Zaman sekolah rendah Teluk Batik adalah pantai yang terdekat dari kampung halamanku Desa Tualang. Selalunya sebut Pesta Lumut maka gempaklah satu kampung. Terkadang aku mengikut rombongan orang kampung untuk berkelah di Teluk Batik ini, pernah juga arwah Apak bawa kami dengan keretanya melihat Pesta Lumut. Perjalanan ke Lumut mengambil masa sekitar dua jam, ikut Batu Gajah, Parit, Bruas jalan lama.
Kenangan zaman sekolah itu cuma berbalam sahaja; terlalu lama jarak masanya kini. Sekarang aku dari jauh memandu sendiri & bersantai di pantai Teluk Batik ini. Pantainya sederhana besar & banyak terdapat pokok yang rimbun. Gerai jualan semakin banyak & nampak teratur. Baju yang dijual memang cantik² sebab sesuai dengan nama Teluk Batik bercorakkan batik tempatan yang sememangnya anggun. Cumanya orang yang telah boroi seperti aku agak payah mahu mendapatkan baju saiz XXL. Selain pakaian tentunya makanan kering dari laut. Sebut sahaja apa jenis makanan kering, dari ikan masin hinggalah sotong pelbagai resepi masakannya. Tak jadi masalah jika ingin membeli ole-ole. Dinasihatkan beli di pekan Lumut jauh lebih murah.
Hanya Anif & adik Azim mandi laut di Teluk Batik yang lain sekadar santai & bergambar di pantai ini. Cara hidup rakyat kita kini telah mengikut jejak orang Siam. Tahun 90an aku pernah ke Phuket di mana di pantai mereka tersedia sofa² kayu untuk Mat Saleh berjemur. Pemandu Pelancong memanggil minah Mat Saleh ini Ikan Duyung. Sofa kayu ini jika kita guna kena bayar sewanya; ini yang terdapat di Teluk Batik sekarang, semasa kami menyewa sebelah petang sebuah sofa sekadar RM2 sahaja mungkin lantaran telah pun hampir senja. Secara lojiknya tentunya sofa ini akan disewakan sekitar RM5 jika dari pagi ke petang. Selain itu biasalah sewa pelampung, kayak & naik belon berbentuk pisang. Meriah!.
Air di pantai ini agak dalam, tak landai maka anak² tak bolehlah bermain jauh ke laut. Semasa aku di pantai hari Isnin ia itu hari bekerja maka tidaklah sesesak mana. Memang damai di sini jika ingin melihat mentari terbenam. Waktu kami di pantai air mulai pasang, ombak di sini sederhana Laut Selat Melaka tidaklah seganas Laut Cina Selatan.
Mengikut perancangan aku mahu tidur di Desa Tualang, jika tiada aral sekitar dua jam sampailah ke kampungku. Maka aku membuat keputusan melihat mentari terbenam di Lumut sahaja dijangka sekitar jam 7:00 atau 8:00 malam bertolak dari Lumut maka tidaklah jauh malam sampai di kampung. Semuanya menjadi tersasar boleh tersesat masuk ke kem Raihan tinggal; macam mana aku termamai pun tak pasti, kena diambil Mycard & patah semula untuk ke Lumut. Di Lumut pula Afiz tak setuju parkir jauh sangat kena bayar lagi sebab termasuk parkir kenderaan ke Pulau Pangkor. Akhirnya aku lepak sendiri di Avanza menunggu Mila & anak² membeli belah. Payah dapat parkir di pekan Lumut, kalau ada pun jauh terpencil.
Ada dua kedai borong barangan laut milik orang kita Melayu; betul² di hadapan Blue Bay Resort, Lumut. Kedai ini agak besar juga senang parkir & memang murah. Aku beli di kedai sebelah kiri, sebelah kanan ada nama Jamilah; sensitiflah pula nama Mila tertera di papan tanda kedainya.
