iDAN

18 Februari 2010

Bunga Bakawali (Delima Merkah)


Misteri bunga Bakawali

Aku sering menyebut nama bunga ini, tapi tak pasti bagaimana rupanya. Tak sangka pula ianya dalam kumpulan kaktus & pelbagai pula rona & bentuknya.

Pokok bunga bakawali ini di kenali juga dengan nama saintifik nya Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi bunga ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon cactus dan Queen of the night.



Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00 malam sudah mula kembang. Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunga akan layu bila dah pagi. Sekali sahaja ia kembang, lepas tu layu terus!.

Menurut kepercayaan orang-orang cina bahawa pokok bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau sial.


Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.

Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.

Walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.


Khasiat Bunga Bakawali

Bunga bakawali juga dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk menyegarkan dan mencerahkan mata. Selepas subuh, ambil sekuntum bunga bakawali yang telah layu dan perah airnya. Perahan air embun pada bunga bakawali disapukan pada mata.

Setiap wang wangi pastinya ada makhluk halus yang suka. Jin pun ada Islam & kafir, maka tak hairan jika melintasi kubur ketika malam terbau sahaja haruman akan mulalah kembang bulu roma kita.

11 ulasan:

JijahJambu@Jj berkata...

orang orang tua cakap ... kalau di rumah yg di tanam pokok ini ... jika berbunga .. maknanya ada rezeki di rumah tersebut..

ada juga yang cakap .. cara mencerahkan mata .. ambik saja bunga tersebut dan sapukan kelopak kelopaknya pada mata (ye la kot .. sbb embun kan ada pada bunga tu bila pagi ..

ape pun jijah pernah tunggu bunga tu berkembang ..memang wangi bau dia .. lain dari yang lain ..

oo yeah ... jin kan makanannye wangi wangian dan asap kalo tak silap jijah le ..

kalo silap .. sorii ...

Cetusan berkata...

kalau udara sejuk segar tanam bunga tak yah jirus hhee macam tanah rata CH..

Murni Alfathunnisa berkata...

Salam iDan, ni baru dapat tengok bunga bakawali..sebelum ni dengar lagu je..cantik & unik sangat bunga ni..

iDAN berkata...

Selain wangi-wangian, asap seperti setanggi & keminyan jin juga makan tulang. Maka itu tulang tak boleh dibuat ISTINJA’.

Saya kerap tenguk pokok bakawali tapi tahu itu rupanya pokok bakawali ini.

Jijahh... saya ingat teringin juga nak tanam pokok ini tapi takut pula terlalu percaya dengan perkara misteri ini kut! jadi lainlah pula.

iDAN berkata...

Sdr Siti Murni,

Bunga ini sering ditanam org tua dahulu, mungkin mereka tahu guna & khasiatnya.

Ada banyak jenis pokoknya, tapi yang cantik daunnya yang bersegi-segi kecil itu.

Jika kita tenguk pokok ini tak seteruk anggerik untuk menjaganya. Ikut serasi siapa yang menanamnya.

Teringin juga nak cuba tanam pokok ini.

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Banyak bunga tak boleh menerima cahaya matahari yang berterusan, seperti anggerik; kena di tempat teduh.

Menjaga bunga ini sebenarnya amat perlukan daya tumpuan & minat.

Saya suka tanam tapi penjagaannya agak kurang. Maka banyak bunga tak jadi megar. Hidup segan, ada beberapa bunga saya suka seperti keladi yang rona merah & perbagai corak. Dulu banyak di rumah tetapi akibat kurang baja & kering airnya habis mati semuanya.

Di CH memang bungalah antara daya penarik di sana. Cantik & leka tenguk megarnya berkembang.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

1st time tgk bunga bakawali ni. Cantik juga ye. Patutla susah jumpa.. susah nak berbunga dan kalau kembang pun hanya sekejap je.

Bunga di CH memang cantik2. Malah kalau dibeli di atas lebih murah cumanya....
bunga2 ni tak tahan culture shock.. ekeke... biasanya tiba je di bawah... dia dah mula layu dan mati. Tak biasa dengan cuaca panas barangkali.

Skang ni kalau ke CH... jarang beli pokok bunga... tapi kalau nak yg tahan lama walaupun tak kira hujan, panas, kering kontang... kaktus la pilihan yg sesuai..
(Walaupun bakawali tergolong dalam spesis kaktus tapi rasanya kalau bakawali CH di bawa turun... mati juga kot)

iDAN berkata...

Sdr Diana,

Jika perasan selain bunga segar, di CH ada juga bunga mati yang dikeringkan kemudian diwarna dengan pelbagai rona yang menarik.

Cantik bunga kering ini, tapi kena rajin buang habuknya. Hari tu memang banyak bunga ini di rumah saya; tau-tau habis dibuang Kak Mila sebab habuk katanya.

Bukan bunga sahaja ada culture shock di CH ini, kalau perasan buahannya macam tu, di atas sana manis; sampai bawah masam, strawberi di atas sana segar sampai bawah cepat sangat rosaknya.

Cuma sayurnya okey!, saya suka buah tomato kecik itu & timun hidroponiknya. Beli di kebun dalam perjalanan balik ikut Simpang Pulai lebih murah banding pasar di atas.

Tak sabar nak pergi CH ni!.

asilahmuhajer berkata...

kat umah mak saya ada pokok bakawali ni. memang selalu berbunga. tapi psal ong tu, tak pasti la plak.

aritu masa balik dari CH, follow belakng lori epal. ntah camne, ada sebakul yang tak diikat dengan kuat. so, epal tu bertabur atas jalan. saya tak sempat nak berhenti. so, langgar je epal2 tu. sayang...

iDAN berkata...

Cikgu,

Itu hanya kepercayaan, tak boleh percaya sangat; takutnya khurafatlah pula. Kalau saya ambil petanda baik sahaja. Yang agak merisaukan tak mahu!.

Rezeki tu cikgu, jalan sana tak sibuk sangat patutnya berhenti. Empunya buah pun takkan nak kutip kalau telah jatuh begitu. Kira syukurlah tak kena kereta cikgu.

Saya selalu terfikir bilalah nak dapat barangan tercicir begitu!, bukanlah suka mengutip tapi payah nak dapat rezeki terpijak begitu.

Unknown berkata...

salam idan. sebenarnya saya ni peminat bunga bakawali selain pengumpul orkid hutan. di rumah saya cuma ada sejenis saja. saya dalam usaha mencari jenis yang lain untuk dibuat koleksi. ada kenal sesape ke yang simpan pelbagai jenis pokok ni. mengenai mesterinya saya ada terdengar satu kisah. jika kita dapat tunggu sapai bunga itu kembang akan keluar pari-pari dari bunga itu. wallahhualam..