bukan orang berada terasa mahalnya. Nak buat macam mana kalau Teluk Batik Resort punyai masalah sebegini. Bocor ke panas ke janji telah sampai di sini.

Teringat kata² Apek di lobbi tadi yang katanya dia sering bermalam di Pulau Pangkor di sana jauh lebih murah & pelbagai kemudahan ada. Jika bermalam di hotel atau resort aku memang suka ada sauna. Tiada sauna di sini. Aku telah membuat banyak juga panggilan ke Pulau Pangkor, rata² mahal semuanya. Cumanya mungkin tak sama kemudahan & keselesaan yang ada.

Mila mengalah & aku bercadang mengembalikan kunci kondo yang baru. Ketakutan aku dengan suasana seram terlepas nampaknya. Itu yang lebih utama.

Sukanya dah dapat pijak pantai Teluk Batik; Anif, Azim & Aziq.

"Siapa nak ikut ayah cari rumah Pakcik Yasin!" sebenarnya aku risaukan bateri Avanza tak cukup cas jika ditinggalkan semalaman. Itu pun aku tidak guna sistem kunci kawalan jauhnya. Hanya Aziq & Afiz yang berminat berjalan² malam. Aku mengembalikan kunci kamar baru ke lobbi. Memberikan beberapa sebab kenapa tak mahu berpindah; salah satunya aku katakan aku ini penakut!. Sunyi di blok sana; alasan. Kami bertiga menuju ke Manjung. Sebenarnya aku keliru dengan Bandar Seri Manjung & Bandar Seri Iskandar. Rumah Yasin di Seri Iskandar tetapi di kotak ingatanku ianya di Seri Manjung. Mula nyanyuklah ni!.

Bagaimana pun sempatlah aku dalam gerimis berlegar² di Bandar Seri Manjung. Selalu aku sebut tentang bandar ini, sampai juga aku ke tempat ini.

"Moh! kita ke Lumut!, malam-malam pasti cantik lampu² di sana!" aku mengajak Afiz & Aziq ke Lumut. Telahan aku benar, cantik Lumut waktu malam; macam di Kuching Sarawak pula ada Lumut Waterfront. Kenapa kita suka guna nama orang putih. Kenapa tak guna perkataan seumpama Lumut MercuAir.

Meriah di jeti ini, siap ada restoran & pentas untuk berkaraoke!. Bergumbira belaka orang di Lumut. Aku leka melihat ada sekumpulan remaja memancing. Memang di bonet Avanza ada tersedia alatan pancing; ingat kalau ada kelapangan aku bercadang memancing. Tapi tunggu punya tunggu tak naik² ikan pun aku jadi tawar hati untuk cuba memancing. Sempat aku telefon Raihan bekas pelajarku yang tinggal bersama suaminya Pegawai di Kem Tentera Laut di Lumut. tengah menunggu kelahiran anak ketiga. Kenduri kahwin Raihan kami sekeluarga menghadirinya.


Lumut sebenarnya banyak meninggalkan kenangan zaman bujang. Seharusnya di Jeti ini aku & Mila berjumpa buat pertama kali, tapi aku sekadar dapat melihat seimbas sahaja wajah Mila ketika di pasir Bogak Pulau Pangkur. Setelah rata pekan kecil Lumut ini aku jelajah aku kembali ke kondo siap membawa narita. Mila, Azim & Anif telah lena. Aku & Afiz menonton TV. Aku melepak di anjung sendirian; tak tahu bila Afiz masuk tidur di kamar Aziq; bila aku terjaga malam sekitar jam 4:00 pagi; teramatlah sejuknya. Penghawa dingin yang bocor sekadar aku buka perlahan terpaksa ditutup takut aku jadi ais batu di anjung.

Tidur di Teluk Batik Resort teramat damainya. Aku bagaikan berjumpa dengan Neytiri & kumpulan Na’vi. Aku bagaikan diraikan di Pandora dengan pelbagai tatarona. Damai sangat tidur di sini. Mungkin juga aku amat letih memandu. Mungkin juga lantaran impian aku kembali mengikut jejak lamaku tercapai.