Sekitar jam 8:30 malam baru kami meninggalkan Lumut menuju ke Batu Gajah. Sempatlah Mila & anak² melihat Lumut di waktu malam. Dalam perjalanan sempatlah aku menyimpang ke Bandar Seri Iskandar tapi tak jumpa rumah Yasin. Memang banyak restoran yang dilalui sepanjang perjalanan tetapi aku terfikir baik makan di Batu Gajah bandar kecil mungkin makanannya lebih istimewa banding jalan besar di mana sering bas pelancong singgah.
Banyak rupanya jalan baru untuk ke Batu Gajah. Mila keliru dengan kedudukan Gopeng. Memang ada jalan pintas ke Gopeng tetapi masalah mahu makan di mana. Tak siapa berani makan di Gopeng masalah santau sejak berzaman memang tak selesai di pekan Gopeng. Maka itu tak ada pun satu kedai makanan yang maju di pekan Gopeng. Maka aku terpaksa menuju ke Batu Gajah semata-mata mahu mencari kedai makanan. Sekitar 9:45 malam baru sampai di Batu Gajah. Mila sudah mulai bising kelaparan. Nak jadi malang terpilih kedai yang asyik berkaraoke. Orang zaman 60an belaka berkaraoke.
Aku memanglah terasa bila mendengar bebelan Mila kelaparan pun aku tersesat jalan, manalah kita tahu perjalanan yang tanpa pun ada peta panduan sekadar mengikut papan tanda jalan; tentulah stres. Berjalan malam bagi orang berumur memang agak nyanyuk; daya ingatan semakin kurang. Pula tu! manalah kita tahu kedai yang kita singgah punyailah lembab; siap tanak nasi lagi, sejam lebih baru sampai makanan yang dipesan. Karaoke yang beralun memang sedap belaka Pakcik Batu Gajah nyanyikan tapi nyanyian di perut lagi keroncong & membingitkan.
Siap satu demi satu dihidangkan; bukan sekali gus dihidang sejam lebih barulah dapat makanan yang aku pesan!. Anak² dah mula lapar semula. Masalah makan di luar bagiku memang telah masak banget; tak jadi masalah lambat atau cepat cumanya jangan ada kalangan keluarga yang resah & bersungut!. Angin jadinya. Pernah berlaku ada pelanggan yang meninggalkan meja atau terbalikkan meja kalau memang lapar gila tapi makanan tak muncul-muncul. Aku taklah sampai begitu. Berpuasa sepanjang hari boleh takkan nak menunggu sejam dua tak boleh!.
Teluk Batik
Desa Tualang ketika malam sememangnya bagaikan perkampungan tinggalan lama. Sunyi sepi sangat, hutan keliling, neon jalan amat sedikit. Perjalanan dari Gopeng ke pekan Kota Bharu Perak memang sunyi. Bayangkan aku hanya bertembung dengan sebuah kereta sahaja perjalanan yang berbelas km. Dengan kuil india & pokok aranya. Jalannya pula berliku-liku. Tak dapat aku bayangkan bagaimana Abg Ali waktu bercinta dengan Kak Nomie sanggup berjalan tengah malam dari Gopeng ke Kota Bharu ini sendirian. Ada sekitar dua tiga kampung & perumahan sahaja sepanjang perjalanan. Selebihnya kalau dulu ladang getah sekarang telah bertukar manjadi ladang kelapa sawit.Sampai di rumah arwah Opah Bi sekitar jam 11:30 malam; huh! gara-gara mahu makan di Batu Gajah. Berbual dengan Rahman bekas Ketua Kampung sampai jam 2:30 pagi. Isteri Rahman; Izan telah masak banyak sebenarnya, dia Tom Yam & pelbagai. Mila yang tak faham maksud bualan di telefon.
Masalah politik di Perak memang menjadi isu; Rahman adalah bekas Ketua Kampung bagi PR. Maka banyak maklumat yang aku dapat cungkil. Katanya keputusan Mahkamah Rayuan 3/2 memihak PR tapi faham² sahaja BN mana mungkin mahu umumkan. Paling aku sedih tanah sekitar kampungku habis disamun lanun dari luar. Datuk² dari luar habis belasah Tanah Rizab Melayu, sekarang tengah ura-ura nak jual batu buat simen. Sebagahagian lagi jatuh ke tangan bangsa asing. Tanah pasir lombong jangan ceritalah; orang kampung pun telah buat banglow berpakat² jual pasir melalui kuncu² golongan BN ini. Bayangkan selori pasir tak sampai pun RM10 bila dijual ke pemaju sekitar RN70 selori; siapa yang kaya tu?.
