iDAN

14 Januari 2010

Warkah buat Cikgu (Singgahsana)

Blogger iDAN

Class Streaming; atau pengasingan kelas bagi pelajar cemerlang. Memang ada baik ada buruknya. Tapi dalam sudut pengajaran memang mudah sebab senang menunjuk ajar pelajar yang cemerlang tanpa gangguan pelajar lembab. Pun tak semesti di kelas yang lembab cikgunya juga lembab tak payah mengajar!. Begitu kan?. Secara peribadi bagi saya yang telah berusia ini, jika sekolah biasa tak perlulah buat pengasingan ini. Nak pelajar baik usahakan masuk anak-anak ke MRSM atau sekolah berasrama penuh yang lain. Jangka masa panjang saya perhatikan masalah moral sering timbul jika tidak terdidik dgn baik; pelajar yang ditempatkan di kelas cemerlang atau sekolah baik-baik ini ramai egonya tinggi bila memasuki alam berkerja. Ramai kalangan mereka yang menjadi ketua atau VVIP di jabatan punyai masalah sebab terlalu muda duduk di kerusi bos semata-mata mengikut skala akedamiknya yang tinggi. Ramai prof muda-muda punyai masalah perhubungan dengan pegawai bawahan sebab sejak di bangku sekolah lagi mereka ini sendiri dipuji & ditatang manja. Bila berkerja pastinya berbeda. Payah mereka bergaul dengan golongan rendah IQ sebab dah terbiasa bergaul dengan mereka yang bijak pandai belaka. Semasa saya di St Michael Inst Ipoh; memang sekolah tersebut tak mahu pengasingan ini takutnya masalah bangga diri kalangan murid pun rasa terbiar pelajar yang kurang bijak. Directornya mahukan anak murid dilayan sama rata. Baru beberapa tahun lalu, ramai kalangan ibu bapa kecewa amat bilamana sekolah sekitar Kajang ini; yang mengasingkan pelajar ini... sekadar membuat majlis doa selamat & sembahyang hajat bagi mereka yang di kelas lemah sahaja. Termasuklah anak saya. Malu cikgu... terasa kita jadi ayah kpd anak yang bodoh!. Majlis agama begini pun mahu diasingkan. Saya katakan cikgu sekolah tersebut ego. Orang pandai rupanya tak perlu berdoa & sembahyang hajat. Ada seorang ayah lantang mempertikaikan tindakan guru-guru di sek. ini. Pengetuanya seorang wanita menyanggah ego dengan keputusan mereka buat majlis sebegitu. Tahu apa jadinya selepas PMR, ramai kalangan pelajar selemah anak saya layak ke MRSM pun tawaran ke sekolah asrama penuh yang baik-baik! lantaran mendapat keputusan cemerlang dalam PMR mereka. Yang pandai ramai juga yang tercicir. Aziq anak saya memang dapat tawaran MRSM mulanya di Sabah terpaksa kami tolak jauh sangat; kemudian pengambilan kedua dapat tawaran di Penang tak dapat maklumat kpd kami sebagai ibu ayah. MRSM Penang pun satu hal; buat tawaran guna telefon melalui telefon bimbit Aziq sahaja, tak pakai surat. Aziq pula ketika itu dah duduk di asrama Sek Teknik Gombak. Mana boleh bawa Telefon Bimbit. Maknanya di sini tak semestinya dalam kelas terasing, pelajar lemah itu tidak berjaya. Samalah si Afiz anak sulung saya biar pun dia dari sekolah biasa bukan Sekolah Teknik; dia masih dapat ke Politeknik sebab dia pintar dalam Mathematik. Dapat A1 ketika SPMnya. Sekarang Afiz sedang menghabiskan kajian Diploma Pemasaran. Dia sering mendapat Sijil Dekan di Politeknik dalam banyak kosnya. Biar pun semasa di sekolah biasa dia di kelas murid tercorot. Motivasi dari cikgu & ibu ayah itu yang amat penting. Semua manusia sebenarnya dilahirkan baik & pandai belaka jika kita rajin asuh-mengasuh mereka!.

January 14, 2010 6:16 Petang.

16 ulasan:

asilahmuhajer berkata...

salam,
thanks untuk kisah ini.

iDAN berkata...

