Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

15 Januari 2010

iDAN buat pembedahan kecil & Avatar (Singgahsana)


Artikel Asal Sekitar
30/12/09


Sila klik sini; idanradzi-ketika-40an Ada beberapa respon terkini & agak menarik tentang kenangan kerjaya dahulu.

30.12 09

1. Hari ini aku tak sihat sangat, batuk hingga tak boleh keluar suara. Telah masuk hari ketiga keadaan kesihatanku semakin merimaskan. Ubat tak larat lagi nak telan.

2. Semalam aku ke Seremban, merisik buat anak sulung; Afiz tak sangka ada Lebuh Raya baru Lekas, dari Jenaris ke Seremban kini sekitar 15 minit sahaja. Tol Rm4. Memang mengejutkan aku, tak sangka perhubungan kini semakin cepat. Esok² aku boleh tenguk wayang di Seremban. Siapa di Seremban nak jumpa Penyair iDANRADZi kasi tahu sahaja. Aku dah pandai nak ke masjid negeri & makan² di Parkson itu. Merisik diteruskan ke Pahang pula!; adoi! katanya tak jauh dari Tasik Cini. Jauh tu!. Macam mana si Afiz ini boleh jatuh cinta dengan Puteri Tasik Cini ini!.

3. Semalam aku membuat pembedahan kecil, baik sangat doktor India perempuan itu, Klinik Damai sebelah rumah sahaja. Malunya kena buka maju, nampak perut boroiku. Dah tu adik lelakinya doktor ini tak reti buat pembedahan kulit begini. Ada ketumbuhan di pelipat ketiak; Adoi sakit banget! hampir dua minggu tak boleh tidur nyenyak. Berdenyut selalu. Doktor kata ianya sejenis penyakit bernama seiras bunyi walt... tak pasti walt disney tu aku memang tahulah. Puas aku cari maklumat di dunia maya tentang sakit ini. Tak jumpa. Kena suntik kebas & guna laser!. Aku cakap dengan pembantu klinik tu, abg nak sunat lagi; dah janji dengan doktor!. Dia tak percaya serta tergelak besar. Konsepnya samalah macam bersunat semula; matikan semua urat ketiak tu! & bakar. Buang daging yang tumbuh itu. Kalau dibiarkan memang boleh jadi Orang Akar.

4. Hari Sabtu aku bersama anak teruna empat orang tenguk Avatar di panggung Cheras Selatan. Bangus banget filem ini. Elok benar bawa kekasih atau keluarga menonton. Di situs ini ramai kalangan pengkritik memberi 9/10 bintang. Kalau aku kasi 10/10 bintang. Watak paling aku suka adalah Neytiri. Babak paling tragis ketika hutan dimusnahkan & apak Neytiri terbunuh. Kalau anda tak menangis ketika ini memang hati anda; hati batu!. Azim kata jeritan Neytiri ketika ini kelakarlah sangat. Jake sanggup meninggalkan dunia nyata & hidup dengan cintanya bersama golongan Pandora yang cintakan hutan belantara dalam dunia animasi. Aku kasi ceritera ini, filem ini terbaik tahun 2009 yang aku tonton. Kalau boleh nak menontonnya berkali²!. Tahniah Pengarahnya James Cameron!.

5. Harap² minggu ini cepat aku sihat sebab nanti Ahad aku akan memandu jauh bercuti di sekitar Lumut & nak balik ke Desa Tualang Kota Bharu Perak.

nota kecil: Aku pernah menulis artikel Moh! Masuk Hutan. Sebenarnya aku pernah tidur sepanjang malam di hutan Puchong. Tanpa sebarang kelengkapan khemah pelbagai... dalam agenda motivasi; ketika itu bulan mengambang!. Memang hutan ini ketika malam amat indah bila disuluh cahaya rembulan; bak 1001 bintang berkerdipan di bumi; aku telah lama jatuh cinta dengan hutan. Terlalu indah hutan ini!; Tenguk filem Avatar ini memang indahnya hutan diterjemahkan di layar perak.

Apa Kata Harian Metro

Filem: Avatar hebat

SELEPAS menggemparkan pawagam 12 tahun lalu dengan Titanic, James Cameron kini hadir bersama buah tangan terbarunya, Avatar.