Tak dapat aku bayangkan jika datuk moyang kita hidup semula; betapa mereka ini bersusah payah, meneroka & membangunkan kampung ini. Aku teringat bagaimana arwah Apak berkerja keras membuka tanah; upah orang sana sini. Arwah apak memang terkenal dengan sikap bela dirinya, aku lihat dia asah parang panjang bila anak² tak balik ketika 13 Mei. Aku teringat arwah Abg Din redah kampung sebelah lantaran ada yang berani nak bakar rumah pusaka; ditembaknya si gerladangan, katanya kena kaki. Polis pun tak berani nak bertindak sebabnya memang mereka ini penceroboh. Bila hak tercabar mana mungkin duduk diam! Tapi kini apa orang kampung buat dengan penceroboh ini?.
Bukit Senyum yang baru sahaja aku uar²kan telah lenyap. Orang kampung sama² jual tanah, jual pasir. Orang kampung ini bukannya ada tanah pun di kampung ini lagi!. Menumpang di tanah² milik kerajaan kini. Golongan ini masih ujud di kampung. Mana ada sikap sayang kampung halaman. Penjarah belaka.
Aku tak jenis tegar atau taasub dengan mana-mana parti politik tetapi aku amat menyampah mereka yang kejar harta sanggup gadaikan maruah bangsa; sanggup jual tanah Rizab Melayu milik nenek moyang kita. Telah kaya tak sedar diri. Golongan ini paling aku menyampah.
Selepas aku menghantar Aziq ketemu rakannya di Ipoh; aku sempat ke Jalan Watson. Di mana Asrama Putra tempat aku belajar sekitan tahun 70an. Asrama Putra Jalan Watson telah tiada. Telah dirobohkan menjadi padang bola. Tinggal dua bangunan lama terbiar si pinggir jirat cina. Asalnya ada tiga blok bangunan tempat kami berasrama. Sedih amat rasanya melihat bangunan asrama ini terbiar; bangunan FRU di depan Asramaku masih cantik dijaga. Banyak persekitaran Jalan Tambun telah berubah, aku tersasul masuk ke kawasan rumah Ketua Polis Daerah Ipoh. Tak fasal-fasal Polis Ronda terkedu; satu kerja mengekori Avanzaku. Biasalah langkah keselamatan. Dalam Avanza alatan pancing adalah. Takkan aku nak mancing Ketua Polis kut!.
Aku kembali ke Desa Tualang setelah ke Ipoh tak sempat nak singgah banyak tempat si Anif tetiba pening kepala. Tidur tak cukuplah tu!. Terbuntang di bangku depan Avanza. Menuju ke Baatu Gajah mencari umpan pancing.
Ingat petangnya mahu memancing; hanya Azim yang mahu menemankan aku!. Tetapi amat mengejutkan setahun lalu tapak lombong yang luas ini banyak ikan. Sekarang ianya telah keruh airnya. Apa ikan pun tak mahu makan umpan. Semuanya gara² jual tanah lombong!. Dua kali baling aku pun kembali ke Tasik Azim di kampungku. Pun ceriteranya sama. Telah ada jentolak di parkir yang aku selalu guna. Kawasan ini bakal dimajukan; batu batan di kampung aku akan dipunggah orang Datuk dari luar! Keadaan ini kena dibetulkan. Bagaimana mahu menyedarkan orang kampung yang kian menjual kampung. Termati niat memancing, gerimis pun mulai turun, aku & Azim sekadar mengambil gambar dari jendela Avanza.
Apakah kampung aku akan jadi seperti Kampung Bakap. Cuma tinggal tanah wakaf sahaja kini. Kampung Bakap telah tiada di peta dunia. Apakah orang kampung juga mahu keadaan yang sama. Aku kecewa sangat melihat keadaan kampungku. Berpecah fahaman. Badanku pun terasa amat penat & lesu. Bagaikan demam kian menyerang!, bungkam amat rasanya.