Cikgu, anak saya yang sulung pun tak setuju dengan pengasingan kelas ini!.

Kita tenguk apa kata ibu ayah yang lain!.

iDAN berkata...

Anak saya yang ketiga pula suka kelas diasingkan sebab cara pengajaran kelas pandai itu lain katanya.

Yang murid lembabnya sering ganggu kelas katanya!.

YB berkata...

Salam Dan,

Manusia ni semuaya pandai. Cuma di mana letaknya kepandaian itu berbeza. Ada 2 tempat letaknya. Satu di kepala dan satu lagi di tangan. Yg letak di kepala, itulah pelajar pelajar yg berada di universiti. Yg letaknya di tangan itu lah golongan yg berada di pusat kemahiran.

Oleh sebab itu bagi aku pengasingan tu perlu. Penerimaan mereka berbeza. Kemahiran mereka berbeza. pemikiran mereka berbeza. Harap ketaatan mereka biar sama.

Ieza berkata...

ieza x pasti suka atau tidak cara ni tapi anak sulung ieza dulu ditempatkn dikelas kedua ieza tengok mereka di utamakan..kelas pertama,kedua dn ketiga sering diutamakn..dn pasti ieza suka..kena anak kedua..dia agak lemah dn duduk di kelas ketujuh..rasanya x seronok pulak..sbb risau mereka di abaikn...

Cetusan berkata...

cikgu jujur makang gaji

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Alhamdulillah... gembira baca kejayaan anak-anak iDAN. Mudah2an kecemerlangan mereka terus berkekalan. Mungkin berkat doa majlis doa selamat yang diadakan dulu kot. heheh

Walaubagaimanapun... benih yang baik kalau dicampak ke laut akan menjadi pulau.. InsyaAllah.

abuyon berkata...

salam sahabatku Idan,

Hmm .. macam filem Hindi
agaknya

Hero mesti kalah
dulu!

Bila nak update
sajak!

echah_syed berkata...

betul jugak ckp anak saudara idan.kalau budak lembam tak diasingkan menjadi masalah kpd pelajar lain.

tapi kelas budak lembam ni kena ada cikgu yg sabo dan dedikasi.kalau tidak sampai bila pun masalah tak selesai.

budak2 dari sekolah berasrama penuh ni dorang sgt beruntung sbb cikgu2 mmg rajin dan dedikasi.cikgu pun beruntung jugak sbb mengajo budak yg mmg sedia pintar.betul tak?

apapun combi percaya kalau rajin belajar dan berusaha sekolah biasa pun bole berjaya.mungkin parents & cikgu akan lebih berbangga lagi.

iDAN berkata...

Sahabatku YB

Apa yang YB cakap itu betul, ada pelbagai kepandaian anak-anak kita. Maka itu jika mahu masuk jurusan teknikal atau kemahiran kena ada ujian IQ.

Ada kelas Sastera & Sains jika zaman kita dedulu. Pengasingan ini penting.

Begitu juga ada kalangan pelajar satu yang tak mahir & tahu membaca memang kena asingkan. Cikgu kena berkerja keras agar pelajar ini akan meningkat & dapat bersaing dengan rakan.

Memang perlu pengasingan.

Maka itu perlu diingat pelajaran yang dalanm pengajian Diploma biasanya akan lebih mahir dalam kerjaya berbanding pelajar ambil Ijazah tanpa Diploma. Cara pengajaran & penekanan tentang praktikal berbeda amat berbeda antara Diploma & Ijazah.

Maka itu ada kalangan pemegang Diploma cepat menjadi Pengurus atas kemahiran mereka di sektor swasta. Ada yang menjadi Ketua Pengurus, memantau kerja pemegang Ijazah.

Pengasingan memang ada ketikanya perlu; tetapi kalau telah diasingkan bagi kelas Sains & Sastera bagi tahun 4 & 5 rasanya tak perlu. SPM amat penting menentukan masa depan murid-murid.

Begitu juga bagi Tahun 1, 2 & 3 di Sekolah Menengah rasanya banyak sangat pilihan bagi pelajar kini.

Biarlah cikgu ambil berat semua kelas. Cikgu sekarang pun semua punyai Ijazah belaka tak kira di sekolah mana!. Malalah ramai pemegang Master!.

iDAN berkata...