Perubahan demi perubahan menakjubkan dapat dilihat dalam karya ini. Pendek kata, dunia perfileman kini bagai mengalami ‘perang’ imejan janaan komputer (CGI) dan Cameron kembali dalam industri filem menyahut cabaran itu.

Berpeluang menonton filem terbarunya, tidak banyak yang boleh dipertikaikan. Kredibilitinya semakin teruji selepas filem romantiknya (Titanic) menerima pujian ramai.

Kini, Avatar bakal mengulang kejayaan sama.

Seorang teman penulis berkata, bertih jagung dan minuman ringannya tidak disentuh ketika menonton filem ini kerana dia teruja dengan babak dipersembahkan. Malah, penonton lain juga bertepuk gemuruh selepas tayangannya tamat.

Perlu berkata apa lagi jika penonton mengiktiraf karya menarik Cameron. Penulis juga berkongsi pendapat sama dengan mereka, lebih-lebih lagi filem ini pasti menjadi kerugian besar kepada mereka yang melepaskannya.

Cameron menulis skrip filem ini 15 tahun lalu tetapi ia ditangguh sehingga industri perfileman memasuki era moden seperti kini.

Avatar mengisahkan dunia imaginasi Cameron. Memfokuskan kehidupan watak utamanya iaitu Jack Sully (Sam Worthington), anggota marin Amerika Syarikat yang lumpuh separuh badannya.

Bagaimanapun, Sully diarah menyertai satu misi ke sebuah planet dipanggil Pandora, di mana ia diduduki sekumpulan makhluk biru yang mempunyai ciri-ciri sama seperti manusia tetapi ada ekor dan ketinggian melampau digelar Na’vi.

Sully akhirnya menyertai satu uji kaji dan dia ditukarkan kepada rupa bentuk makhluk berkenaan tetapi memiliki nama berbeza iaitu Avatar.

Meskipun Avatar dihantar dengan agenda tersendiri, planet berkenaan dilanda kucar-kacir apabila manusia menyerang.

Menyentuh soal lakonan, Worthington mempersembahkan lakonan mantap. Selain soal aksi dan paparan CGI, filem ini mengetengahkan elemen cinta antara Avatar dan Neytiri, gadis Na’vi lakonan Zoe Saldana. Tambah menarik, cinta dan perasaan dirasai Avatar membuatkannya berpaling terhadap kaumnya.

Saran penulis, sediakan diri anda untuk meneroka alam fantasi yang menarik dan menakjubkan.

Anda juga bakal dibawa mengembara ke dunia penuh ajaib, berwarna-warni.

  • Data
FILEM: Avatar
ARAHAN: James Cameron
PELAKON: Michelle Rodriguez, Sam Worthington, Sigourney Weaver dan Stephen Lang
GENRE: Aksi / Sains Fiksyen

TAYANGAN: 17 Disember 2009

Avatar mengagumkan

Filem berteknologi tinggi dan paling mahal dengan bajet pembikinan lebih RM800 juta


Filem: Avatar
Genre: Aksi, Pengembaraan, Fiksyen Sains
Pengarah: James Cameron
Pelakon: Sam Worthington, Zoe Saldana, Sigourney Weaver, Stephen Lang, Michelle Rodriguez, Giovanni Ribisi, Joel Moore, CCH Pounder, Wes Studi, Laz Alonso, Dileep Rao

KETEPIKAN judul lain, kini tiba masanya untuk filem terbaru arahan James Cameron bergegar di pawagam! Avatar, filem yang dihasilkan dalam bentuk 3-D selepas sedekad menggegarkan dunia hiburan dengan judul klasik, Titanic, kini bersedia mencatat lembaran baru dalam industri perfileman antarabangsa.

Bersama Titanic, Cameron mencatat kutipan RM6.3 bilion, apabila filem yang menyentuh hati jutaan penonton itu ditayangkan pada 1997. Dia kemudian mendiamkan diri agak lama bagi mencari formula terbaik menghasilkan filem seterusnya. Bagi Avatar, walaupun ceritanya sudah ada di depan mata 14 tahun lalu, tetapi teknologi yang mampu merealisasikan semua gambaran berkenaan belum wujud ketika itu.

Buat penggemar pembikin filem berkaliber ini, penantian lebih sedekad nyata berbaloi. Avatar tentu sekali menjadi hidangan hebat dan menghiburkan. Filem yang ditulis sendiri oleh Cameron ini seperti meletakkan penanda aras baru dalam dunia pembikinan filem.