Selepas magrib aku pulang ke Jenaris dengan badan yang memang amat penat. Penat yang lebih adalah lantaran radang melihat gelagat orang kampung yang tak sayang kampung sendiri. Sampai Jenaris sah aku demam kuat; demam apa pun aku tak tahu. Tak boleh bangun & aku tidur sepanjang hari!. Tak ingat entah berapa hari aku tak mampu bangun lagi. Tak sedar pun bila siang bila malam.
17 ulasan:
Salam Idan
Selepas felcra nasarudin kau akan jumpa binaan tinggi tanda nama SELAMAT DATANG KE SERI ISKANDAR. Itu kws rumah aku. Lepas tu simpang ke Parit macam aku sebut dulu.
Utk ke Tg Tualang tak perlu ke Bt Gajah. Selepas UTP ada simpang kekanan dimana jalan tu menghubungkan Seri Iskandar dgn Bt 8 Tg Tualang.
La ni Perak darul kartun memang kartun. Tiada menteri besar. SPR dah surver tempat. Yahooooo. Jom kite nyundi yop !
YB
cantik hijau berbaur bertaut biru
Sahabatku YB
Aku lalu kat Bandar Seri Iskandar itu telah malam. Ada pasar malam sebelah kanan tu; aku masuk juga ke simpang yang ada pokok lampu tu. Ada anak aku ambil gambar pokok lampu lawa tu!.
Sayang digital kamera anak hilang di pustakaan Seremban tak puas pakai lagi!. Banyak gambar tersimpan di dalamnya hangus.
Memang aku perasan simpang ke Tg Tualang itu. Target nak makan di Batu gajah tu yang aku tak ambil tahu.
Buku Zunar tu aku beli di tangannya siap dia t/tangan lagi. Nampaknya BN tak mahu umum mereka tiada hak lagi di Perak. Senyap sahaja.
Kg aku tu masih sakit org Kg masih pekat dengan BN biar pun Pakcik aku tu lahir di sana. Sian perjuangannya sebelum merdeka anak buahnya pun tak nampak!.
Bagaimana nak sedarkan orang kampung!.
Sdr Zeq;
Biru telah hanya igauan di Perak, ianya sekadar bunian entah ujud entah tidak!
Tapi tanah hijauku habis kena kebas! tengah mencari jalan untuk menebus semula!.
huh nak tebus parah juga,,
tempat jatuh lagi dikenag..
Sdr Zeq;
Sebahagian telah dapat kutebus tetapi memang memerlukan duit yang banyak.
Bergantunglah kepada kerjasama Peg Daerah sesuatu tempat tapi Mukim Teja di mana banyak tanah arwah Apak telah tergadai sekarang telah bertukar no geran tu yang bikin payah & mengelirukan!.
Sdrku BujangSusah,
Tak ada yang sempurna hidup ini, kita serba serbi banyak sangat kekurangan. Lagi kita ingin berlaku baik lagilah kita teruji. Lagi kita menegur seseorang lagilah banyak aibnya diri kita.
Tapi kita tak boleh terusan membiarkan diri kita hanyut; harus ada rasa ingin membaiki diri. Setakad kita sendirian membaiki sendiri tak mungkin berjaya. Rakan yang baik akan menegur silap kita. Rakan yang baik sentiasa menjadikan kita bahan komen & cepat sedarkan kesilapan kita.
Saya sebenarnya telah lama hilang sahabat. Sejak bersara rasanya diri makin jauh terpencil. Tak sapa rajin menyapa.
Agar blog dapat memandukan kita ke arah ukhuwah yang lebih terbuka.
Sayu dan pilu bila membaca tentang kerakusan insan tamak yang tidak memikir jauh di masa depan. Tanpa kampung, di mana jati diri kita? Tanah lahir? Laman leluhur jatuh ke tangan orang?
