Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

16 Februari 2010

Bunga (Delima Merkah)

Duri mawar kasihmu terusan menyucuk hatiku.

Apakah bunga cintamu sekukuh ini.

Tak mungkin kita dapat mencipta harum & indah bunga hati
ciptaan Ilahi.


Biarpun kau tidak sedar kembang & maraknya cintaku.

6 ulasan:

asilahmuhajer berkata...

salam..
tangan saya agak "panas" bila tanam bunga ros. kalau tanam, mesti tak menjadi. mati.

yang kedua tu bunga apa? tak pernah nampak pun??

iDAN berkata...

Cikgu,

Sama macam Kak Nomi, kakak seorang saya itu. Tangannya panas apa saja ditanam tak jadi.

Berbeda dengan saya, apa saja tanaman arwah emak selalu suruh saya yang tanam...

Nama bunga ini namanya Bunga Bangkai tak sedap bunyinya atau Giant Padma, ianya adalah dalam species Rafflesia. Banyak terdapat di Indonesia.

kelompen berkata...

IDAN
indah bunga kerana warna
indah bahasa kerana berbunga bunga
perempuan dan rama rama
menyukai bunga..

asilahmuhajer berkata...

oic..spesis rafflesia ye? patutla saiz dia camtu. spesis rafflesia yang saya biasa nampak yang gambar last tu je.

iDAN berkata...

Sdr Kelompen,

Paling indah kita sering membandingkan bunga itu adalah wanita, lelaki pula kumbang. Bilamana madu disedut kumbang, lebih kupu-kupu atau serangga lain. Kelopak bunga akan layu.

Tak ada siapa tak suka bunga, biar pun bunga itu ada yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Samalah tak ada siapa tak suka perempuan. Ada tarikan setiap perempuan.

Bunga telah layu jika kita kreatif cantik juga jika dikeringkan & taruh rona-roni. Cumanya takkan sama dengan bunga segar!.

iDAN berkata...

Cikgu,

Saya sebenarnya tak pakar langsung tentang bunga; masih banyak bunga sering kita sebut tetapi tak kenal rupa.

Cukuplah bunga raya, bunga kebangsaan kita tak pasti berapa banyak ronanya; yang sering kita jumpa merah atau kekuningan.