FILEM terbaru arahan James Cameron yang dihasilkan dalam bentuk 3-D bakal mencatat lembaran baru dalam industri perfileman antarabangsa.

Menggunakan teknologi terkini, pembuatan filem 3-D, Cameron menzahirkan fantasi penerokaan ke sebuah planet asing sebagai sebuah realiti. Avatar tampil sebagai persembahan cukup mantap, disokong kesan visual yang mengatasi segala judul pernah ditayangkan, serta penceritaan yang kukuh lagi mengesankan.

Filem ini mengisahkan bekas askar Amerika Syarikat yang tidak berupaya, Jake Sully (Sam Worthington), mengambil bahagian dalam program Avatar, bagi membolehkannya berjalan semula. Program itu membawanya mengembara ke planet Pandora, yang berada sejauh 4.3 tahun cahaya dari Bumi.

Dunia Pandora penuh dengan kehidupan amat mengagumkan, dengan sebahagiannya amat cantik manakala sebahagian lagi menggerunkan. Ia juga menjadi tempat tinggal bangsa Na'vi, sejenis makhluk setinggi tiga meter dan berkulit biru berkilau. Mereka hidup secara harmoni bersama alam sekitar yang tidak tercemar.

Namun, apabila manusia makin jauh meneroka hutan tempat kediaman mereka bagi mencari galian bernilai tinggi, dikenali sebagai unobtainium, bangsa Na'vi kini harus menggunakan segala kemahiran keperwiraan mereka dalam menentang ancaman pendatang.

Jake pula menyertai program itu dengan separuh hati, selepas kematian abangnya. Disebabkan manusia tidak mampu bernafas dengan biasa di Pandora, mereka mencipta hibrid manusia Na'vi yang dikenali sebagai Avatar. Di Pandora, menerusi tubuh Avatar, Jake berupaya untuk berjalan semula.

Dia dihantar ke hutan Pandora sebagai pemerhati untuk memudahkan kerja manusia meneroka hutan terbabit, apabila mereka memahami kehidupan penduduk asal planet ini. Bagaimanapun dalam usaha mempelajari cara kehidupan Na'vi, Jake mula menyayangi kehidupan barunya. Kini, dia terperangkap antara kesetiaan kepada bangsa manusia yang makin hebat meneroka dengan bangsa Na'vi yang seboleh mungkin ingin mempertahankan kesucian alam mereka.

Sepanjang hampir tiga jam tayangan, penonton tidak akan sedikit pun kebosanan apabila hampir setiap saat diisi dengan visual yang tidak terjangkau dek fikiran. Maka tidak hairanlah apabila pengkritik melabelkan filem ini sebagai judul paling mahal dan paling berangan dalam dunia perfileman. Avatar yang menelan belanja kira-kira RM830 juta untuk disiapkan, nyata mempamerkan apa yang seharusnya terhasil oleh perbelanjaan cukup besar sedemikian.

Lihat saja pada watak Jake setelah dia bertukar menjadi Na'vi. Walaupun pada dasarnya dia hanyalah watak ciptaan grafik komputer, namun kebenarannya hampir tercapai. Makhluk biru itu menunjukkan emosi yang dapat dirasa, menerusi mimik muka dan cahaya matanya. Watak Na'vi perempuan, Neytiri (Zoe Saldana) turut mengagumkan. Bagaimana penonton boleh terasa dengan wataknya, sedangkan ia hanyalah watak ciptaan hasil kemahiran pakar komputer? Itulah yang dinamakan keajaiban teknologi pembikinan filem masa depan.

Sam Worthington yang ditampilkan sebagai Jake turut memberikan persembahan memberangsangkan. Cacat pada bahagian pinggang ke bawah, kita amat memahami mengapa dia teringin untuk berjalan semula. Namun, lelaki ini akhirnya berperang dengan perasaan sendiri, apakah dia harus kekal memperjuangkan ketamakan manusia, atau mempertahankan kesucian alam Pandora setelah dia sendiri mengerti kehidupan di planet baru berkenaan. Rasa itu ditunjukkan Sam dengan berkesan.