Moga segera sembuh Bang IDAN.. jangan jemu menulis yer... Saya suka...
paksu...dapat plak tdo umah opah bi, kitorg x dpt singgah sbb x ada org pn setiap kali gi sana..mukin diorg takut kot sbb wat salah...hihihihi..bestnya kalau ada saudara terdekat jg umah tu...nak beraya kat kmpg ada tmpt tdo..huhu
Dik Azah
Sebenarnya telah lebih separuh tanah di kampung itu telah dapat ditebus; modal tak ada nak bangunkan semula rumah pusaka. Kalau tidak memang syok bercuti di kampung Dik Azah boleh bawa famili bercuti bersama di sana.
Mungkin rezeki tambah murah akan terlaksana juga impian membangunkan semula rumah pusaka itu.
hi, blog sy dah bertukar. sila add ke kitacantiq.blogspot ye. thanks!
Siti...
Pertama kali dapat respon dari anak buah alangkah seronoknya!; nanti kalau terbuka hati Mak Su Mila kita tu untuk mahu berhijrah ke kampung memang Paksu mahu bangunkan semula rumah pusaka itu untuk kita mudah bercuti di kampung.
Sekarang Maksu masih nak berkerja & berura-ura nak tinggal di Meru itu yang menjadikan Paksu tawar hati nak bangunkan rumah pusaka itu!.
Lagi pun rumah itu milik Mak Siti (Kak Nomie) sedih tenguk ianya makin terbiar!.
Rumah Opah Bi itu rasanya biarlah sebelah mereka yang jaga!.
siti pun sayang gak kt umah tu..tmpt siti lahir gak..tp kewangan x mengcukupi nak membantu...tp dgr umah tu agak seram gak...hihihi..kat sana keje apa yg leh buat? utk sumber pendapatan?
Mak Su Mila tu banyak duit, kalau dapat pujuk dia, terbuka hati nak duduk kampung & bantu buat rumah di kampung memang dah lama siap rumah tu.
Ingat nak susun batu blok sahaja; buat rumah batu; kayu mahal sekarang ini.
Nak takut apa pula, katanya gangguan itu berupa arwah Opah Kamariah, emak Pak Su; boleh juga buat kawan. Tak kan dia nak apa-apakan kita.
Di kampung tu tanam cili padi pun boleh hidup, samping itu tanam jering, herba kampung atau jual sayuran kampung. Bayangkan pucuk gajus, tenggeh burung, pucuk ubi, kadok semua laku jika rajin berjual; Tanah luas terbiar; pulihkan semula dusun; kalau musim durian boleh berjual tempoyak. Nak kerja makan gaji sekitar Batu Gajah & Ipoh mesti banyak!
betul gak..jula2 sayur..kalau berbudi pada tanah..dapat hasilnya..untung gak..berupah opah ek..mak kata suara atok...tp xpe lah..jg umah jer mmg x kacau kita kalau kita x kacau dia..
mana lah tau tiba2 siti plak yg duk kmpg...hihihi...usaha tanah yg ada..
Tak kiralah siapa yang jadi penunggu kat rumah pusaka itu janji jangan ganggu kita.
Kalau memang jodoh Siti dengan orang sekitar kampung, apa salahnya jaga tanah pusaka tu, tak kurang ada 2 ke 3 ekar tanah itu milik emaknya.
Jangan biarkan ianya lepas di tangan org; buat masa ini sementara Pak Su masih hidup tak kisahlah Pak Su ambil kuasa tebus & bayar hasil tanah itu. Nanti Paksu tak ada pakat-pakatlah dengan Afiz tu bagaimana nak majukan tanah-tanah yang telah ditebus itu.
Nak buat hutan simpan tak kisah; tanam pokok-pokok berguna. Pokok Sentang pun boleh buat balak Siti.
Ada dalam sekitar 10 ekar lagi kena usahakan agar tidak terlepas ke tangan orang!.
ooo...siti x berapa tahu sgt bape mak siti nye tanah kt situ..insyaallah...kalau ada yang boleh siti usaha tanah tu nanti siti usahakan..tanam lah poko apa-apa yang boleh dapat hasil...
Catat Ulasan