Setelah subuh aku mengejutkan semua keluarga agar cepat ke restoran bersarapan. Wah! sarapan di pagi ini memang berbaloi; pelbagai juadah disediakan, dari roti canai, nasi goreng, bihun sup, air yang banyak pilihan, telor beraneka masakan, kira berbayar semula makan malam yang amat sederhana. Sejam bersarapan pun masih tak selesai nak rasa semua menunya. Barulah sepadan dengan tiga bintang yang dimiliki jika memang begini caranya juadah yang disediakan.

Setelah sarapan Aziq, Anif & Azim mandi di kolam lagi. Aku ke pandai Teluk Batik carikan seluar mandi untuk Afiz. Cita² Afiz untuk terjun ke kolam renang tercapai juga; itu pun kami terpaksa potong kaki seluarnya masih nampak labuh biar aku ingatkan ianya pendek aras lutut. Mila biasalah leka bermain SMS di tepi kolam.

Azim jadi pemandu belon

Kami punyai waktu panjang lantaran dibenarkan untuk daftar keluar jam 3:00 petang. Sepadanlah kami masuk pun agak lambat!. Sekitar jam 1:00 tengah hari kami makan di Restoran yang memang ramai pelanggannya, Restoran Silaturrahim. Memang banyak pilihan masakan di sini; ulaman pula pelik². Siap ada sambal belacan taruh tempoyak campur bacang. Aku makan ikan pari bakar yang masih segar!. Gulai tempoyak serta ulam-ulaman. Masakannya jauh lebih sedap berbanding gerai semalam. Mila yang bayar bill & aku perhatikan tak sampai pun RM50 untuk bayaran kami sekeluarga. Jangan tak singgah sini, jika ke Teluk Batik; padanlah orang sanggup berbaris panjang makan di restoran ini. Biasalah ramai tentera laut makan di sini. Kem mereka tak jauh dari sini.

Aktiviti seterusnya santai di pantai Teluk Batik sampai ke senja!.

- bersambung

5 ulasan:

Cetusan berkata...

bila sunyi rakam entiti hheee mana tau bolehbuat cerita..

iDAN berkata...

Equatorial Cameron Highlands sering buat offer penginapan; pernah satu ketika kami sekeluarga tinggal di kamar yang memang sunyi;

bila malam-malam nampak hanya kamar kami terbuka lampunya; dalam belasan tingkat lain nampa gelap sahaja...

saya langsung tak berani nak keluar malam kabusnya satu hal yang seramnya naik lif macam rasa ada orang sebelah memerhati kita...

his! jangan dibuat tinggal sendirian di hotel besar tapi sunyi!.

Azieazah berkata...

Bila baca entri percutian Abg iDAN ni saya teringat juga dulu pernah ke Teluk Batik dan itulah sekali.. cuma sekali...

teruja nak pegi lagi...

iDAN berkata...

kami bercadang nak ke Pulau Pangkur moh! pergi sekali jika Dik Azah suka!

cumanya kenderaan kena tinggal di jeti Lumut naik feri sekitar 45 minit kut!

YB berkata...

Salam Idan,

Bandar Seri Iskandar ke Seri Manjung lebih kurang 40 KM. Aku selalunya lebih suka kesana dan setiawan drpd Ipoh.
Terima kasih kerana ingat kat aku. Tak pasti samada kau singgah kat rumah atau tak.
Sebenarnya aku tak jadi umrah sebab masalah visa. Last minit baru tahu. Dah nak tukar duit dah. Ada cerita kat blog. Jadi aku terus ke Langkawi membawa diri. Aku keluar dr Langkawi 6pm hari ahad. Tak sempatpun nak tunggu kau.
Sekarang Lumut menarik sikit berbanding dulu. Jika tak, sia sialah MB nya orang Pangkor, walaupun dia dipersia siakan oleh ramai orang kat negeri darul kartun ni.

OK lah, 10Q