Avatar, selain daripada paparan visual tiga dimensi yang jelas lagi mengagumkan, juga sebuah pendedahan Cameron terhadap sifat manusia yang gemar menjajah dalam usah mengaut laba hanya buat mereka. Selepas bumi makin tandus dikerjakan, kini mereka menjelajah ke dunia lain dengan tujuan serupa. Dalam usaha mereka, kepentingan hidupan lain tidak diendah.

Lalu, sambil berhibur bersama kepintaran Cameron, usah lupa menilik pesanan pembikin filem berusia 55 tahun itu menerusi judul terbarunya. Selamat menonton.

Berita Harian

Sila klik juga ke Blog Sharidan pendapatnya tentang Avatar

http://www.frossonice.com/2009/12/avatar.html

Kehebatan Avatar dalam sejarah perfileman


Avatar


FENOMENA box-office bagi filem sains fiksyen saga, Avatar membuka mata semua pihak tentang kemajuan teknologi tiga dimensi (3D) dan kepentingan grafik yang digunakan sepenuhnya mampu memberi pulangan lumayan.

Sebelum ini, dua perkara itu sering dijadikan bahan sokongan untuk membuat satu-satu filem. Tetapi tidak pada Avatar. Ia merupakan adunan utama dalam olahan cerita Avatar. Dengan bantuan foto realistik yang mengaitkan alam makhluk asing yang kemudiannya diceroboh oleh sekumpulan manusia.

Avatar secara kasar mengutip sebanyak RM2.287 bilion di Amerika Syarikat dan Kanada manakala di United Kingdom pula sebanyak RM25.5 juta dicatatkan. Filem itu juga berterusan menarik ramai penonton untuk mengulangi pengalaman menonton filem berkenaan sehingga ke hari ini. Filem di bawal label 20th Century Fox itu juga berjaya menjadi bualan dan mempengaruhi bukan sahaja peminat sains fiksyen malah kumpulan yang kurang suka menonton di wayang.

Dianggarkan Avatar mencapai keuntungan sebanyak RM6.025 bilion dari seluruh dunia. Keuntungan kali kedua buat pembikin filem, James Cameron apabila berjaya mengulangi kejayaan filem pertamanya, Titanic pada tahun 1997.

Ia adalah filem paling cepat memecah rekod AS1 bilion. Ia turut mengalahkan filem The Lord Of The Rings: The Return Of The King sebanyak RM3.782 bilion, Pirates Of The Carribbean: Dead mans's Chest (RM3.447 bilion) dan The Dark Knight (RM3.347 bilion).

Dihasilkan dengan sokongan lebih 3,000 orang dan 10,000 komputer dengan mengambil masa lebih kurang 4 tahun setengah untuk mencipta Planet Pandora. Satu tempoh masa yang agak panjang bagi menyiapkan dasar untuk filem aksi pengembaraan itu. Ia termasuk untuk menyiapkan makhluk berwarna biru dengan ketinggian 10 kaki yang dikenali sebagai Na'vi. Pergerakan makhluk ini juga perlu dititikberatkan bagi memastikan ia tidak kelihatan canggung apabila proses pemindahan grafik dilakukan.

Cameron adalah seorang yang kuat berimaginasi. Karektor makhluk berwarna biru itu sebenarnya diambil daripada mimpi ngeri ibunya. Menerusi cerita ibunya, sekumpulan askar dari bumi berperang dengan makhluk biru berkenaan. Ia kemudiannya mencetuskan idea buatnya untuk menghasilkan jalan cerita berkenaan.

Kehebatan Avatar apabila mengadunkan karektor ubahan komputer seperti Scrooge dalam filem arahan Robert Zemeski berjudul A Christmas Carol yang ditayangkan baru-baru ini. Kesemua watak yang ditayangkan di skrin dekat di hadapan mata dan kadangkala seolah-olah berada di dalam filem berkenaan.

Cameron bersama rakan penerbitnya, Jon Landau menyelidik kira-kira satu tahun setengah dalam memastikan sama ada mereka dapat merealisasikan idea mereka. Mereka enggan menggunakan teknologi robotik yang dilihat boleh mematikan watak itu. Lantas bersepakat untuk mengubahnya dengan menggunakan teknologi komputer.