Sdr Ieza;

Perasaan itu yang saya maksudkan, jika anak kita memang di kelas pandai seperti si Anif yang memang bukan lembab sangat memang dia suka duduk di kelasnya sekarang.

Apa jadi jika anak kita lembab seperti di kelas tercorot; ini yang saya maksudkan. Memanglah ayah & ibu terpaksa campur tangan seperti menghantar kelas tiusyen atau sokongan moral yang lain. Maka apa makna cikgu di kelas yang mengajar di kelas ini. Apa pula keperluan cikgu di kelas ini yang punyai masa yang sama tempohnya mengajar pelajar cemerlang.

Rasanya kementerian kena ambil tahu; takutnya anak-anak ini akan tercicir terus. Kalau perlu cikgu yang mengajar di kelas ini kena diberikan elaun tambahan untuk buat kelas tambahan atau bantuan khas cara pengajaran yang lebih berkesan seperti bantuan mengajar yang lebih mempercepatkan kemahiran pelajar di kelas ini.

Kalau tidak dipantau baik jangan asingkan mereka.

iDAN berkata...

Sdr Zeq;

Jasa cikgu tak mungkin kita lupakan. Maka itu ganjaran buat cikgu seharusnya sentiasa diutamakan.

iDAN berkata...

Sdr Diana;

Saya bangkitkan isu ini sebab saya merasakan ada cikgu telah tersilap dalam menafsir doa selamat & sembahyang hajat. Kenapalah pula diasingkan. Apakah tak cukup kemudahan atau ruang sekolah sampai menyinggung hati ibu ayah.

Tingkat kemahiran atau kepandaian anak-anak pun berbeda, ada semasa PMR amat lembab bila SPM dapat cemerlang. Ramai juga mereka yang tak bagus sangat SPM akhirnya dapat memegang ijazah malahan sempat buat PhD.

Usaha & kendiri itu yang amat penting.

iDAN berkata...

Sdrku Abuyon,

Semangat & motivasi belajar itu juga penting, ianya di pengaruhi oleh keluarga & rakan sekolah.

Tapi saya begitu yakin dengan takdir; usaha memang kena utama tapi ketentuan adalah di sisi Dia nan Esa.

Bab puisi ini, saya merasakan terkadang hilang ilham lantaran tak ada dorongan & isu yang dapat meruntun hati.

Bagaimana pun saya tidak pernah berhenti dari menulis puisi, insyaAllah jika ilham itu terbit pasti akan saya kemaskinikan situs ĕ-antologi Penyair iDANRADZi.. di http://idan.easyjournal.com

iDAN berkata...

Combi,

Kelebihan sekolah asrama penuh adalah taraf pendidik mereka memang teratas. Malahan yang buat soalan peperiksaan besar pun mungkin kalangan guru di sana.

Saya pun tak pasti siapa buat soalan bagi peperiksaan anak-anak kita. (Cikgu ke org luar.)

Memang jauh bedanya tinggal di rumah & tinggal di asrama penuh. Di rumah mana ada jadual, di asrama terikat dengan jadualnya. Makanan pun tersusun & biasanya ada bantuan kerajaan lagi.

Bab asingkan kelas saya sebenarnya lebih suka anak-anak ini tidak diasingkan kelas; sekadar asingkan jurusan itu kira okey!.

Ramai kalangan anak-anak rakan saya yang berjaya di sekolah biasa sahaja. Tak pun tinggal di asrama. Sekarang nun jauh merantau menuntut di luar negara.

Malahan ada juga anak rakan saya selepas PMR terpaksa keluar MRSM lantaran pencapaiannya tidak sebaik mana.

Cikgu sekarang semuanya sudah tinggi amat pendidikan mereka, tak kira sekolah di hulu mana pun.

iDAN berkata...

Emmm! si Azim anak saya yang bungsu tak suka kelas diasingkan. Dia baru darjah enam di kelas "Pertama Pandai" dari enam kelas yang ada.

"Tak seronok ayah kelas diasingkan sebab ramai kawan baik Azim tak ada lagi di kelas ini..!"

Itu jiwanya anak-anak kita!. Persahabatan itu jua amat penting!.