Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.
Sejarah
Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.
Kelebihan
- Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.
- Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.
- Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.
- Tidak perlu menyiram baja setiap hari.
- Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.
- Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.
- Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.
- Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal.
- Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah.
- Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa.
7 ulasan:
bila tengok gambar2 yang dipaparkan, rasa nak balik sekarang buat hidroponik gak. hehhehe. tapi sayur hidroponik ni rasanya macam tawar sikit la. mungkin tekak saya je kot.
Memang betul cikgu rasanya takkan sama kalau ditanam di tanah; tak semua sesuai. Kebanyakan yang sesuai sayur yang berbatang lembut. Jarang org tanam, terung, labu, nenas apatah lagi buahan yang berpokok.
Sayurnya pun cepat layu, mungkin kandungan air yang banyak.
UPM pernah buat kajian tapi nampaknya tak dikembangkan. Rumah kaca banyak yang telah roboh.
semangat berkubur ..bagi mereka yang tiada tanah besar/luas
Zeq,
Kajian seharusnya diteruskan, terutama dalam masalah rekabentuk untuk menjimatkan tenaga.
Biasanya tanaman hidroponik memerlukan pam untuk pengaliran baja di dalam airnya. Tenaga elektrik pula semakin mahal kadar bayarannya. Bermakna rak bertingkat diperlukan bagi penjimatan tenaga.
Cara cepat mengesan penyakit juga perlu diperkenalkan, lojiknya jika sekali diserang penyakit pasti melibatkan semua pokok. Perlu pula ada tanaman kelompok agar tidak rugi mendadak jika serangan wabak penyakit ini tidak dapat dibendung.
Apa jua kerjaya memang ada cabarannya.
kat area kl ni, mane nak dapat bekas utk tanaman hidroponik ni?
Minat jugak ni..:-) buat tanaman hidroponik, sesuai la dengan saya yang tinggal apartment..kit hidroponik memang banyak kat pasaraya, cuma tak tahu nak mulakan.
Sdr Amin,
Saya cuba juga cari pembekal di sekitar Lembah Klang melalui internet; hanya dapat ini.
Norman 6128305704 atau Norman
norman_corp@hotmail.com
(tak cuba call pun)
Salam semua,saya ada menjual set hidroponik. Boleh supply area Selangor, Putrajaya,kl..sesiapa yang berminat sila hubungi saya di talian 0193829014@email saya di jabbal.sinar@gmail.com
http://www.jabbalsinar77.blogspot.com/
(Nampak macam okey sahaja blog ini elok telefon dulu)
Jika di Melaka nampaknya banyak tertera contohnya.
KAZZ HIDROPONIK DOMESTIK,
NO.98, JLN TU2, TAMAN TASIK UTAMA,75450 AYER KEROH,MELAKA
http://www.co.com.my/KAZZ-HIDROPONIK-DOMESTIK.html
Mungkin ada pemca lain yang boleh bantu Sdr Amin ini!.
Catat Ulasan