Bagi menyempurnakannya, mereka membina satu sistem untuk merakam ekspresi muka menggunakan kamera khas. Ini memaksa pasukan produksi Avatar menggunakan imej besar bagi memastikan kesempurnaan merekod wajah pelakonnya sama ada dalam situasi pergerakan dan pergerakan berpanjangan. Sebab itu anda tidak melihat kelemahan sama ada dalam babak perkelahian anjing, kapal terbang dan menunggang kuda.

Pendekatan Cameron berbentuk novelis. Pada masa yang sama, pengarah Steven Spielberg dan penerbit Peter Jackson meminjam pentas yang sama untuk dalam seminggu dan berfikiran mereka akan menggunakan metodologi yang sama untuk mencipta filem trilogi berjudul The Adventures Of Tintin: The Secret Of The Unicorn. Ia merupakan filem berdasarkan komik bersiri Belgium.

''Avatar adalah filem hibrid. Ia mempunyai syot penuh aksi digabung dengan karektor rekaan komputer dan kehidupan sebenar. Itu menyebabkan penonton tidak tahu yang mana satu imej sebenar atau palsu. Ini kerana Avatar mempunyai 60 peratus elemen rekaan komputer manakala 40 peratus lagi untuk imej realistik," kata Cameron.

Sebanyak 31 hari kumpulan produksi berkampung di Hughes Aircraft, Playa Vista Los Angeles mengambil foto manakala 31 hari lagi untuk sesi rakaman imej asli di New Zealand. Bagi menghidupkan watak golongan minoriti manusia di Pandora, pereka produksi melawat kawasan perlombongan Noble Clyde Boudreaux di Mexico. Itu bagi memastikan fotografi mereka menepati aspek selepas diadun dengan bantuan teknik imej penjanaan komputer (CGI).

Filem ini juga tidak terlepas daripada mendapat kritikan keras daripada pembikin konservatif yang menyifatkan filem ini untuk penerbit yang pemalas. Ia adalah hasil fantasi sinematografi Cameron yang mempunyai stail permainan video. Selain itu, menggabungkan komen sosial masyarakat, mistik dan pemahaman politik yang konservatif.

Mereka juga mengatakan bahawa Avatar menggambarkan imej kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang gemar memperluaskan jajahan dengan menakluk negara kecil. Ia bertujuan untuk mengambil alih kuasa pimpinan, menakluk ekonomi, agama dan hasil semula jadi negara berkenaan. Peperangan adalah satu cara untuk merealisasikan impian kepimpinan AS itu. Bagaimanapun, perkara itu kemudiannya disangkal oleh kebanyakan kepimpinan tinggi agama Kristian yang mengatakan bahawa Avatar hanyalah hiburan semata-mata.

Utusan Malaysia.

14 ulasan:

azieazah berkata...

Salam bang IDAN..

1. Saya juga tidak suka batuk. Demam okey lagi. Moga bang IDAN segera sembuh..

2. Saya pernah guna LEKAS. Memang lekas pun. Ehh bakal bermenantukan orang Pahang ker. Ehh orang Pahang lawa-lawa tauuu...
Jumpa Penyair iDAN? hmmm... tingin gak.. hehehe

3. Doktor pasti tahu apa yang terbaik untuk pesakitnya.. Tawakal je lah..

4. Wahh best nyer dapat pegi menonton dgn anak-anak. Filem AVATAR? Thanks cadangan. Harus gak pegi tengok nanti. (*saya ada kawan sorang nama PANDORA.. hehehe. Nama yang diambil dari salah satu satelit)

5. Aminnnn.. moga cepat sihat.

iDAN berkata...

Dik Azah!

Pertama kali ikut LEKAS tu, tapi abg memang tak mahir bandar Seremban tu, macam di Melaka sahaja asyik sehala; ingat kena kerap ke sana baru okey!.

Tengah makan ubat batuk ni!, faham sahajalah ngantuk amat. InsyaAllah menjelang hujung minggu baiklah.

Moh! bebila makan di Seremban, abg tak tahu mana tempat makan paling sedap terutama kut! ada gulai lemak cili padi!.

Avatar itu menarik sangat! rugi kalau tak nonton di pawagam!.

iDAN berkata...

Bakal bisan katanya asal di Kelantan tetapi ramai warisnya di Pahang!.

iDAN berkata...

Dulu pernah ada adik angkat orang Pahang, katanya kini jadi Cikgu; tak tahu telah berapa anak!, tak dapat kontak pun. Memang orang Pahang amat cantik. Nampak wajah Melayu jatinya.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Dah besar rupanya anak sulung iDAN, sampai abahnya dah kena pi merisik anak dara orang. :)

Alamak... syaa buat movie marathon cuti lepas. Tgk SANTAU dan juga Princess And The Frog... tp belum tengok AVATAR lagi. Harus pergi ni!!

iDAN berkata...

Dah Agak dah Diana ini memang rajin tenguk wayang; mesti teruja nak tenguk Avatar.

Saya biasanya dalam sebulan sekali dua sahaja ke pawagam; tak mampu nak tenguk selalu kosnya mahal juga; sebab selalu pergi berlima. Dua kanak-kanak tiga dewasa. Di sini tiket RM40 bagi berlima orang. Kalau di Sunway Pyramid lagilah mahal. Aziq tu nak juga popcone & air pelbagai dah RM15. Sebelum berpencen tak kisah sangat. Sekarang kira dah kira kena berjimat.

Mila tak suka ikut tu yang agak terhad.

Avatar ini biar pun nampak lebih kepada animasi tetapi ada moral cerita yang mahu disampaikan. Biasalah ada yang suka & ada yang tak suka; nanti Diana komenlah!.

Saya tak sabar nak tenguk lagi; ingat nak cari DVDnya nanti. Katanya Januari nanti ada satu lagi Avatar yang benar-benar dari komiknya.

Saya tenguk filem A Christmas Carol di Sunway Pyramid bulan lalu; tapi tak menarik sangat biar pun ramai suka filem ini.

♥ miss dear berkata...

saya pn rs cm ade ketulan bwh ketiak..damn!xbrani check sbb takut breast kanser

iDAN berkata...

♥ miss dear

Jangan berlengah kalau syak punyai kesakitan. Kanser kalau masih kecil mudah dibedah. Kalau telah melarat nanti memang jadi kronik.

Makan selalu buah Goji Kering sebagai amalan; ianya banyak membantu saya dalam keadaan kronik ini. Goji memang boleh mengubat kanser awal.

Saya banyak sangat sebut tentang Goji ini di blog saya yang ini & di blog dgelenggang sana!. Cubalah.

Malu jumpa doktor lelaki carilah doktor perempuan. Hari tu saya telah sakit sangat dah tak kesah sangat doktor apa pun. Sudahlah doktor itu perempuan itu muda, janji sakit saya baik. Sekarang masih sengal & tak sesakit dahulu.

Kena yakin setiap penyakit ada penawarnya. Jangan berserah sahaja.

shazriena berkata...

best2 leh tgk cter avatar ni, hehe cuti ni ayik memerap kat umah je, x pe la ada masa nanti g tgk avatar:d

iDAN berkata...

Sha tak tenguk memang rugi; kalau boleh jangan ambik kerusi sisi & belakang sangat tak dapat impak berkesan. Duduk tengah-tengah & pilih pawagam benar-benar cerun kerusinya jangan bagai di Mines! landai sangat susunan kerusinya!

Buat masa ini saya suka menonton di Cheras Selatan; dekat dengan rumah & selesa pawagamnya. Pilihan kedua Alamanda.

Miss Rory berkata...

hi, apa khabar eb iDan?
cmne dgn kesihatan?
abg long sy sudah keluar dr icu n skrg berehat di rumah, tp dia still gune alat oksigen utk pernafasan.. paru2 dia lemah..

adyn berkata...

Mula-mula saya ingatkan Avatar The Last Airbender... rupanya filem lain

iDAN berkata...

Miss Rory;

Sakit saya ini kira telah kronik, seharian bergantung dengan ubatan sahaja.

Sampai ketika terpaksa ketemu doktor pakar; setakat ini telah 5 kali ke pakar jantung; masih tak selesai.

Agar Abg Alongnya punyai kekuatan dalam menghadapi gangguan kesihatan yang kronik ini. Berilah sokongan moral rajinlah merapati dirinya agar Abg Along kembali normal.

iDAN berkata...

Sdr Adyn;

Avatar The Last Airbender... filem ini pernahterbit pada 2005!..

100% berbeda.

Tak pastilah mana yang lebih hebat, sebab saya tak tenguk lagi filem Avatar The Last Airbender itu.

Kalau tak tenguk Avatar yang sedang ditayangkan sekarang memang rugi!